Monday, 13 July 2015

Keajaiban Amalan Penarik Rezeki

Entri #35

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Dipetik dari Irfan Khairi


10 Tip Murah Rezeki untuk Suami Isteri

Hari ini saya ingin berkongsi tips mengenai  10 amalan murah rezeki untuk suami isteri yang perlu dilakukan dalam rutin hidup seharian. Tips ini saya petik dari perkongsian Irfan Khairi, pakar jutawan online.

Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah dari-Nya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.

Sebenarnya, terdapat banyak tips amalan menarik rezeki, namun di bawah ini saya senaraikan 10 perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Berikut adalah 10 Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…
1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup
2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri
3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai
4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan
5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja
6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa
7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja
8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah
9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka
10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

Mudahan rezeki anda bersama keluarga sentiasa dimurahkan!

Kongsikan dengan pasangan anda! 


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular