Friday, 3 July 2015

Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

Entri #22

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Azam Hidupku Tanpa Hutang!

Aku ingin BEBAS daripada segala hutang-piutang. Aku mahu hidup tanpa hutang. Hidup mesti berhutang, barulah boleh senang!  Itu pendapat dan pemikiran kolot pada kebanyakkan orang.

Dalam kesempitan hidup, pendapatan pun agak kecil dan itu hanya bergantung kepada suami seorang bagi kehidupan kami sekeluarga. Masih di bawah taraf kemiskinan sebab hanya suami seorang yang bekerja. Aku dah hampir 7 bulan berhenti kerja. Sana sini hutang tertunggak! Aku bukan tak dapat bekerja, tetapi rezeki di terima kerja di mana-mana sektor swasta mahu pun kerajaan tidak kunjung tiba selepas meletak jawatan hampir 7 bulan lalu.

Meletak jawatan kerana terdesak dan rasa teraniaya. Aku tidak punya pilihan kerana bagi ku  keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil. Suami juga tidak mengizikan aku jauh daripada anak-anak. Tetapi syukur pada Allah SWT, DIA memberikan kecukupan kepada kami. Sebagaimana doa yang kami minta dalam bacaan ma’thurat di waktu pagi. Biarlah tak hidup bermewah-mewah, asalkan hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

Semenjak bergelar pelajar ABDR, aku berazam tak nak buat hutang lagi jika tiada keperluan yang mendesak. “Mendesak” sehingga aku tak boleh hidup tanpa membuat hutang.


“Ya Allah, perkenankanlah niat suci ku ini wahai Tuhan pemilik segala kekayan. Supaya lebih mudah aku mengisi hidup ini dengan berbakti. Berbakti kepada-Mu, berbakti kepada makhlukMu”.


Aku sekadar ingin berkongsi rasa bersama kalian sebagai kekuatan dan dorongan supaya semua yang aku rancang berjaya hingga ke akhirnya. Aku belajar daripada kesilapan lalu. Betapa peritnya belajar dari kesilapan ini. Teraba-raba dalam mencari panduan sendiri. “Kesilapan”, itulah guru yang paling zalim. Ia zalim tetapi ia memberi 1001 pengajaran yang mahal harganya dan bermakna kepada sesiapa yang sanggup belajar daripadanya.

Walau apa pun, aku masih jahil dalam bab kewangan peribadi. Banyak lagi yang harus dipelajari. Banyak lagi tabiat dan sikap yang harus disemai serta dikukuhkan setiap hari. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dalam mencari dan mengurus kekayaan milik Tuhan. Doakan aku bebas hutang 2 tahun akan datang. Ya! 2 tahun dan bantulah aku dalam merialisasikan azam itu... Insyaallah...


Wallahu a’lam...





No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular