Wednesday 3 August 2016

GSL Integra: Boom Gaya 'Group Support LIKE'


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Syukur alhamdulillah. Dapat selesaikan tugasan malam ini. Sungguh teruja bila niat ikhlas ingin mengajak ramai kawan-kawan fesbuk berselawat ke atas  junjungan Nabi Muhammad SAW. Jarang posting seumpama ini mendapat respon yang positif. Tapi jauh berbeza malam ini. Bukan sahaja dari kalangan adik beradik GSL Interga malah rakan-rakan fesbuk lain yang tidak tahu akan kewujudan GSL juga turut berselawat. Seronok tak terkata!

Selain berjaya mengajak orang lain selawat bersama, dapat juga praktikan ilmu BOOM gaya GSL. Rasa tak tenang kalau sudah dihadiahkan buah tangan LIKE dan KOMEN tapi tak dibalas. Takut terbawa-bawa dalam tidur dan akan termimpi-mimpi nak boom fesbuk kawan.  Silap hari bulan encik abang kat sebelah kena booom. Hahaha...


Alhamdulillah. Sepanjang 2 hari menimba ilmu di dalam kelas GSL Interga, saya kembali aktif menulis di blog. Banyak idea yang nak dikongsikan. Rasa tak sabar nak ajak kawan-kawan yang lain turut serta berada dalam keluarga besar GSL. Banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan terutama kepada mereka yang berbisnes online.


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular