Monday 13 July 2015

Resepi Kerepek Ketam

Entri #37

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Jamayah Bujang
Sumber: Resepi Dipetik dari Jamayah Bujang


Hari ni dah masuk 3 hari terkhir Ramadhan. Rasa sedih pula bila Ramadhan nak berlalu.Semoga hati kita akan dijernihkan tuhan bermula dengan usaha memohon maaf, memaafkan dan menyambung silaturrahim. Kerana selepas Allah SWT akan menjaga keperluan kita. InshaAllah...


RESPI KEREPEK KETAM

Bahan Bahanya:
2 Bungkus Stick Ketam
1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa
1/2 Sudu Kecil serbuk lada puteh atau hitam
1/2 Sudu Kecil serbuk kari
3 Tangkai Daun Kari
Minyak untuk Mengoreng

Cara Cara Membuatnya:

1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.


2. Tus Stick Ketam dan picit picit dan koyak koyak hingga halus.


3. Dah Siap koyak Stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur daun kari.


4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. Tak jemur pun tak pa.

5. Kita panas kan minyak dan goreng hingga kuning dan renggup.



6. Kering kan minyak dan simpan dlm tempat yg tak masok udara.



Terima kasih buat Pn. Jamayah bujang kerana sudi berkongsi resepi Kerepek ketam. 

Simple dan sedap. cubalah...


Musafir Di Aidilfitri

Entri #36

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google


Assalamualaikum 

Selamat menggiatkan ibadah dalam  Ramadhan yang masih berbaki.

Malam ini malam 27 Ramadhan. Ambil peluang.



Kepada yang memandu pulang ke kampung, pandu berhari-hati.

Jika memandu jarak jauh, dari kota Kinabalu ke tawau misalnya (9 jam perjalanan), ada rukhsah untuk tidak berpuasa.

Jadikan perjalanan pulang sebagai ibadah, rapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama ahli keluarga dan sanak saudara.

Semoga perjalanan selamat. Pulang dan kembali.

Semoga bila masuk syawal, kita semua insh Allah sudah kembali ke fitrah - tanpa dosa.

Semoga semua amal ibadah sepanjang Ramadhan diterima Allah SWT.

Saya doakan segala urusan anda dipermudahkan Allah

Sekian dulu dan wassalam


Rieya
Musafir di Aidilfitri
Raya tahun ni sebla keluarga suami






Keajaiban Amalan Penarik Rezeki

Entri #35

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Dipetik dari Irfan Khairi


10 Tip Murah Rezeki untuk Suami Isteri

Hari ini saya ingin berkongsi tips mengenai  10 amalan murah rezeki untuk suami isteri yang perlu dilakukan dalam rutin hidup seharian. Tips ini saya petik dari perkongsian Irfan Khairi, pakar jutawan online.

Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah dari-Nya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.

Sebenarnya, terdapat banyak tips amalan menarik rezeki, namun di bawah ini saya senaraikan 10 perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Berikut adalah 10 Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…
1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup
2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri
3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai
4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan
5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja
6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa
7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja
8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah
9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka
10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

Mudahan rezeki anda bersama keluarga sentiasa dimurahkan!

Kongsikan dengan pasangan anda! 


Friday 10 July 2015

3 Cara Yang Betul - Untuk Mudah Close Sale Di Whatsapp

Entri #34

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Dipetik Dari FB Amir Faisal II


Entri pada kali ini berkenaan dengan Teknik Close Sale. Sebenarnya banyak teknik untuk close jualan. Trend masa kini, majoriti peniaga-peniaga online menggunakan platform FB untuk pemasaran produk dan meminta prospek untuk whatsapp ke nombor telefon yang diberikan. 

Kaedah closing melalui aplikasi whatsapp ni popular kerana capaian whatsapp cukup mudah tanpa memerlukan internet yang berkelajuan tinggi. Kebanyakkan masyarakat di malaysia juga menggunakan aplikasi ini dalam kehidupan seharian mereka. Baiklah, di bawah beberapa peringkat proses closing pelanggan :

Teknik yang saya gunakan untuk jualan secara online lebih kurang sama seperti yang dikongsikan oleh saudara kita, Amir Faisal. Jom kita applikasikan 3 cara yang betul dan mudah untuk 'close sale' di whatsapp. rugi tau kalau tak cuba...





Ini 3 Cara Yang Betul - Untuk Mudah Close Sale Di Whatsapp.
===
Prospek yang whatsapp, adalah prospek yang sudah 73% berminat dengan produk yang kita jual. Balance 27% lagi bergantung kepada skill closing kita. samada berkesan atau tidak.
.
Bagaimana nak kuasai 27% lagi ?
.
---
ini 3 cara yang betul yang anda boleh gunakan serta merta.
---
.
(1) Tanya Masalah Mereka -
manusia suka ada orang ambil berat mengenai mereka. bertanyakan masalah mereka, dan mencadangkan solusi kepada masalah mereka.
.
poin : tanya apakah masalah yang mereka sedang hadapi
.
(2) Dengar & Sokong -
tumpu perhatian pada masalah pelanggan dan sokong sahaja apa yang mereka sedang luahkan. supaya mereka rasa 'menang'.
.
poin : iyakan sahaja luahan perasaan mereka. untuk menunjukkan kita dipihak mereka dan membuatkan mereka selesa dengan kita.(rasa ada geng!)
.
(3) Relate -
Kemudian, kaitkan no.1 dan no.2 dengan testimoni dan produk kita. Beritahu mereka bahawa masalah yang mereka hadapi sama seperti masalah orang lain. dan masalah mereka boleh diselesaikan.
.
poin : relate masalah dan buat prospek rasa masalah yang mereka sedang hadapi boleh diatasi, (bukti dah ada depan mata.





Thursday 9 July 2015

5 PERKARA ORANG BERJAYA BUAT

Entri #33

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


1. Mereka pergi kerja untuk berjaya, bukan hanya untuk bekerja. Orang-orang yang lebih berjaya pergi kerja untuk sesuatu yang dicapai. Mereka bekerja untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan, bukan hanya untuk mendapatkan 8 jam mereka.


2. Mereka menjalankan usaha yang luar biasa. Orang yang paling berjaya adalah didorong, dan mereka menolak dan mendorong sehingga kerja itu dilakukan dan mencapai sasaran, dan kemudian mereka pergi lagi. Mereka mampu untuk kekal fokus pada mendapatkan keputusan.


3. Mereka tidak pernah meminta maaf. Tidak kira berapa banyak alasan yang mereka buat, orang yang berjaya tahu bahawa ia tidak akan berubah hasil. Apabila berlaku kesilapan, orang yang berjaya melihat ia sebagai satu peluang, bukan halangan yang tidak dapat diatasi.


4. Mereka memberi tumpuan kepada matlamat mereka setiap hari. Orang yang berjaya sentiasa memberi tumpuan kepada kejayaan. Membuat perkara yang anda mahu dan masih belum dicapai sehingga nyata dalam fikiran anda bahawa mereka menjadi nyata dalam dunia anda.



5. Mereka sanggup gagal. Ini pepatah lama, "no risk, no reward" benar-benar berlaku kepada orang-orang yang berjaya. Sudah tentu, mereka tidak berminat untuk gagal, tetapi mereka tahu bahawa jika mereka tidak meletakkan diri mereka dalam kedudukan untuk gagal, mereka tidak akan mencipta keupayaan untuk menang.

Wednesday 8 July 2015

3 Cara Belajar Berniaga - Tanpa Keluar 1 Sen Pun

Entri #32

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Dipetik dari FB Amir Faisal II


Mencari jalan keluar untuk tingkatkan sumber kewangan ketika ekonomi merundum!

Keadaan ekonomi malaysia kini semakin kurang stabil. Sana sini rakyat mengadu domba akan kenaikan harga barang-barang keperluan harian dan kenaikan harga minyak. Lihat saja sekeliling kita, semakin hari semakin tinggi kos sara hidup masyarakat dek kerana kenaikan harga tersebut.

Justeru itu, saya sarankan anda belajar berniaga. Ya, berniaga! Tak punya sumber modal? Tidak mengapa. Tanpa modal anda juga boleh mula berniaga.

Jom kita timba ilmu belajar berniaga tanpa keluar 1 sen pun. Tips ini di petik dari tulisan Amir Faisal



3 Cara Belajar Berniaga - Tanpa Keluar 1 Sen Pun.
===
.
sekiranya kita sudah berasa selesa dengan apa yang kita ada (ilmu) sekarang, kelak nanti kita akan ketinggalan.
.
sebagai peniaga, seeloknya kita perlu sentiasa tingkatkan ilmu, belajar dari pelbagai sumber. supaya kita lebih maju setapak kehadapan berbanding pesaing kita.
.
saya nak kongsikan kepada anda 3 cara yang saya amalkan untuk tambah ilmu pemasaran khususnya dan kembangkan bisnes.
.
Anda juga boleh cuba.
.
-----
(1) Follow Sifu-Sifu atau Pakar -
-----
Sentiasa cari + follow sifu atau pakar mengikut ilmu apa yang anda perlukan.
.
Kalau anda nak belajar pemasaran, cari sifu-sifu atau mereka yang pakar sesuai dengan anda dan follow mereka. Klik 'get notification' supaya kita tidak terlepas posting penting daripada mereka.
.
Ramai sifu-sifu berkongsi secara percuma diwall Facebook atau Fanpage mereka dan juga Group Percuma.
.
-----
(2) Belajar Daripada Pesaing -
-----
Kaji Fanpage pesaing, kaji teknik pemasaran pesaing, kaji cara follow-up, kaji cara closing. pendek kata dari A sampai Z kita kaji. caranya?
.
Jadi spy. pretend to be his/her customer. Niat nak belajar dan tiruvasi. jangan ambil bulat-bulat. Ambil dan ubah mengikut kesesuaian produk kita.
.
-----
(3) Blog & Forum -
-----
Buat bacaan diblog & forum, banyak blog-blog dan juga forum berkongsi mengenai pemasaran khususnya (daripada bacaan saya).
.
Anda taip sahaja 'keyword' apa yang anda nak belajar di Google, sebagai contoh "belajar copywriting" dan akan keluarlah senarai blog-blog ilmiah berdasarkan carian anda itu tadi.
.
Sekiranya kita jenis bajet-bajet sikit, boleh guna 3 cara ini untuk tambah ilmu secara percuma.
.
Tapi sekiranya kita ada bajet lebih, boleh la menuntut dan menadah dengan sifu-sifu secara berhadapan atau beli produk seperti ebook dan video berbayar, ikuti seminar dan kelas mereka atau personal coaching.
.
Ini kerana, sudahpasti ilmu yang dikongsikan secara percuma dan berbayar adalah sangat berbeza. dan hasil yang anda dapat juga sudah tentu berbeza.

Tuesday 7 July 2015

Hidup Luar Biasa!

Entri #31


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Solat Dhuha.

Mula-mula buat untuk dapat rezeki.

Lama-lama buat untuk dapatkan Allah.

Bila dapat Allah bermakna mendapat Pemberi Rezeki.

Satu kisah saya teringat mengisahkan tentang seorang Raja dan 3 orang menteri. Raja tersebut mempunyai seorg menteri favourite nya drpd 3 org menteri itu. Lalu membuatkan 2 org menteri lagi jealous.

Untuk mengelakkan hasad dengki lalu raja tersebut pun membuat satu pertandingan untuk memberitahu secara tidak langsung mengapa dia begitu menyukai menteri yang sorang ini.

Raja tersebut membuat pertandingan masuk ke dalam bilik hartanya dan memberi arahan "dalam masa 3 minit semua benda yang kamu sentuh dalam bilik ini akan jadi milik kamu"


Apa lagi terbuntang luas mata menteri-menterinya.

Lalu apabila masa bermula, lintang pukang kedua org menteri menyentuh harta dan duit yang berbukit di dalam bilik tersebut.

Namun yang peliknya menteri favouritenya langsung tidak berganjak dari tempatnya. Dia hanya tersenyum melihat gelagat dua menteri lagi.
.
Lalu raja pun bertanya pada menteri tersebut "mengapa kamu tidak berlari mengambil harta dalam bilik ini? Pergilah pilih apa sahaja yang kamu suka"

Menteri kesayangannya itu pun lalu meletakkan tapak tangannya ke atas kepala raja itu. Kedua orang menteri yang sedang berlari berhenti melihat adengan pelik itu.

"Bukankah jikalau Tuanku menjadi milik saya, maka semua harta di dalam bilik ini juga milik saya?"

Raja itu tersenyum puas kerana tujuan baginda telah pun tercapai.

Ketika saya mendengar kisah ini saya terlopong, kerana saya selalu mengambil jalan panjang dan sukar untuk mendapatkan apa pun dalam kehidupan. Tetapi selalu alpa untuk mengambil 'hati' Pemilik segala-galanya. Inilah short cut nya.


Ingin mengetahui short cut dan formula lain untuk mendapatkan rezeki dan keberkatan dalam kehidupan untuk menjadi insan LUAR BIASA?





Dapatkan Buku 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA
Betulkan alignment dalaman baru betulkan ilmu luaran.
Hanya RM45 senaskah (Semenjung, Sabah & Sarawak) 
Siap dengan poster dan tandatangan ustaz Asraff Ayob
Boleh PM saya Nasriah Abdullah untuk pembelian ya
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan

Tips Bisnes Online

Entri #30


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -



Sementara menanti waktu nak masak untuk juadah sahur saya nak share beberapa tips bisnes online yang sangat penting untuk kita ketahui sebagai peniaga online. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.






Sumber:  Ainon Mohd.


Ini siaran ulangan....
Apakah maknanya fakta dan statistik di bawah ini?
+ 93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas mula beroperasi.
+ 74% produk baru tersungkur dalam pasaran.
+ 80% bisnes yang dibuka dengan menggunakan modal pinjaman bank dan grant berakhir gulung tikar.
.
Maknanya:
+ Mulakan bisnes dengan modal yang sedia ada dalam tangan. Sebagai contoh, mulakan bisnes dari rumah. Gunakan alat-alat yang sudah sedia ada di dalam rumah.
+ Gunakan strategi ikat perut.
+ Pertaruhkan duit modal dari simpanan sendiri pada jumlah yang kita mampu bakar. Kalau kita mampu bakar RM2k, pertaruhkan duit RM2k itu sahaja. Kalau lingkup, kita masih dapat bangun semula dan cuba bisnes lain.
+ Jangan sekali-kali memulakan bisnes baru dengan menggunakan modal duit pinjaman bank.
+ Jangan mulakan bisnes dengan mengeluarkan produk baru. Jual produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Pilih produk yang mudah dijual.

Panduan Penggunaan Zikir Asmaul-Husna Dalam Menghadapi Masalah-Masalah Kehidupan

Entri #29

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Cara Menggunakan Asmaul-Husna Untuk Selesaikan Hutang


Mungkin ada diantara kita mempunyai masalah hutang yang belum/sukar diselesaikan.

Moga ia membantu anda.


Zikir tiap satu 40x tiap lepas solat


Zikir nama di mulut


Zikir bicara hati dalam hati



Resepi Cinch Shake Shaklee

Entri #28

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Shaklee Malasyia


Jom Kongsi Resepi
Sumber: PM Nur Laila


Shaklee cinch shake, di datangkan dengan 3 perisa iaitu;-
Cinch latte
Cinch choclate
Cinch vanilla 

Teringat sharing dalam group GLC. PM Laila share pengalaman untuk variasikan resepi cinch shake. Selama ni tak explore sangat resepi cinch ni.

Kitaorg buat:
1. Cinch choc + pisang
2. Cinch latte + blueberry
3. Cinch vanilla + straberry





Siapa yang ada resepi lain boleh kongsikan ye.


Untuk yang dah pernah cuba boleh komen sikit mana yang paling sedap???

Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #4)

Entri #27

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: ABDR


Anda suri rumah bekerjaya? Anda peniaga online? Anda peniaga dropship? Jika 'YA', maka andalah yang kami cari. Terdapat 15 pilihan ebook untuk panduan dan rujukan anda yang dahagakan ilmu-ilmu menjana pendapatan dari rumah. Mudah, Simple dan Murah!






JANA RM DARI RUMAH

Type: BUKU
Product Code: JRMDR
Availability: In Stock
Price: RM20.00



101 IDEA BISNES MAKANAN

Type: EBOOK
Product Code: 101IBM
Availability: In Stock
Price: RM30.00



BELAJAR ASAS BLOG

Type: EBOOK
Product Code: BABLOG
Availability: In Stock
Price: RM50.00





101 IDEA HOME-BASED BISNES

Type: EBOOK
Product Code: 101IBHB
Availability: In Stock
Price: RM50.00 RM30.00



44 RESEPI PANTANG TRADISI MELAYU

Type: EBOOK
Product Code: 44RPTM
Availability: In Stock
Price: RM30.00



PANDUAN 44 HARI PANTANG TRADISIONAL & MODEN

Type: EBOOK
Product Code: 44HP
Availability: In Stock
Price: RM30.00



PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE

Type: EBOOK
Product Code: PMBB
Availability: In Stock
Price: RM50.00 RM30.00




SUPER WAHM, SUPER MOM

Type: EBOOK
Product Code: SWSM
Availability: In Stock
Price: RM50.00



RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE

Type: EBOOK
Product Code: RKOUO
Availability: In Stock
Price: RM30.00



RAHSIA BISNES KHADIJAH ISTERI RASULULLAH

Type: EBOOK
Product Code: RBK
Availability: In Stock
Price: RM30.00











Monday 6 July 2015

Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #3)

Entri #26

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: ABDR


Menjana pendapatan tambahan hanya bekerja dari rumah bersama Akademi Bekerja Di Rumah atau secara ringkasnya ABDR. Tentu anda di luar sana tertanya-tanya bagaimana saya boleh menjana pendapatan melalui ABDR, kan?

Akademi Bekerja Di Rumah a.k.a ABDR


Nak tahu lebih lanjut? Mudah saja. Anda hanya perlu:-

  • Memasarkan produk digital ebook pilihan ramai dan terlajak laris di pasaran
15 Pilihan ebook mampu milik!


  • Iklankan perniagaan anda di sini. Nak BERBAYAR atau pun PERCUMA? Pilihan di tangan anda!
Beriklan di sini


  • Menawarkan kelas online dan offline yang sangat murah. Kos kelas MAMPU BAYAR, MAMPU MILIK!
Kelas Offline ABDR


Semua maklumat produk yang ditawarkan secara online sahaja. Memudahkan anda para suri rumah mengurus anak-anak sambil menaja pendapatan hanya di rumah. Kaum bapa juga di alu-alukan dalam program 'Mula Bisnes Tanpa Modal' demi menampung kos sara hidup keluarga yang semakin tinggi masa kini. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. tak gitu?


Mudah, kan? Justeru, sebab itu saya selesa dengan ABDR. Kelas yang di jalankan juga mengikut kelapangan para pelajar. Sambil belajar, sambil jana wang dari rumah. 


Peluang dan ruang masih terbuka luas untuk anda. Jom sertai saya dalam keluarga besar ABDR. Jadikan diri anda antara 2000 terawal dalam keluarga besar ABDR. Hubungi saya sekarang...


WhatsApp: +010-366 8516
Call/SMS: +6016 817 8716
Page: Ummy.Adhwa
Email: pnnasriahabdullah@gmail.com
Blog: http://nasriahabdullah.blogspot.com



Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #2)

Entri #25


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Jom sertai saya menjana pendapatan dengan dropship buku-buku motivasi kehidupan dan motivasi pekerjaan.





Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran


Allah Tempat Meminta (ATM)

RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran



21 Formula Hidup Luar Biasa (21-FHLB)


RM 45 (Semenanjung)
RM 45 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK)

RM 25 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)
*Harga termasuk kos penghantaran



Aku, Dia & Rezeki

RM 31 (Semenanjung)
RM 35 (Sabah & Sarawak)

*Harga termasuk kos penghantaran



Untuk sebrang pembelian buku-buku yang ada di sini, anda boleh berhubung terus dengan saya melalui:-

WhatsApp: +010-366 8516
Call/SMS: +6016 817 8716
Page: Ummy.Adhwa
Email: pnnasriahabdullah@gmail.com
Blog: http://nasriahabdullah.blogspot.com



Mula Bisnes Tanpa Modal (Part #1)

Entri #24

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -



Alhamdulillah...sedar tak sedar kita dah menghampiri Ramadhan ke-20. Tak terasa begitu cepat rasanya Ramadhan berlalu. Dan semakin ramai umat-NYA mengeluh. Bukan mengeluh dan bersedih hati dek kerana Ramadhan bakal melambai pergi. Mengeluh kerana kesempitan pendapatan demi menyara keluarga. Tak kurang juga ada yang mengeluh demi memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga menyambut syawal.


Peningkatan taraf hidup semakin tinggi. Jumlah pendapatan masih di tangkuk lama. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan adakalanya terpaksa membuat catuan makanan. Cukup makan sekali sehari demi mengalas perut yang kosong.


Wahai rakan-rakan sekalian. Janganlah anda bermuram durja. Janganlah anda hanya tahu mengeluh akan kekurangan yang ada. Berusahalah mencari rezeki halal yang lain. Semua itu ada jalannya. Jika anda buntu, saya akan bantu mencari jalan keluar dari kesempitan yang ada. Mari bersama-sama saya berusaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga walau hanya berniaga dari rumah. 


Apa guna membuang masa mengeluh akan kesempitan hidup di ruang legar media sosial FB, Twitter, InstaGram dan sebagainya. Sampai bila nak meratapi keperitan hidup yang diberikan tanpa berusaha mencari dan meningkatkan? Sampai bila nak hidup dengan simpati dan empati orang lain? Sampai bila nak hidup dengan bantuan orang lain? Tetapi hiduplah dengan bantuan Allah SWT.


Jom rakan-rakan sekalian, sertai saya dalam menjana pendapatan dengan dropship buku-buku motivasi kehidupan dan motivasi pekerjaan. Mulakan perniagaan anda tanpa sesen modal bersama saya. 


Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, ingin meningkatkan motivasi diri dalam kehidupan, suka membantu insan lain yang dalam kesusahan dan kesimpitan hidup, suka membantu orang lain meningkatkan kesihatan dan kewangan serta ingin di bimbing, anda boleh whatsapp saya di talian +6016-817 8716.


Saya mencari usahawan baru yang ingin merubah kehidupan yang lebih baik dan boleh di bimbing, rajin, sabar dan mempunyai impian yang besar. Jom mulakan bisnes anda tanpa modal!


Adakah anda orang yang saya cari? Jika "YA", sila hubungi saya segera...






Friday 3 July 2015

Teknik Power Pumping Di Bulan Ramadhan (Part #2)

Entri #23

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ramadhan Bukan Alasan Untuk Tidak Mengepam!

Semasa bulan puasa, pastikan ibu mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan 'demand and supply' yang berterusan kepada payudara. Jangan jadikan alasan bahawa sebab berpuasa anda terpaksa kurangkan sesi mengepam kerana kurangnya keberhasilan setiap sesi perahan.

Di sini saya kongsikan contoh jadual mengepam di bulan puasa bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten:

Sesi 1
Selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2
Pam pada waktu tengahari, sekitar  jam 12.00 tengahari.

Sesi 3
Pada belah petang sebelum pulang ke rumah, sekitar jam 4.00 petang.

Sesi 4
Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tetapi harus diingat bahawa 'kurang demand, maka kuranglah supply!'

Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!

Ini adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak kita. 

Moga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita semua.




Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

Entri #22

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Azam Hidupku Tanpa Hutang!

Aku ingin BEBAS daripada segala hutang-piutang. Aku mahu hidup tanpa hutang. Hidup mesti berhutang, barulah boleh senang!  Itu pendapat dan pemikiran kolot pada kebanyakkan orang.

Dalam kesempitan hidup, pendapatan pun agak kecil dan itu hanya bergantung kepada suami seorang bagi kehidupan kami sekeluarga. Masih di bawah taraf kemiskinan sebab hanya suami seorang yang bekerja. Aku dah hampir 7 bulan berhenti kerja. Sana sini hutang tertunggak! Aku bukan tak dapat bekerja, tetapi rezeki di terima kerja di mana-mana sektor swasta mahu pun kerajaan tidak kunjung tiba selepas meletak jawatan hampir 7 bulan lalu.

Meletak jawatan kerana terdesak dan rasa teraniaya. Aku tidak punya pilihan kerana bagi ku  keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil. Suami juga tidak mengizikan aku jauh daripada anak-anak. Tetapi syukur pada Allah SWT, DIA memberikan kecukupan kepada kami. Sebagaimana doa yang kami minta dalam bacaan ma’thurat di waktu pagi. Biarlah tak hidup bermewah-mewah, asalkan hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

Semenjak bergelar pelajar ABDR, aku berazam tak nak buat hutang lagi jika tiada keperluan yang mendesak. “Mendesak” sehingga aku tak boleh hidup tanpa membuat hutang.


“Ya Allah, perkenankanlah niat suci ku ini wahai Tuhan pemilik segala kekayan. Supaya lebih mudah aku mengisi hidup ini dengan berbakti. Berbakti kepada-Mu, berbakti kepada makhlukMu”.


Aku sekadar ingin berkongsi rasa bersama kalian sebagai kekuatan dan dorongan supaya semua yang aku rancang berjaya hingga ke akhirnya. Aku belajar daripada kesilapan lalu. Betapa peritnya belajar dari kesilapan ini. Teraba-raba dalam mencari panduan sendiri. “Kesilapan”, itulah guru yang paling zalim. Ia zalim tetapi ia memberi 1001 pengajaran yang mahal harganya dan bermakna kepada sesiapa yang sanggup belajar daripadanya.

Walau apa pun, aku masih jahil dalam bab kewangan peribadi. Banyak lagi yang harus dipelajari. Banyak lagi tabiat dan sikap yang harus disemai serta dikukuhkan setiap hari. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dalam mencari dan mengurus kekayaan milik Tuhan. Doakan aku bebas hutang 2 tahun akan datang. Ya! 2 tahun dan bantulah aku dalam merialisasikan azam itu... Insyaallah...


Wallahu a’lam...





Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular