Wednesday, 4 January 2017

Kenangan Terindah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Ya Allah terima kasih sudah menambah umur ku satu tahun lagi, ntah berapa umur lagi yang nanti Engkau berikan kepada hamba-Mu ini, tapi yang ku mohon berikan kesempatan untuk berbuat terbaik dalam menjalani episod kehidupan ini.

Ya Allah, terima kasih untuk setahun yang luar biasa yang Engkau berikan kepadaku, terima kasih untuk jalan yang Engkau lapangkan, dan segala kemudahan yang Engkau berikan.

Ya Allah, terima kasih untuk pelajaran yang Kau berikan, bahawa semua akan indah pada waktunya. Engkau bukakan mataku, bahawa walaupun sering ku rasa pahit dan perih, rancangan-Mu selalu yang terbaik dan indah.

Ya Allah, ajarkan padaku agar tidak meminta kembali apa yang hilang, tapi ajarkan padaku untuk percaya bahawa apa yang Engkau berikan adalah yang terbaik.

Ku pasrahkan setiap tarikan nafasku, setiap langkahku hanya kepada-Mu sekarang dan selamanya.

Semoga hari ini menjadi sebuah optimisme baru dalam usia ku hari ini.

Ku abadikan komen kalian diruangan ini untuk tatapan kita suatu tika nanti. Sudah pasti momen indah sepanjang hari ini akan jadi cerita indah kita bersama. InsyaAllah...







KEMAS Sabah: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [15 Ogos 2018]

Alhamdulillah. Lega sangat. Kelas eUsahawan hari ni adalah peserta usahawan KEMAS dari pelbagai daerah.   Satu cabaran baru sebenarnya...

Post Paling Popular