Wednesday, 4 January 2017

Allah is always be inside of you...

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Dihari, hari lahir ku hari ini, ingin ku kirimkan doa buat suami dan sepasang bidadariku. Ayah dan Ibu yang sangat aku sayangi.

Ya Allah, berikan mereka kesihatan, perlindungan dan cinta-Mu untuk mereka. Dalam setiap doa ku, aku berharap agar menjadi anak yang dapat mereka banggakan. Aamiin.

Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar aku dapat hidup dan menjadi bermanfaat bagi ummat-Mu yang lain.

Ya Allah, jadikanlah diri ku termasuk ke dalam hamba-Mu yang sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan anugerah yang Engkau berikan.

Ya Allah, jadikanlah sisa hidupku sebagai kebahagiaan. Semoga aku mampu memanfaatkan sisa usia ku dengan seoptima mungkin dengan kebaikan dalam pelbagai bentuk.

Ya Allah, dengan penuh berharap aku memohon semoga Engkau meredhai dan merahmati setiap hembusan nafasku, detakan nadi dan jantungku, desir rasaku, kerlipan mataku, langkah kakiku dan setiap tindakan dari setiap komponen penyusun aku dan tubuhku.



Happy Birthday Rieya....
Keep Smile... Be strong...
Allah is always be inside of you...


KEMAS Sabah: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [15 Ogos 2018]

Alhamdulillah. Lega sangat. Kelas eUsahawan hari ni adalah peserta usahawan KEMAS dari pelbagai daerah.   Satu cabaran baru sebenarnya...

Post Paling Popular