Entri #23
Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
-
Ramadhan Bukan Alasan Untuk Tidak Mengepam!
Semasa bulan puasa, pastikan ibu mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan 'demand and supply' yang berterusan kepada payudara. Jangan jadikan alasan bahawa sebab berpuasa anda terpaksa kurangkan sesi mengepam kerana kurangnya keberhasilan setiap sesi perahan.
Di
sini saya kongsikan contoh jadual mengepam di bulan puasa bagi ibu yang masih
buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten:
Sesi
1
Selepas
sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya
kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.
Sesi
2
Pam
pada waktu tengahari, sekitar jam 12.00
tengahari.
Sesi
3
Pada
belah petang sebelum pulang ke rumah, sekitar jam 4.00 petang.
Sesi
4
Sebelum
tidur (agak-agak jam 11/12 malam)
Jika
ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam
pada waktu malam. Tetapi harus diingat bahawa 'kurang demand, maka kuranglah supply!'
Info
penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga
payu dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda
bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!
Ini
adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu
dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu
yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup
untuk keperluan anak kita.
Moga
perkongsian kali ini bermanfaat buat kita semua.
No comments:
Post a Comment