Monday, 13 July 2015

Resepi Kerepek Ketam

Entri #37

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Jamayah Bujang
Sumber: Resepi Dipetik dari Jamayah Bujang


Hari ni dah masuk 3 hari terkhir Ramadhan. Rasa sedih pula bila Ramadhan nak berlalu.Semoga hati kita akan dijernihkan tuhan bermula dengan usaha memohon maaf, memaafkan dan menyambung silaturrahim. Kerana selepas Allah SWT akan menjaga keperluan kita. InshaAllah...


RESPI KEREPEK KETAM

Bahan Bahanya:
2 Bungkus Stick Ketam
1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa
1/2 Sudu Kecil serbuk lada puteh atau hitam
1/2 Sudu Kecil serbuk kari
3 Tangkai Daun Kari
Minyak untuk Mengoreng

Cara Cara Membuatnya:

1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.


2. Tus Stick Ketam dan picit picit dan koyak koyak hingga halus.


3. Dah Siap koyak Stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur daun kari.


4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. Tak jemur pun tak pa.

5. Kita panas kan minyak dan goreng hingga kuning dan renggup.



6. Kering kan minyak dan simpan dlm tempat yg tak masok udara.



Terima kasih buat Pn. Jamayah bujang kerana sudi berkongsi resepi Kerepek ketam. 

Simple dan sedap. cubalah...


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular