Sunday, 7 August 2016

Resepi Kacang Sembunyi by Adhwa Cookies



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Carian Google

Assalamualaikum, selamat petang dan salam berhujung minggu wahai rakan pembaca blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Petang ni tak tahu nak tulis apa. Tipu! Sebenarnya banyak idea nak kongsi cuma tak susun lagi topik-topik entri yang nak di mulakan.
 
Request Resepi Kacang Sembunyi Dari Kak Idang a.k.a Faridah Junaidi

Ok, dipendekkan cerita. Tiba-tiba teringatkan sorang kakak ni. Dia senior masa dekat kampus dulu. Dua tiga hari lepas dia ada hantar wassap. Nak minta resepi 'Kacang Sembunyi' katanya. Sebenarnya dari time puasa tu dia nak order tapi saya tak buat. Alasan, mesin penggiling tak ada. Hihihi sebenarnya tak larat nak buat memandangkan tempahan Popia Kacang pun luar dari jangkaan.

Sebenarnya masa dekat kampus dulu, mak selalu buatkan Kacang Sembunyi ni. Kacang Sembunyi ni lah satu-satunya kudapan kami. Tak kira siang malam. Yang paling tak boleh lupa masa sibuk dengan assignment, Kacang Sembunyi mana boleh tinggal. Sambil otak ligat berfikir, mulut pun tak pernah berhenti dup dap dup dap dup dap. Selagi tak habis stok selagi tu la mulut menguyah. Mana taknya berat naik berkilo-kilo. Hihihi badan naik bukan Kacang Sembunyi penyebabnya yer.

Ok, nak kongsi cerita sikit. Sebenarnya Kacang Sembunyi ni merupakan salah satu kuih kering tradisi suku kaum Bugis yang sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu lebaran tiba. Kacang Sembunyi ini disimpan dalam bekas kedap udara agar tahan lama dan tidak melempen dan tetap rangup.

Kacang Sembunyi paling sedap di hidangkan saat menjelang hari raya, atau perayaan acara rasmi. Contohnya majlis perkahwinan, majlis akikah, majlis merisik dan sebagainya. Namun ianya juga enak di jadikan sebagai teman kudapan di malam hari atau siang hari, selain rasanya yang rangup. Rasa manisnya juga akan membuat korang ketagihan, Tak percaya? Cubalah resepi ni. Resepi ni dapat dari mak tau! Original resepi tradisi dari mak, arwah nenek, arwah moyang dan dari generasi atas-atas tu. Hahaha tak tau lagi nak tulis apa.

 
Gambar pinjam dari google sebab lama dah tak buat Kacang Sembunyi ni.

Bahan-Bahan Kacang Sembunyi :

1. 500 gram gula pasir (1/2 kg)
2. 1 kg tepung gandum
3. 500 gram kacang tanah (1/2 kg)
4. Mentega secukupnya
5. 4 biji telur ayam
6. Garam secukupnya
7. Air secukupnya
8. Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara Membuat Kacang Sembunyi :

1. Kita membuat bahan kulit terlebih dahulu. Campurkan tepung gandum sebanyak 500 gram dengan mentega, telur, garam dan juga air secukupnya. Saya tak letak berapa liter air nak guna sebab mak kata 'pandai-pandai kau la tengok dan agak adunan doh tu. Cukup air ka tidak. kalau keras tambah air. Kalau lembek kurangkan air'. So, ikut suka korang la nak letak berapa liter air. Janji adunan tu menjadi.

2. Setelah menjadi adunan doh yang diinginkan, kemudian kita giling dengan ketebalan kira kira 1/4 cm. Kena guna mesin penggiling tau. Barulah ketebalan kulit tu sama rata. So, korang taklah banyak guna tenaga giling doh tu nak buat kulit.

3. Kemudian kita potong empat segi adunan yang telah digiling dengan ukuran 2x3 cm. Lakukan proses ini hingga menjadi potongan yang rapi pada semua adunan.

4. Ambil satu biji kacang dan letak pada ujung kulit adunan tadi. Lepas tu gulung menyerong. Lakukan proses yang sama hingga semua kacang dibalut dengan kulit tadi.

5. Panaskan minyak kira kira 1 liter atau paling senang minyak secukupnya mengikut kuantiti Kacang Sembunyi korang tadi. Tambahkan 1 sudu makan gula pasir dan goreng kacang hingga coklat keemasan. Guna api sederhana kecil supaya kacang yang dibalut masak dengan sekata. Jangan pula kulit dah masak tapi kacang kat dalam masih mentah. Angkat dan toskan minyak.

6. Jika sudah kering dan minyak telah hilang dari Kacang Sembunyi, maka ianya perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

7. Selamat minum petang dengan menu Kacang Sembunyi by Adhwa Cookies



Jika korang rasa entri kali ni bermanfaat buat suri yang lain, apa kata tolong share di FB, IG, TG atau blog korang. Raya haji tak lama lagi, resepi ni sesuai di hidang untuk musim raya haji nanti tau.  Selamat mencuba.


Kelas Pemprosesan Herba Tradisional Dan Tumbuhan Beraroma

Teks: Nasriah Abdullah Foto: WAR Training & Management Tarikh: 10 DISEMBER 2017 Hari: AHAD Masa : 9.00 PAGI - 2.00 P...

Post Paling Popular