Thursday, 4 August 2016

Ulasan Kelas Group Support LIKE (GSL)



Ada Apa Dengan #Group Support LIKE

Teks : Sariah Awang Senik 
Sumber : Facebook 





Bismilaahirahmannirahim.
Syukur, alhamdulilah. Amboi, agak lama juga tidak menulis entri baru di blog ini. Nasib baik tidak bersawang lagi. Kalau tidak mahunya sia-sia segala usaha selama ini. Nak mula, tidak akan tidak nak buat sampai habis. Kenalah usaha gigih lagi kan. Betul tidak?

Sebenarnya bukannya minat menulis itu hilang terus, tapi banyak juga masalah lain yang perlu saya uruskan. Alamak, nampak macam nak bagi ALASAN je. Ok, kita tidak payah fikir pasal hal itu lagi. Baru-baru ini, saya dah join satu group yang sangat ' awesome'. 

Nama group ini Group Support Like/Komen. Tujuannya adalah untuk kumpulkan semua usahawan yang hebat-hebat tidak kira yang buat bisnes online ataupun offline. Dengan hanya beri sokongan melalui tekan button like, sekaligus kita telah pun beri sokongan dan memberi semangat kepada rakan-rakan yang lain. Bestkan macam itu. Lepas itu secara automatik kita akan ramai rakan-rakan yang baru yang datang daripada pelbagai latar belakang. 

Yang peliknya aura mereka sangat positif. Jadi dengan join group ini, bolehlah kita selalu maintain semangat supaya tidak cepat down ataupun tersentap. Ala, biasalah kan. Ada masa kalau tidak dapat sale, kita cepat rasa down dan sebagainya. Tapi bila follow group ini, dan baca semua status rakan-rakan secara tidak langsung kita rasa bersemangat semula. 

Terbaik kan macam itu. Kalau kena gayanya yang betul, kita akan dapat belajar banyak ilmu yang baru dan juga tips-tips yang sangat berguna. Selain itu kan, kat group ini juga ada kelas-kelas online yang diadakan di Telegram berkaitan rapat dengan apa yang kita buat.

Cuba bayangkan, kita taip status dan dapat like atau komen daripada rakan-rakan. Jadi tidaklah rasa macam cakap sesorang kat Facebook itu. Tidaklah rasa macam syok sendiri je. Tapi kena jugak, jangan tunggu orang like je statua kita. Kita juga kena like dan rerajinlah komen yang baik-baik tentang apa sahaja status rakan-rakan kita itu. 

Maknanya nak dapat banyak like, kitalah usaha like juga status rakan yang lain. Janganlah asyik cerita tentang produk je. Lelama orang naik boring nak like dan juga follow kita. Lupa pulak nak beritahu ya, group ini diasaskan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Seorang hamba Allah yang biasa tapi punya idea yang luar biasa hebat. 

Terima kasih kepada dia sebab tubuhkan group ini. Sekarang rakan-rakan baru semakin bertambah dan usaha untuk displinkan diri taip status seawal yang boleh. Status berupa nasihat, mendoakan, petua ataupun nasihat dengan tujuan saling mengingatkan antara satu sama lain. Namanya aktif di fb. Jadi kenalah bersosial dan beramah mesra terlebih dahulu. Asyik update status pasal produk, orang akan cepat bosan dan mungkin tidak akan dapat banyak lain.

Apa pun, tiada jaminan yang bila join group ini, sale kita akan mencanak naik, tapi kalau kena dengan cara yang betul anda akan dapat ramai propek yang baru yang berkemungkinan akan jadi pelanggan kita. Siapa tahu kan? Jadi anda kenalah join dulu baru tahu. Tidak join tak tahu. 

Kalau rasa berminat, boleh je hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com. Okeylah, cukuplah entri untuk hari ini. Insha Allah saya akan tulis entri yang lebih bermanfaat nanti ya.


Sekian Terima Kasih 

Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular