Entri #30
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sementara menanti waktu nak masak untuk juadah sahur saya nak share beberapa tips bisnes online yang sangat penting untuk kita ketahui sebagai peniaga online. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.
Sumber: Ainon Mohd.
Ini siaran ulangan....
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sementara menanti waktu nak masak untuk juadah sahur saya nak share beberapa tips bisnes online yang sangat penting untuk kita ketahui sebagai peniaga online. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.
Sumber: Ainon Mohd.
Ini siaran ulangan....
Apakah maknanya fakta dan statistik di bawah ini?
+ 93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas mula beroperasi.
+ 74% produk baru tersungkur dalam pasaran.
+ 80% bisnes yang dibuka dengan menggunakan modal pinjaman bank dan grant berakhir gulung tikar.
.
Maknanya:
+ Mulakan bisnes dengan modal yang sedia ada dalam tangan. Sebagai contoh, mulakan bisnes dari rumah. Gunakan alat-alat yang sudah sedia ada di dalam rumah.
+ Gunakan strategi ikat perut.
+ Pertaruhkan duit modal dari simpanan sendiri pada jumlah yang kita mampu bakar. Kalau kita mampu bakar RM2k, pertaruhkan duit RM2k itu sahaja. Kalau lingkup, kita masih dapat bangun semula dan cuba bisnes lain.
+ Jangan sekali-kali memulakan bisnes baru dengan menggunakan modal duit pinjaman bank.
+ Jangan mulakan bisnes dengan mengeluarkan produk baru. Jual produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Pilih produk yang mudah dijual.
No comments:
Post a Comment