Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
DI SINI BERMULA
Dengan sedikit kegusaran dan keyakinan yang ada, saya
bermula di ABDR. Minat untuk mula menulis memang ada. Apatah lagi angan-angan dan
impian untuk memulakan perniagaan secara atas talian melalui pemasaran blog. Jealous kot orang lain ada blog. Mahir berblog tapi saya satu apa pun tak tahu.
Nak juga katanya. Dengan rasa cemburu itulah saya bermula.
Namun, tidak tahu bagaimana untuk bermula. Bantu dengan ketiadaan idea dan cara yang mudah untuk bermula. Lebih-lebih lagi saya
hanya seorang suri rumah yang tidak punya ilmu dalam pemasaran blog. Nak
ketawa? Ketawalah kalian sepuasnya. Mungkin anak remaja masa kini sudah mahir
menggunakan gadget-gadget yang ada di blog. Tidak mengapa, walau lambat bermula,
yang penting ada keinginan untuk menimba ilmu dan belajar sesuatu yang baru
dalam hidup.
Akademi bekerja Di Rumah (ABDR) |
Impian dan keinginan itu tidak terhenti di situ saja.
Justeru, pencarian melalui google di internet dilakukan sehinggalah saya
terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini melalui blog pengkongsian guru
saya kini, Puan Anys Idayu Zakaria.
Hari demi hari berlalu, fesbuk peribadi Puan Anys Idayu Zakaria setiap hari diintai. Melalui messenger
di fesbuk, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Anys Idayu Zakaria. Sangat
kagum dan teruja dengan setiap bait kata yang dikongsikan. Setelah mengintai fesbuk
dan blog perkongsian beliau selama hampir 3 bulan barulah saya berani
mendaftarkan diri. Lebih berhati-hati sebenarnya memilih guru yang mampu
membimbing dan melayan karenah saya yang kurang ilmu ini. Alhamdulillah,
syukur. Jalan yang saya pilih kini membuahkan hasil.
KENAPA SAYA
PILIH ABDR?
Saya hanya seorang suri rumah yang tidak bergaji, dengan
niat ingin menjalankan perniagaan secara online untuk membantu suami menampung
kos sara hidup kami sekeluarga. Kekurangan dana menghantui saya untuk mengupah
orang lain membina blog untuk perniagaan saya. Maklum saja, suri rumah yang hanya bergantung nafkah suami. Justeru, dengan usaha dan
keberanian yang ada, saya memilih untuk berguru di ABDR sebagai langkah pertama
untuk belajar menghasilkan sebuah blog yang ringkas.
Sepanjang pemerhatian saya, Alumni ABDR sangat ramai
dan kebanyakannya adalah di kalangan suri rumah dan suri bekerjaya. Terdetik
juga di hati, bagaimana mereka bermula mengurus anak-anak, rumah dan bisnes? Melalui pemerhatian ini, saya rasakan ABDR
adalah satu laluan terbesar dan platform untuk saya membina satu rangkaian perhubungan
yang sangat baik. Tambah pula, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif
dan berkesan.
Dengan pelaburan sebanyak RM300, saya mula belajar
membangunkan sebuah sendiri. Apa yang menariknya di sini, sebagai keluarga besar
ABDR, saya ditawarkan menjadi salah seorang Pengurus Online ABDR dan akan
dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook
seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai
kelas sebelum ini. Selain itu, komisyen yang diberikan juga boleh dijadikan
sumber modal dalam menyediakan stok perniagaan saya.
Kesimpulan, Suri rumah sepenuh masa yang baru mula nak berjinak-jinak dunia perniagaan atas talian juga boleh menjana pendapatan dari rumah hatta tak punya produk keluaran sendiri. Mudah, bukan nak jana wang dari rumah? Syarat utama adalah usaha, yakin dan konsisten untuk menikmati hasilnya.
INI KISAH KU DI
ABDR
Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai pelbagai jenis kelas
dan pakej yang ditawarkan. Tenaga pengajarnya pun ramai. Kalian boleh memilih
guru disukai. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Bisnes Penulisan
bersama Puan Anys Idayu Zakaria.
Melalui pakej ini, saya diberikan 5 ebook
iaitu:
1) Belajar Asas Blog
2) Super WAHM, Super Mom
3) Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
4) 101 Idea Home-Based Bisnes
5) Yeah! Mama Sudah Resign
Sangat bertuah buat kalian yang daftar ketika ini
kerana kalian boleh memiliki 10 bonus ebook jika berdaftar sekarang. Dengan jumlah yuran yang sama tetapi ada penambahan jumlah bonus ebook yang akan anda terima. Rasa makin
teruja, bukan?
Pakej Kelas Yang Di Tawarkan |
Pada permulaan kelas, saya telah diberi tugasan untuk
membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah
tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya.
Seronok tak? Ya sudah tentulah rasa seronok dan gembira kerana kelas begitu
santai tanpa paksaan. Tugasan yang diberikan juga begitu santai. Jadual kelas,
saya sendiri yang susun-atur.
Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara
online melalui fesbuk dan wassap tidak kira waktu pagi, tengah hari, petang
mahu pun malam. Adakalanya, leka sehingga pukul 1.00 pagi. Guru yang mengajar
juga tidak pernah jemu melayan karenah manja saya sebagai pelajar yang baru
bertatih dalam dunia blog.
Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog.
Ia sangat bermanfaat kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah
cuba membangunkan blog sendiri. Bejaya tetapi gagal dalam menepatkan nama dalam
senarai muka surat pertama di carian google. Ini semua berpunca akibat kekurangan
ilmu tentang blog.
Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan
dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Anys Idayu Zakaria tanpa mengira waktu.
Kelas yang sangat fleksibel. Betul tak? Ada masa,
buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan mana yang lebih penting. Tiada
paksaan. Tiada had masa. Tiada tekanan. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah kita
menghasilkan blog sendiri. Teruja, bukan?
ERTI SEBUAH
PENGHARGAAN
Siapalah saya untuk diberi penghargaan sebesar ini.
Walau baru setahun jagung bertatih di kelas ABDR, saya sudah menerima empat
jenis hadiah (reward). Ya Allah, terharu sangat.
Hadiah pertama berupa senaskah mini tafsir Al-Qur'an. Reward itu diberikan atas sedikit kejayaan
mempromosi kelas-kelas anjuran ABDR. Kalau tidak silap, berjaya mendaftar
pelajar baru 60% daripada sasaran minima yang diberikan. Gagal mencapai sasaran
100% juga diberi penghargaan. Ya Allah, bertuahnya diri ini.
Hadiah kedua, di pilih untuk beriklan sebagai sumber
inspirasi di majalah terkenal iaitu Mingguan Wanita, slot 'Panduan Bekerja Dari Rumah'. Coretan pengalaman seorang suri rumah yang terjebak dengan dunia berbiaga bazar terpilih. Majalah Mingguan Wanita adalah salah satu majalah kegemaran suatu ketika
dahulu. Perkongsian di majalah sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan
traffik di blog dan secara tak sengaja dapat pula beriklan dengan percuma.
Seperti anda sedia maklum, beriklan di majalah Mingguan Wanita boleh menelan
belanja ribuan ringgit untuk satu ruangan iklan tapi saya diberi peluang
keemasan, berkongsi pengalaman dan secara tak langsung dapat menyebarkan berita aktiviti bagaimana mahu mula menjana pendapatan dari rumah dengan sumber yang sedia ada. Seronok tak? Dah rasa makin teruja tak
belajar di ABDR?
Perasaan teruja itu semakin sukar untuk digambarkan
apabila Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad memaklumkan bahawa satu ebook terbaru
ABDR bakal diterbitkan iaitu Inspirasi Bekerja Di Rumah. Dalam ebook tersebut
seramai 13 suri rumah terpilih untuk paparan inspirasi dan perkongsian pelbagai
pengalaman dan kisah masing-masing dalam menjana pendapatan dari rumah.
Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah |
Alhamdulillah. Salah seorang suri di dalam ebook
tersebut adalah kisah saya, 'Raih Pengalaman
Berniaga Bazar'. Tak pernah terdetik dalam hati ebook terbitan ABDR akan
menyelitkan kisah saya yang tak seberapa. Malu rasanya dijadikan sumber
inspirasi kerana siapalah saya. Kisah kejayaan yang belum boleh dibanggakan.
Hadiah keempat saya terima dari puan pengasas ABDR adalah
edisi penuh ebook 'Inspirasi Bekerja Di
Rumah', sewaktu minggu pertama pelancaran ebook tersebut. Gembira tak
terkata apabila beliau mengatakan bahawa saya adalah orang pertama yang
menerima edisi penuh ebook 'Inspirasi
Bekerja Di Rumah'. Bagai nak melompat pun ada. Senyuman terukir di bibir di
bawa hingga ke dalam mimpi. Ya Allah, hebat sungguh anugerah dan rezeki yang
Engkau berikan.
Penghargaan Yang Sangat Bermakna |
SUDAH TAMAT
KELAS TAPI IA BELUM BERAKHIR
Syukur alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Walaupun
kelas sudah tamat tapi segalanya belum berakhir lagi. Bagi saya, ianya baru
bermula. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat
digunakan sepanjang hidup saya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Kalian, mohon
doakan ya.
Semoga blog yang dihasilkan mampu memasarkan dan mempromosikan
perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Di samping itu, dapatlah saya
berkongsi idea dan ilmu kepada suri lain yang memerlukan.
Jika kalian rasa terbeban dengan taraf hidup masa kini
yang semakin meningkat dan berniat mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah
langkah baru. Ayuh, mulakan sekarang! Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah
anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya serta merasakan bahawa ruginya 'aku tak join dari awal'.
Anda mahu berdiskusi secara santai dengan saya? Mari
ringankan jemari anda, ketuk wassap saya
016-817 8716 bila-bila masa sudah bersedia.
Moga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda
semua. Silalah kongsi dengan rakan-rakan yang lain ya.
Selamat berblog semua...
wow...memang terbaik..tahniah puan..turut teruja membaca pengalaman... semoga terus succes
ReplyDelete