Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Nak tunggu pengurusan sekolah bagi lencana dan tanda nama baru agaknya ambil masa dua ke tiga bulan. Itu pun dah kira syukur kalau dapat sebelum habis penggal persekolahan 2017.
Ummy cek semula tudung sekolah yang lama. Tanda nama dan lencana masih elok. Mood rajin datang menerpa. Cabut saja lencana dan tanda nama tu kemudian jahit di tudung baru. Tadaaaa... dah siap!
Tak ada bukti pun itu lencana dan tanda nama lama. Warna dan kualiti kain masih sama, seakan baru. Jadi, kenapa harus membazir?
Selamat bertemu kawan-kawan dan guru-guru di sekolah duhai puteri ummy. Sungguh teruja sekolah sudah bermula.
Anak mak-mak yang lain macam mana? Teruja jugak ke?
No comments:
Post a Comment