Monday, 9 January 2017

Kuih Keria Gula Merah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Hari ni mood rajin nak buat dissert. Menu minum petang ialah Kuih keria keledek ungu gula merah. Sebenarnya sudah beberapa hari teringin nak makan kuih keria. Malam Jumaat lepas, sepupu suami buat majlis tahlil untuk arwah makcik (ibu kepada sepupu suami).

Menantu sulung arwah makcik pula ada buat kuih keria keledek. Sedap. Kuih tu pula jadi bayangan hingga ke hari ni. Sewaktu sibuk membuat persiapan juadah majlis tahlil sempat juga saya bertanya serba sedikit bahan-bahan nak buat kuih keria ni. Tak ada salin apa-apa nota pun. Cuma sembang-sembang macam biasa. Sukatan berapa gram berapa cawan semua tu pun tak ada tanya. Teringat tanya bahan-bahan utama je. Saya ni suka main campak-campak je kalau nak mencuba. Bak kata omputeh 'try and error' jer. Kalau tak menjadi, cuba lagi. Kalau adunan menjadi, tu kira satu bonus dan percubaan terbaik.

Semalam singgahlah kat kedai Supermarket Survey. Lalu kawasan sayur-sayur dan terpandang keladek ungu (Yam). Tak cek harga lagi dah. Ambil, terus masukkan dalam plastik dan timbang. Dekat 2kg juga la berat keledek tu. Keledek tu nampak cantik, segar dan besar. Saya sempat ambil tiga biji. Tu pun berat dah cecah hampir 2kg. Harga lebih kurang RM9.50 kalau tak silap saya.

Semalam, balik dari kedai terus singgah rumah mak mentua. Bercerita hal keluarga sampai lewat malam. Sudahnya tak sempat siapkan doh semalam untuk bekalan kakak ke sekolah agama. Pagi tadi pun tak sempat nak buat sebagai sarapan. Jadi, kuih keria ni santapan minum petanglah jawabnya.

Ok, jom kita ke dapur. Sebenaranya ini pertama kali nak buat kuih keria. Selalu tengok orang jual. Memang laku kuih ni. Kalau jual kat bazar cepat saja habis. Tu yang teringin nak belajar ni. Kalau menjadi, bolehlah ambil tempahan nanti. Betul tak?


Bahan-bahan:

2 biji keledek ungu (berat lebih kurang 1.5kg sebab saiz keledek tu besar)
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 gula merah
1/2 cawan gula pasir
Minyak secukupnya


Langkah demi langkah membuat Kuih Keria Gula Merah:

1. Kupas kulit keledek. Kalau nak potong kecil-kecil pun boleh. Nak rebus saiz besar macam tu pun ok. Terpulang dengan saiz periuk yang digunakan. Rebus keledek hingga empuk.  Kalau nak masukkan sedikit garam pun boleh tapi saya tak campur garam semasa merebus. 



2. Kemudian, lenyek dan sejukkan. Nak lenyek guna lesung batu pun boleh tapi saya guna pelenyek daging burger. Mudah dan cepat. Tak sabar nak makan, jadi saya tak sejukkan dahulu. Lenyek jer time panas-panas. Hihihi...


3. Masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam keledek lecek.


4. Masukkan 2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) ke dalam keledek lecek.



5. Masukkan 2 cawan tepung gandum (sedikit demi sedikit) ke dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh. 1 cawan lagi letak tepi untuk kegunaan semasa membentuk doh nanti agar tidak melekit di jari atau talam yang digunakan.



6. Hah! Inilah rupa keledek yang sudah siap diadun tadi. Cantik tak warna ungu ni? Tengok warna ungu terang macam ni pun dah nak meleleh liur tau. Haish..tak sabar nak makan.



7. Taburkan tepung atas talam dan tapak tangan. Ambil doh sebanyak 30 gram atau ikut suka saiz yang diinginkan. Bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis. Kalau nak buat bentuk senyum pun ok. Anak-anak lagi teruja nak makan.


8. Jarang buat kuih kat rumah. Selalu beli kita main beli jer. Jadi peralatan tu agak kurang. Nak bagi leper doh tu saya guna tumbler Shaklee. Boleh guna botol apa saja asalkan dia bulat dan rata. hah! Jom kita golek doh tu. Golek sampai leper. 



9. Tak jumpa mana letak penekap kuih yang bulat jadi saya tekap guna cawan. Saiz cawan ikut suka hati nak saiz kecil ke besar. Untuk anak-anak pula yang buat bentuk senyum. Kuih keria ni untuk makan sendiri jadi saya buat saiz besar baru puas hati, Betul Tak? 


.


10. Beginilah hasilnya doh yang telah siap dibentuk. 



11. Panaskan minyak dan goreng doh yang telah dibentuk tadi hingga kuning keemasan. Kuning keemasan ker? Eh! Saya tengok macam warna gangsa pun ada. Lihat kuih keria tu, tersenyum riang di dalam kuali. Hihihi comel tak?


12. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan sebentar.



13. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam kuali tanpa minyak. Didihkan menggunakan api yang sederhana. Sebelum tu, pastikan gula merah tadi telah ditumbuk hancur. Takkan nak masuk seketul besar macam tu? Lambat pula cair nanti.



14. Lihat warna gula merah tu. Cantik tak? Apabila air gula sudah mula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Gaul hingga rata.


15. Bila gula mula melekat pada kuih keria, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Uhhmmm tak sabar dah nak rasa satu.


16. Susun di pinggan secantik mungkin. Hidangkan. 




Tips Tambahan

1. Pastikan tepung di masukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.

2. Tabur sedikit tepung gandum ke dalam bancuhan gula tadi agar ia m tidak mudah cair dan melekat lebih lama di kuih keria.
Selamat mencoba.

Cuba tengok warna kuih keria ni. Warna ungu yang cantik. Lepas dah siap terus rasa panas-panas dari kuali sebelum sempat dihidang. Leleh dah dek non liur ni. Tak tahan tunggu lama-lama lagi dah. Macam mak-mak tengah ngidam pula kan, hihihi. Terus selamat innalillah dalam perut. Nasib baik tak habis sepinggan.

Keledek jenis ni cantik sangat buat kuih keria dengan warna ungu terang dan rasa keledek yang semulajadi manis. Kuih Keria ni ada yang gelar kuih gelang tapi itu yang saiz besar kot. Kalau yang saiz kecil-kecil lagi comel ni, ramai gelar kuih keria.

Makan waktu panas-panas sedap sebab diluarnya rangup, dalamnya gebu. Gula salutannya pun rangup. Kalau di biarkan terlalu lama di suhu bilik, gula akan mencair semula dan kuih jadi lembut tak rangup. Tapi kuih keria yang saya buat ni tahan lama gulanya. Nak tahu macam mana? Boleh baca semula di topik 'tips tambahan' tadi. Ada juga yang suka bila sejuk macam tu.

Adik bangun dari tidur tadi terus cari kuih senyum. Hihihi sebab ummy dah janji nak buat kuih senyum. Jadilah kuih keria senyum selalu. Habis juga 4 biji adik makan tadi.

Kakak pula kebiasaannya pulang sekolah terus cari nasi. Petang tadi sampai jer rumah, simpan beg sekolah terpandang kuih keria atas meja. Tak ada soalan lagi dah ummy buat kuih apa. Nampak jer kuih keria bentuk senyum tu terus capai pinggan comei dah bedal sampai 6 biji. Wah! Bukan main lagi. Lupa ler tu nak simpan untuk bapa sikit.

Nasib baik ummy dah bentuk dua jenis. Kuih keria senyum selalu mereka dua beradik habiskan dan yang bentuk gelang untuk ummy dan baba katanya. Beginilah karenah anak-anak. Apa yang penting mereka suka hasil air tangan ummy. Bukan main selera lagi makan.

Bagi mak-mak yang nak jana pendapatan dari rumah, kuih keria ni salah satu idea untuk menu sarapan atau minum petang. Bolehlah kalian cuba-cuba resepi yang saya kongsikan tadi.

Kepada yang nak buat tempahan untuk sebarang majlis, boleh ketuk wassap saya di talian 016-817 8716 untuk perbincangan lanjut.

Selamat mencuba dan saya doakan moga kalian murah rezeki...


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular