Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah

6
tahun sudah berlalu. Namun, pengalaman dan kenangan pertama buat kami suami
isteri menghantar Ariel ke pusat jagaan kanak-kanak sewaktu bayi masih segar
dalam ingatan ku.
Teringat
sewaktu tempoh berpantang berakhir. Aku akan kembali memenuhi rutin hakiki sebagai
ibu bekerja 8 jam sehari. Keluar pagi, balik malam. Begitulah hari-hari ku akan
berlalu. Ketika itu, aku dan suami terpaksa memutuskan untuk menghantar
Ariel ke pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak (nurseri) kerana ketika itu ibu ku
sendiri menjaga adik ipar ku yang juga baru melahirkan anak pertama. Ibu mertua
pula tidak mampu untuk menjaga anak kedua kami akibat masalah kesihtan. Ariel pula
masih bayi dan memerlukan perhatian lebih.
Risau.
Perit rasanya nak buat keputusan ini. Siapalah yang sanggup melepaskan anak yang
masih bayi ke tangan penjagaan orang lain? Walau berat hati, aku akur menurut
cadangan suami menghantar Ariel ke pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak.
Mujurlah
di bangunan bersebelahan tempat aku bekerja terdapat sebuat pusat asuhan dan
penjagaan kanak-kanak. Pada mulanya aku bercadang menghantar Ariel ke sana agar
mudah aku menyusukan Ariel ketika perlu.
Jarak ke tempat itu dan pejabat ku cuma lebih kurang 5 minit sahaja. Selain boleh mengelak dari gejala bengkak susu, mudah aku melihat perkembangan Ariel. Maklum saja, Ariel belum aku biasakan dengan bantuan susu botol sewaktu tempoh berpantang dahulu. Itu adalah kerisauan utama bagi ku.
Jarak ke tempat itu dan pejabat ku cuma lebih kurang 5 minit sahaja. Selain boleh mengelak dari gejala bengkak susu, mudah aku melihat perkembangan Ariel. Maklum saja, Ariel belum aku biasakan dengan bantuan susu botol sewaktu tempoh berpantang dahulu. Itu adalah kerisauan utama bagi ku.

Kerisauan siapa nak jaga Ariel ketika kami suami isteri keluar bekerja akhirnya terjawab apabila majikan suami menyediakan satu pusat asuhan khas kepada para pekerjanya yang memerlukan dengan kadar bayaran agak murah bagi kami.

Terima
kasih buat mak-mak angkat Ariel yang menjaga dan melayan Ariel dengan baik.
Moga kalian diberi kesihatan yang baik dan terus berkhidmat dengan penuh
dedikasi dan kasih sayang. Terima kasih buat semua kakitangan Didi Childcare.
No comments:
Post a Comment