Wednesday, 8 July 2015

3 Cara Belajar Berniaga - Tanpa Keluar 1 Sen Pun

Entri #32

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -
Sumber: Dipetik dari FB Amir Faisal II


Mencari jalan keluar untuk tingkatkan sumber kewangan ketika ekonomi merundum!

Keadaan ekonomi malaysia kini semakin kurang stabil. Sana sini rakyat mengadu domba akan kenaikan harga barang-barang keperluan harian dan kenaikan harga minyak. Lihat saja sekeliling kita, semakin hari semakin tinggi kos sara hidup masyarakat dek kerana kenaikan harga tersebut.

Justeru itu, saya sarankan anda belajar berniaga. Ya, berniaga! Tak punya sumber modal? Tidak mengapa. Tanpa modal anda juga boleh mula berniaga.

Jom kita timba ilmu belajar berniaga tanpa keluar 1 sen pun. Tips ini di petik dari tulisan Amir Faisal



3 Cara Belajar Berniaga - Tanpa Keluar 1 Sen Pun.
===
.
sekiranya kita sudah berasa selesa dengan apa yang kita ada (ilmu) sekarang, kelak nanti kita akan ketinggalan.
.
sebagai peniaga, seeloknya kita perlu sentiasa tingkatkan ilmu, belajar dari pelbagai sumber. supaya kita lebih maju setapak kehadapan berbanding pesaing kita.
.
saya nak kongsikan kepada anda 3 cara yang saya amalkan untuk tambah ilmu pemasaran khususnya dan kembangkan bisnes.
.
Anda juga boleh cuba.
.
-----
(1) Follow Sifu-Sifu atau Pakar -
-----
Sentiasa cari + follow sifu atau pakar mengikut ilmu apa yang anda perlukan.
.
Kalau anda nak belajar pemasaran, cari sifu-sifu atau mereka yang pakar sesuai dengan anda dan follow mereka. Klik 'get notification' supaya kita tidak terlepas posting penting daripada mereka.
.
Ramai sifu-sifu berkongsi secara percuma diwall Facebook atau Fanpage mereka dan juga Group Percuma.
.
-----
(2) Belajar Daripada Pesaing -
-----
Kaji Fanpage pesaing, kaji teknik pemasaran pesaing, kaji cara follow-up, kaji cara closing. pendek kata dari A sampai Z kita kaji. caranya?
.
Jadi spy. pretend to be his/her customer. Niat nak belajar dan tiruvasi. jangan ambil bulat-bulat. Ambil dan ubah mengikut kesesuaian produk kita.
.
-----
(3) Blog & Forum -
-----
Buat bacaan diblog & forum, banyak blog-blog dan juga forum berkongsi mengenai pemasaran khususnya (daripada bacaan saya).
.
Anda taip sahaja 'keyword' apa yang anda nak belajar di Google, sebagai contoh "belajar copywriting" dan akan keluarlah senarai blog-blog ilmiah berdasarkan carian anda itu tadi.
.
Sekiranya kita jenis bajet-bajet sikit, boleh guna 3 cara ini untuk tambah ilmu secara percuma.
.
Tapi sekiranya kita ada bajet lebih, boleh la menuntut dan menadah dengan sifu-sifu secara berhadapan atau beli produk seperti ebook dan video berbayar, ikuti seminar dan kelas mereka atau personal coaching.
.
Ini kerana, sudahpasti ilmu yang dikongsikan secara percuma dan berbayar adalah sangat berbeza. dan hasil yang anda dapat juga sudah tentu berbeza.

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular