Teks: Nasriah
Abdullah
Foto:
-
Sumber: Sebahagian
sumber perkongsian dari rakan blogger
Tahukah
anda, jika ada 100 orang yang singgah ke blog anda, 80% dari jumlah itu akan
membaca tajuk artikel yang ditulis terlebih dahulu.
Tapi
hanya 20% yang baca isi kandungannya.
Sedih
tak? Mahunya tak sedih, kan?
Ini
bermakna anda kehilangan jumlah yang besar potensi pembaca.
Cuba
anda ingat kembali ketika melakukan pencarian di Google. Apa yang membuat kita
memilih salah satu website atau blog?
Sudah
tentu TAJUK utamanya, bukan?
Jadi
pertempuran kita bermula dari tajuk atau topik.
Walau
pun artikel yang ditulis sangat mantap dan setiap bait kata ditulis hingga
menusuk kalbu, tetapi tajuk utamanya yang biasa-biasa sahaja maka kuranglah
yang membaca hingga ke noktah terakhir.
Tajuk
adalah punca utama artikel anda mudah di viral di setiap lama sosial yang ada.
Saranan
saya, belajar dulu buat 44 kata kunci pertama di carian google. Ini bagi
memudahkan setiap entri kita tersenarai dalam ranking teratas carian google.
Anda
setuju kenyataan ini?
No comments:
Post a Comment