Wednesday, 3 August 2016

GSL Integra: GSL Landasan Terbaik Untuk Belajar Branding, Guna Nama Penuh, Guna Gambar Profile Yang Bagus


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Siapa sini yang serius nak buat bisnes? Bisnes kecik-kecik pun tak apa. Nama pun baru nak mula bisnes kan, tak kan nak terus lompat yang besar-besar sedangkan ilmu bisnes baru nak merangkak. Bisnes yang besar-besar tu pun bermula dari yang kecik-kecik juga tau!

Hah! Kata serius nak berbisnes tapi tu uolls guna nama apa tu? Nak sebut berbelit-belit lidah. Nasib tak tersimpul mati lidah ni sebut nama uolls tau.

Kalau betullah uolls serius nak berbisnes, belajarlah GUNA NAMA SENDIRI. Itu ilmu utama untuk personal branding terutamanya bila kita guna FB, jangan lah pi guna nama syarikat ke, kedai runcit ke nama kucing ke. Untuk apa tu?

Ooo saja nak bagi orang tau kita bisnes apa? Pakai saja nama yang mak bapak bagi. Nak takut apa? Tak lawa ke mak bapa kita bagi nama tu? Astagfirullaaladzim. Kesian mak bapak kita. Dah susah payah cari nama yang baik-baik tapi kita tak hargai dan sia-siakan.

Takut kena sihir? Poyolah! Dato Ameer Ali Mydin yang income juta-juta rilek saja hidup sampai sekarang tak ada kena sihir pun (pinjam ayat Cikgu Anys Idayu Zakaria jap). Kita yang income tak sampai RM3k sebulan pula takut kena sihir kalau letak nama penuh sebagai nama FB. Cehhh! tak masuk akal langsung!


Kalau kita tak ada 'why' kenapa orang perlu follow kita secara 'lahiriah'nya, jangan sembang berjuta tapi usaha yillek, angan-angan setinggi gunung Everest. GSL landasan terbaik untuk belajar branding, guna nama penuh, guna gambar profile yang bagus. Mudahkan bina branding as usahawan.


Kalau tak percaya, cuba tukar nama FB tu guna nama penuh. Tengok hasilnya selepas sebulan, setahun, 10 tahun akan datang. Apa respon follower uolls. Customer uolls? Hah! Jangan cakaplah. Tak percaya, cuba dulu nanti kita sembang kemudian...








No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular