Tuesday 17 January 2017

Seronoknya Belajar Menulis Blog


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Belajar blog sendiri ni sebenarnya tak susah mana pun. Tak percaya, tanya mereka yang tengah belajar tu, confirm jawabnya seronok. Makin buat makin tahu, makin seronok. Beza jika upah, tau-tau je dah siap. Bila tiba masa kita nak tulis entri sendiri, gelabah tak tau mana nak mula.

Jadi kesimpulannya, biarlah berkorban masa, tenaga dan wang sikit untuk dapat ilmu yang boleh digunakan masa akan datang. Nak belajar, jom daftar kelas blog Februari. 10 tempat je tau. Tak mau ramai-ramai nanti tak fokus hehehe.

Tapi sekarang dah tinggal 8 tempat kosong lagi. Daftarlah cepat!

Monday 16 January 2017

Ulasan Ebook: Inspirasi Bekerja Di Rumah



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Ebook  Inspirasi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad



Alhamdulillah. Sangat teruja apabila salah satu perkongsian pengalaman yang terdapat di dalam ebook terbaru ABDR, Inspirasi Bekerja Di Rumah terselit kisah saya. Sangat terharu dan rasa ya Allah besarnya rezeki yang Engkau berikan. Tidak pernah terlintas walau secalit dalam fikiran kisah sendiri terpilih sebagai sumber inspirasi kepada insan lain. Terasa diri ini belum layak menerima pengiktirafan seumpama itu. Terima kasih buat Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah.


Apabila puan pengasas ABDR dan penulis ebook ini sendiri memaklumkan bahawa saya orang pertama dapat membaca kisah penuh Inspirasi bekerja Di Rumah, hati ini melonjak girang tak terkata. Dengan pantas memuat turun ebook yang diberikan. Berkobar-kobar hati ini ingin tahu apakah kisah menarik yang dikongsikan.

Terdapat 13 kisah mak-mak terpilih yang dikongsikan dalam ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah. Sesungguhnya kisah mereka membuatkan saya sangat kagum dan sempat berangan, 'alangkah indahnya jika aku berjaya seperti mereka'. Tidak mengapa berangan dulu. Suatu hari nanti pasti menjadi nyata. InsyaAllah.


Berani Dan Kreatif

Di saat kegawatan ekonomi masa kini, mencari pekerjaan adalah perkara yang semakin sukar kerana persaingan sengit yang cukup besar di kalangan siswazah lainnya. Bahkan yang sudah sedia bekerja juga diberhentikan sama ada sukarela mahupun secara terpaksa. Saya adalah antara pekerja terpaksa berhenti (dalam hati sebenarnya ini satu penganiayaan tapi tidak mengapa Allah kan ada) tanpa rela.

Apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan. Anak-anak dan ibu bapa (jika ibu bapa tinggal bersama) di rumah perlu diberi makan minum yang secukupnya. Beban suami juga perlu dikurangkan. Justeru, bekerja dari rumah adalah salah satu cara menghasil pendapatan tambahan.

Tapi bagaimana? Sebenarnya mak-mak yang kisahnya dikongsikan di ruangan Inspirasi Bekerja Di Rumah ini, begitu berani dan kreatif dalam mencari cara menjana pendapatan dari rumah dengan berbekalkan sumber sedia ada.

Bagaimana? Saya memilih dua contoh inspirasi yang dikongsikan oleh Puan Dila Aris dalam seni jahitan dan Puan Hayati Mohid dengan meraih pengalaman niaga jalanan.


Puan Dila Aris - Jahitan

Saya suka kisah yang dikongsikan oleh Puan Dila Aris tentang bagaimana beliau bermula dengan jahitan. Walau hanya berbekalkan bakat dan kemahiran menjahit asas yang ada, beliau berani mengambil tempahan upah jahit baju dari rumah sehinggalah berjaya membuka kelas jahitannya sendiri.

Saban hari jumlah pelajar kelas jahitan  beliau semakin bertambah namun beliau tetap gagah mengharungi cabaran serentak antara menjaga 5 orang cahaya mata sambil menjalankan kelas jahitan termasuklah tempahan upah jahit baju.

MasyaAllah. Pendapat saya, sungguh hebat ibu ini yang mampu melahirkan pelapis pelajar seni jahit, membantu insan lain menjana pendapatan dari rumah walau hanya menggunakan bakat yang ada dan lebih terinspirasi apabila beliau secara tidak langsung dapat memupuk minat anak-anak sebagai pewaris seni jahit di masa akan datang.  


Hayati Mohid - Raih Pengalaman Niaga Jalanan

Kisah yang dikongsikan oleh Puan Hayati Mohid tentang bagaimana pengalaman beliau bermula niaga di jalanan menyentuh jiwa saya. Pengalaman kami hampir sama. Situasi dan keadaan yang saya lalui juga tidak jauh beza. Yang membezakan kami adalah beliau bermula di jalanan dengan cuaca yang panas terik dan saya pula bermula di dalam mall yang sejuk berhawa dingin.

Sungguh sebak dan terharu apabila beliau bangun seawal pagi menyiapkan barang jualan, mengurus anak-anak yang masih lena untuk di bawa sekali ketika berniaga. Seperti terbayang diri sendiri dalam situasi Puan Hayati.

Dengan keyakinan yang tinggi beliau mencuba dari satu tempat ke satu tempat untuk mempromosi dan malariskan barang jualan yang ada. Berniaga secara offline perlu bijak dan kreatif dalam menonjolkan barang jualan di mata bakal pelanggan.

Walau tanpa pengalaman dan sifat pemalu yang menebal dalam diri, jangan takut untuk bermula. Pengalaman pertama itu akan banyak mengajar kita erti sebuah perjuangan dalam apa jua bisnes yang diceburi. Setiap pengalaman yang diraih akan menjana ilmu dan pengetahuan baru dan secara tak langsung sifat pemalu yang tadinya menebal pasti kian pudar tanpa kita sedari.

Ilmu perlu di tambah, bijak menggunakan media sosial kerana semuanya tersedia secara percuma dan rajin menjelajah kisah-kisah kejayaan orang lain agar membuka minda kita dalam menghasilkan sesuatu idea yang baru. Apa yang penting adalah kekalkan disiplin dalam setiap perancangan dan usaha yang berkekalan.


Kenali Potensi Diri

Potensi diri merupakan salah satu modal permulaan dalam menjana pendapatan dari rumah. Jika mak-mak yang ceritanya dikongsikan ini tidak tahu apa potensi diri masing-masing maka bagaimana mereka bermula? Dengan hanya duduk termenung memikirkan duit, mahu kerja apa, penat cari kerja di sana sini tapi semua tidak berhasil. Itu hanya menimbulkan tekanan.

Fikir sejenak sambil melihat anak-anak bermain, tulislah potensi diri. Senarai itu mungkin membantu. Contohnya mempunyai bakat menjahit seperti Puan Dila Aris, maka gunakan bakat itu dengan mengambil tempahan menjahit baju, langsir, beg dan sebagainya. Contoh lain mungkin mahir dalam bidang penulisan seperti Puan Yusnida yang bermula sebagai guru tuisyen dan menjadi seorang penulis novel.


Bijak Mencari Peluang


Setelah mengetahui potensi diri, tibalah masanya mencari peluang yang ada. Cuba dulu baru tahu. Gunakan teknologi moden yang sudah tersedia secara percuma di depan mata. Begitulah kebanyakkan cara yang mereka gunakan di dalam kisah inspirasi ini. 


Bina Perniagaan Sendiri

Bermula dengan potensi diri tanpa disedari kita sudah mula mencipta perniagaan sendiri. Contohnya, Puan Norzaihana Che Hashim bermula dengan kemahiran jahitan. Pada mulanya beliau hanya mahu belajar menjahit untuk baju sendiri dan tidak terfikir hingga ke tahap mahu berniaga dalam bisnes jahitan.

Dari menjahit baju sendiri kini beliau sudah mencipta jenama jahitan hasil kerja tangan sendiri. Sungguh hebat ibu ini, bukan?


Bina Networking

Walaupun berada di rumah itu tidak bermakna dunia kita sudah tertutup rapat dengan dunia luar. Melalui media sosial kita boleh membina jaringan perhubungan di kalangan mak-mak bekerja di rumah. Boleh saja sertai grup-grup seperti upah jahit baju, masak apa hari ini, delivery makanan, grup bazar dan sebagainya.

Grup-grup seperti ini berpotensi menghasilkan bakal pelanggan kepada perniagaan kita kerana tidak semua orang pandai menjahit baju, tidak ramai ibu-ibu bekerja punya masa untuk memasak dan sebaginya. Disinilah peluang kita bermula.



Manfaatkan Sumber Yang Ada

Terdapat sebilangan mak-mak yang baru mahu bermula tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak bermula. Kebanyakkan mereka memikikan tak ada modal nak beli stok. Tak ada pengalaman berniaga sebab bukan darah keturunan orang-orang bisnes. Saya pemalu nak jumpa orang, macam mana mahu menjual? Begitulah seribu satu persoalan yang sering dikongsi oleh mak-mak yang baru hendak bermula.

Manfaatkan sumber yang ada. Cuba selongkar almari baju. Cek mana-mana pakaian yang masih elok dan tidak di pakai lagi. Mungkin saja pakaian itu boleh dijadikan bahan jualan seperti jual baju terpakai. Daripada tersimpan berhabuk di dalam almari lebih baik dijual. Boleh juga menghasilkan sumber pendapatan. Betul tak?


Kesimpulan

Kesimpulannya, kepada mak-mak yang yang sedang dalam dilema bagaimana mahu bermula jana wang dari rumah, saya sarankan kalian baca kisah penuh ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah ini hasil nukilan Puan Masayu Ahmad.

Kisah-kisah yang dipaparkan sangat memberi inspirasi dan idea bagaimana kita boleh bermula dari rumah.





Usahawan IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Video: Hajjah Dg Khatijah Datu Bachtiyal, Presiden IKSnita Sabah


Walau pun matahari memancarkan cahayanya hingga terasa ke seluruh pelusuk tulang belulang tetapi puan presiden, timbalan presiden dan setiausaha IKSnita Sabah tetap gigih membantu mempromosi produk-produk hasil keluaran usahawan Sabah.

Pengasas produk Sabah Cocoa 4 in 1 instant drink (koko + kurma) adalah Puan Diza. Beliau seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di daerah Putatan, Sabah. Produk beliau baru dua bulan keluar di pasaran Sabah dan Labuan. Sabah Cocoa adalah produk pertama hasil ciptaan beliau sendiri.



Bak kata puan presiden, Sabah Cocoa terbaik macam minuman cadbury. Sambutan juga amat menggalakan. Bukan itu saja. Beliau sempat promosi terus kepada pelanggan yang lalu. Sempat juga mantan pelajar Maktab Sabah bawa pulang sepeket Sabah Cocoa bersama minuman Kupi Tenom.
 

Kepada anda yang baru nak mencuba rasa minuman Sabah Cocoa atau nak buat tempahan boleh berhubung terus kepada cikgu kita ni, Kak Diza di talian 016-016-814 4142

Atau jika anda penggemar kopi. Suka minum kopi bolehlah mencuba Kupi Botol Tenom. Dijamin rasa yang cukup uhhmmm. Sukar nak digambarkan melainkan anda cuba dulu rasanya. Jangan salahkan saya pula bila dah rasa nak lagi nak lagi dan lagi. Hubungi saja akak kita nihaaa Kak Emoy di talian  016-828 6002 untuk Kupi Botol yang super segar lagi sedap.




Sunday 15 January 2017

Usahawan IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Video: Hajjah Dg Khatijah Datu Bachtiyal, Presiden IKSnita Sabah


Promosi secara langsung dari fesbuk Puan Presiden IKSnita Sabah, Dg Khatijah Datu Bachtiyal.

Lihatlah sokongan mantap daripada puan presiden sendiri. Siap ada video live untuk promosi produk-produk hasil  usahanita-usahanita IKSnita Sabah.

Anda mahu kekal sihat dan awet muda? Saya sarankan anda amalkan jamu keluaran kak Fai. Berkesankah? Hah! Nak tahu berkesan ka tidak, cuba anda teka berapa usia kak Fai sekarang. Jangan terkejut yer jika saya katakan usia anak sulung beliau hampir mencecah 30 tahun. Comei tak kak Fai... Hihihi...maunya tak comei kan. Awet muda youu... Nak cuba? Hubungi Kak Fai sekarang di talian 016-827 1628.
 
Inilah anak dara Kak Fai yang sulung. Cun tak?

Selpi kenangan Kak Fai bersama orang kuat IKSnita Sabah.
Siapa lagi kalau bukan Timbalan Presiden IKSnita.
Cun tak, TP kita orang?
Di bazar niaga sempena sambutan Jubli Intan Maktab Sabah, saya bawakan istimewa hasil kerja tangan saya sendiri, DIY Pin Kusyen. Sesuai sangatlah kepada anda yang berhijab dan suka sepah-sepahkan pin tudung mahupun kerongsang. Macam mana saya buat? Anda boleh belajar di link blog ini   http://nasriahabdullah.blogspot.my . Nak buat tempahan untuk sebarang majlis sebagai buah tangan (door gift) pun boleh. Nak buat duit pun boleh. Mana tau sambil duduk di rumah boleh juga kalian buat duit. Betul tak? Selain itu saya bawakan khas Kuih Keria Gula Merah, Almond Marshmallow Choco Cake dan banyak lagi.
 
DIY Pin Kusyen 

Apa yang menariknya, anda yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes online bolehlah berdaftar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dalam mencipta kedai online sendiri tanpa perlu mengupah orang lain. Ilmu anda dapat, income pun dapat di jana dari rumah. Best tak? Pendaftaran Kelas Blog Bisnes Penulisan masih berlangsung. 1 Usahawan 1 Blog Baru Mantop! Nak daftar boleh ketuk wassap saya sekarang di talian 016-8178716.
 
1 Usahawan 1 Blog Baru Mantap!
Uolls lihat tak kepelbagaian biskut dan kek coklat tu? Nampak sedap tak? Tu baru tonton video jer tau.  Belum rasa lagi. Sekali rasa pasti tak lelap mata nak lagi. Biskut yang di adun dengan penuh kasih sayang. Nak cuba tak? Cuba-cubalah beranikan diri hubungi  Kak Alya kita di talian 011-2525 0577. Nak harga kasih sayang, tempahlah banyak-banyak. Hihihi Betul tak Kak Alya? J






Friday 13 January 2017

Tazkirah: Rezeki Mu Tahu Di Mana Diri Mu


REZEKIMU TAHU DI MANA DIRIMU

Mungkin kau tak tahu dimana rezekimu..
Tapi rezekimu tahu dimana dirimu..
Dari lautan biru, bumi dan gunung..
Allah memerintahkannya menujumu..
Allah menjamin rezekimu, sejak 4 bulan 10 hari kau dalam kandungan ibumu..

Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja..
Kerana bekerja adalah ibadah..
Sedang rezeki itu urusanNya.

Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijamin-Nya adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji..
Yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahwa hakekat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka..
Tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita..
Allah menaruh sekehendak-Nya..

Diulang bolak balik 7x Shafa dan Marwa,
Tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya..
Ikhtiar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..

Dan jangan lupa..
Tiap hakikat rezeki akan ditanya..
"Darimana dan untuk apa?"

Kerana rezeki adalah "hak pakai"
Halalnya di hisab..
Haramnya di azab..

Maka, jangan kau iri pada rezeki orang lain...
Bila kau iri pada rezekinya,
KAU JUGA HARUS IRI PADA TAKDIR KEMATIANNYA...

Kerana Allah memberi rezeki, jodoh dan usia ummat-Nya..
Tanpa boleh tertukar satu dan lainnya..

Jadi bertawakkal lah, redha dengan ketentuan Allah, sehingga apapun itu, engkau akan merasa cukup dan penuh kenikmatan...

MARI KITA BERSYUKUR.  .  .
MESKIPUN  ITU BERAT TERKADANG.

Tidak percaya rezeki bererti tidak percaya dengan si Pemberi rezeki

Tips Blogging: Pancing Pembaca Dengan Tajuk Yang Menarik


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Sebahagian sumber perkongsian dari rakan blogger


Tahukah anda, jika ada 100 orang yang singgah ke blog anda, 80% dari jumlah itu akan membaca tajuk artikel yang ditulis terlebih dahulu.

Tapi hanya 20% yang baca isi kandungannya.

Sedih tak? Mahunya tak sedih, kan?

Ini bermakna anda kehilangan jumlah yang besar potensi pembaca.

Cuba anda ingat kembali ketika melakukan pencarian di Google. Apa yang membuat kita memilih salah satu website atau blog?

Sudah tentu TAJUK utamanya, bukan?

Jadi pertempuran kita bermula dari tajuk atau topik.

Walau pun artikel yang ditulis sangat mantap dan setiap bait kata ditulis hingga menusuk kalbu, tetapi tajuk utamanya yang biasa-biasa sahaja maka kuranglah yang membaca hingga ke noktah terakhir.

Tajuk adalah punca utama artikel anda mudah di viral di setiap lama sosial yang ada.

Saranan saya, belajar dulu buat 44 kata kunci pertama di carian google. Ini bagi memudahkan setiap entri kita tersenarai dalam ranking teratas carian google.

Anda setuju kenyataan ini?



Wednesday 11 January 2017

Kelas Asas Blog Dan Penulisan Sesi Februari 2017.


Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian surirumah atau suri bekerjaya yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online. Skop pembelajaran ialah:

1. Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.

2. Belajar asas berjualan melalui program dropship.

3. Belajar menjual produk fizikal.

4. Belajar menjual produk digital.

5. Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.



Sesi Februari 9.2.2017 hingga 28.2.2017

Latihan penulisan 44 entri selama 20 hari.

Selepas daftar akan diberikan 8 analisa untuk kita pilih fokus blog kalian.
Setiap orang tidak sama fokus penulisan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Ada kekosongan 10 tempat EKSKLUSIF untuk di isi.
Kelas adalah secara online.

Sila ketuk wasap Rieya 0168178716 untuk maklumat lanjut. Nak daftar terus pun boleh.



Monday 9 January 2017

Jaringan Networking Antara Rakan Akademi Yang Bergabung Dalam ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yang Engkau berikan hari ni. Pendaftaran kelas blog bisnes penulisan semakin rancak. Hari ini ada dua protege sah berdaftar. Apa yang menariknya, salah seorang protege kali ni berada di Arab Saudi.  Wah! Jauh diseberang laut.



Dari Sabah Ke Arab Saudi, dan kini ke Kelantan kita yer.

Begitulah jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakan yang terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.

Golongan bapa-bapa juga ada turut serta. Macam dalam rumah sendiri meriahnya.



Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.

Tahun ni ada sedikit kelainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran blog bisnes penulisan. Fokus pertama di group wassap untuk siapkan tugasan. Kemudian selesai 16 langkah untuk blog bisnes, kelas akan bersambung di group fesbuk agar protege lebih konsisten menulis.

Cara ini adalah untuk bantu protege lebih fokus dan berlumba sesama rakan kelas dalam menyiapkan tugasan yang di beri agar mereka boleh menggunakan blog dengan pantas untuk mempromosi serta memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Kami masih terima pendaftaran untuk kelas blog, jangan risau mereka belum mula. Sedang buat sesi suai kenal. sempat lagi kalau kalian nak turut serta. Ketuk saja wasap saya di talian 016-817 8716 untuk diskusi selanjutnya.




6M Tips Bisnes


Wajib buang 6M dalam diri apabila berniaga.
..
1. Malu
2. Malas
3. Marah
4. Merajuk
5. Menyusahkan
6. Menyesal
..
..
Kenapa 6M patut di BUANG?
..
Bila MALU jadi MALAS.
Bila Malas kena MARAH.
Kena Marah jadi MERAJUK.
Bila Merajuk jadi MENYUSAHKAN.
Bila Menyusahkan terus MENYESAL.
Dan bila MENYESAL?
..
Bisnes pun tak akan berjalan. Dan hasilnya bisnes akan bankrupt.
Keypointnya adalah jangan MALU.
Ibarat pepatah, "Malu bertanya sesat jalan".
..
Simpan malu lama-lama tak akan bantu untuk kita berjaya.
..
Dapat sesuatu?
Selamat berkongsi ilmu

Jom bersiap sedia untuk Maghrib....


Top of Form

ABDR Adalah Trek Pemula


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah




Alhamdulillah. Esok bakal bermula Kelas Blog Bisnes Penulisan secara alam maya di Akademi Bekerja Di Rumah. Kelas melalui group fesbuk dan wassap. Salah seorang protege kini berada di Arab Saudi. Saya pula rasa teruja.

Agak-agak cikgu kita, Puan Anys Idayu Zakaria ada darah gemuruh tak? (saja nak sakat cikgu kita...hihihi) Ada di antara alumni ABDR berada di Korea, Brunei, Singapura dan Manila sewaktu mula berdaftar. Inilah bukti bahawa protege blog bisnes penulisan di ABDR datang dari seluruh dunia.

ABDR adalah trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.



Kuih Keria Gula Merah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Hari ni mood rajin nak buat dissert. Menu minum petang ialah Kuih keria keledek ungu gula merah. Sebenarnya sudah beberapa hari teringin nak makan kuih keria. Malam Jumaat lepas, sepupu suami buat majlis tahlil untuk arwah makcik (ibu kepada sepupu suami).

Menantu sulung arwah makcik pula ada buat kuih keria keledek. Sedap. Kuih tu pula jadi bayangan hingga ke hari ni. Sewaktu sibuk membuat persiapan juadah majlis tahlil sempat juga saya bertanya serba sedikit bahan-bahan nak buat kuih keria ni. Tak ada salin apa-apa nota pun. Cuma sembang-sembang macam biasa. Sukatan berapa gram berapa cawan semua tu pun tak ada tanya. Teringat tanya bahan-bahan utama je. Saya ni suka main campak-campak je kalau nak mencuba. Bak kata omputeh 'try and error' jer. Kalau tak menjadi, cuba lagi. Kalau adunan menjadi, tu kira satu bonus dan percubaan terbaik.

Semalam singgahlah kat kedai Supermarket Survey. Lalu kawasan sayur-sayur dan terpandang keladek ungu (Yam). Tak cek harga lagi dah. Ambil, terus masukkan dalam plastik dan timbang. Dekat 2kg juga la berat keledek tu. Keledek tu nampak cantik, segar dan besar. Saya sempat ambil tiga biji. Tu pun berat dah cecah hampir 2kg. Harga lebih kurang RM9.50 kalau tak silap saya.

Semalam, balik dari kedai terus singgah rumah mak mentua. Bercerita hal keluarga sampai lewat malam. Sudahnya tak sempat siapkan doh semalam untuk bekalan kakak ke sekolah agama. Pagi tadi pun tak sempat nak buat sebagai sarapan. Jadi, kuih keria ni santapan minum petanglah jawabnya.

Ok, jom kita ke dapur. Sebenaranya ini pertama kali nak buat kuih keria. Selalu tengok orang jual. Memang laku kuih ni. Kalau jual kat bazar cepat saja habis. Tu yang teringin nak belajar ni. Kalau menjadi, bolehlah ambil tempahan nanti. Betul tak?


Bahan-bahan:

2 biji keledek ungu (berat lebih kurang 1.5kg sebab saiz keledek tu besar)
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 gula merah
1/2 cawan gula pasir
Minyak secukupnya


Langkah demi langkah membuat Kuih Keria Gula Merah:

1. Kupas kulit keledek. Kalau nak potong kecil-kecil pun boleh. Nak rebus saiz besar macam tu pun ok. Terpulang dengan saiz periuk yang digunakan. Rebus keledek hingga empuk.  Kalau nak masukkan sedikit garam pun boleh tapi saya tak campur garam semasa merebus. 



2. Kemudian, lenyek dan sejukkan. Nak lenyek guna lesung batu pun boleh tapi saya guna pelenyek daging burger. Mudah dan cepat. Tak sabar nak makan, jadi saya tak sejukkan dahulu. Lenyek jer time panas-panas. Hihihi...


3. Masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam keledek lecek.


4. Masukkan 2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) ke dalam keledek lecek.



5. Masukkan 2 cawan tepung gandum (sedikit demi sedikit) ke dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh. 1 cawan lagi letak tepi untuk kegunaan semasa membentuk doh nanti agar tidak melekit di jari atau talam yang digunakan.



6. Hah! Inilah rupa keledek yang sudah siap diadun tadi. Cantik tak warna ungu ni? Tengok warna ungu terang macam ni pun dah nak meleleh liur tau. Haish..tak sabar nak makan.



7. Taburkan tepung atas talam dan tapak tangan. Ambil doh sebanyak 30 gram atau ikut suka saiz yang diinginkan. Bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis. Kalau nak buat bentuk senyum pun ok. Anak-anak lagi teruja nak makan.


8. Jarang buat kuih kat rumah. Selalu beli kita main beli jer. Jadi peralatan tu agak kurang. Nak bagi leper doh tu saya guna tumbler Shaklee. Boleh guna botol apa saja asalkan dia bulat dan rata. hah! Jom kita golek doh tu. Golek sampai leper. 



9. Tak jumpa mana letak penekap kuih yang bulat jadi saya tekap guna cawan. Saiz cawan ikut suka hati nak saiz kecil ke besar. Untuk anak-anak pula yang buat bentuk senyum. Kuih keria ni untuk makan sendiri jadi saya buat saiz besar baru puas hati, Betul Tak? 


.


10. Beginilah hasilnya doh yang telah siap dibentuk. 



11. Panaskan minyak dan goreng doh yang telah dibentuk tadi hingga kuning keemasan. Kuning keemasan ker? Eh! Saya tengok macam warna gangsa pun ada. Lihat kuih keria tu, tersenyum riang di dalam kuali. Hihihi comel tak?


12. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan sebentar.



13. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam kuali tanpa minyak. Didihkan menggunakan api yang sederhana. Sebelum tu, pastikan gula merah tadi telah ditumbuk hancur. Takkan nak masuk seketul besar macam tu? Lambat pula cair nanti.



14. Lihat warna gula merah tu. Cantik tak? Apabila air gula sudah mula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Gaul hingga rata.


15. Bila gula mula melekat pada kuih keria, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Uhhmmm tak sabar dah nak rasa satu.


16. Susun di pinggan secantik mungkin. Hidangkan. 




Tips Tambahan

1. Pastikan tepung di masukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.

2. Tabur sedikit tepung gandum ke dalam bancuhan gula tadi agar ia m tidak mudah cair dan melekat lebih lama di kuih keria.
Selamat mencoba.

Cuba tengok warna kuih keria ni. Warna ungu yang cantik. Lepas dah siap terus rasa panas-panas dari kuali sebelum sempat dihidang. Leleh dah dek non liur ni. Tak tahan tunggu lama-lama lagi dah. Macam mak-mak tengah ngidam pula kan, hihihi. Terus selamat innalillah dalam perut. Nasib baik tak habis sepinggan.

Keledek jenis ni cantik sangat buat kuih keria dengan warna ungu terang dan rasa keledek yang semulajadi manis. Kuih Keria ni ada yang gelar kuih gelang tapi itu yang saiz besar kot. Kalau yang saiz kecil-kecil lagi comel ni, ramai gelar kuih keria.

Makan waktu panas-panas sedap sebab diluarnya rangup, dalamnya gebu. Gula salutannya pun rangup. Kalau di biarkan terlalu lama di suhu bilik, gula akan mencair semula dan kuih jadi lembut tak rangup. Tapi kuih keria yang saya buat ni tahan lama gulanya. Nak tahu macam mana? Boleh baca semula di topik 'tips tambahan' tadi. Ada juga yang suka bila sejuk macam tu.

Adik bangun dari tidur tadi terus cari kuih senyum. Hihihi sebab ummy dah janji nak buat kuih senyum. Jadilah kuih keria senyum selalu. Habis juga 4 biji adik makan tadi.

Kakak pula kebiasaannya pulang sekolah terus cari nasi. Petang tadi sampai jer rumah, simpan beg sekolah terpandang kuih keria atas meja. Tak ada soalan lagi dah ummy buat kuih apa. Nampak jer kuih keria bentuk senyum tu terus capai pinggan comei dah bedal sampai 6 biji. Wah! Bukan main lagi. Lupa ler tu nak simpan untuk bapa sikit.

Nasib baik ummy dah bentuk dua jenis. Kuih keria senyum selalu mereka dua beradik habiskan dan yang bentuk gelang untuk ummy dan baba katanya. Beginilah karenah anak-anak. Apa yang penting mereka suka hasil air tangan ummy. Bukan main selera lagi makan.

Bagi mak-mak yang nak jana pendapatan dari rumah, kuih keria ni salah satu idea untuk menu sarapan atau minum petang. Bolehlah kalian cuba-cuba resepi yang saya kongsikan tadi.

Kepada yang nak buat tempahan untuk sebarang majlis, boleh ketuk wassap saya di talian 016-817 8716 untuk perbincangan lanjut.

Selamat mencuba dan saya doakan moga kalian murah rezeki...


Kelas Asas Blog Dan Penulisan.


Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Sesi Januari 10.1.2017 hingga 30.1.2017

Latihan penulisan 44 entri selama 20 hari.

Selepas daftar akan diberikan 8 analisa untuk kita pilih fokus blog kalian.
Setiap orang tidak sama fokus penulisan.

1. Samzurina - Kunak, Sabah
2. Rohana - Ampang, Selangor
3. Nanie Rayman - Putatan, Sabah
4. Nor Aisyah - Putatan, Sabah
5. Normah - Kota Kinabalu, Sabah
6. Mahariani Hassan - Kota Bharu, Kelantan
7. Sheena Hiew - Arab Saudi
8.
9.
10.

Ada kekosongan 3 tempat EKSKLUSIF untuk di isi.
Kelas adalah secara online.

Sila ketuk wasap Rieya 0168178716 untuk maklumat lanjut. Nak daftar terus pun boleh.

#ABDR #KelasAsasBlogPenulisan #KelasOnlineABDR

Saturday 7 January 2017

Tazkirah: Adakah Nama Anda Tercatat Dalam Pendaftaran Milik Allah SWT?


Assalamualaikum...

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.
ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.
- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.
- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.
- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.
- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.
- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.
- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.
- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.
- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.
- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA KITA SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:
✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

# Peringatan buat diri sendiri juga.
- copy & paste.

Wallahu a'lam...

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular