Showing posts with label JHEWA. Show all posts
Showing posts with label JHEWA. Show all posts

Tuesday, 24 October 2017

Klinik Usahawan Wanita Sabah, IKSnita Sabah vs Fitness Dance, FFL


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah & FFL

Assalammualaikum dan salam ceria sahabat-sahabat POSITIF semua.

Teman niaga yang POSITIF selalu berbincang dalam BERKUMPULAN bukan BERSENDIRIAN.

Dalam ramai-ramai pasti timbul pelbagai idea yang boleh digunapakai bersama. Singkirkan perasaan NEGATIF yang ada dalam diri baru laa idea akan berkembang megah. Setuju?

Cuaca agak mendung pagi ini. Ku doakan semoga jiwa sahabat-sahabat semua tidaklah semendung cuaca pagi ini ya.

Saja ingin ku war-warkan bahawa Karnival Gempak Usahawan Wanita, Wisma Wanita Kota Kinabalu anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) bakal berlangsung pada hujung minggu ini iaitu 28 dan 29 Oktober 2017 bertempat di Wisma Wanita.

Antara acara yang paling meriah dan mendapat sambutan terbaik adalah Klinik Usahawan Wanita yang akan dikelolakan oleh IKSnita Sabah. Waaah! Tak sangka begitu hebat sambutan Klinik Usahawan Wanita Sabah bersama Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal, Presiden IKSnita Sabah.

Sehingga entri ini di tulis, sudah lebih 100 pendaftaran usahawan wanita yang datang dari seluruh daerah di Sabah. Sungguh hebat aura Datuk Presiden kita ni ya. Ramai yang tidak mahu ketinggalan dan terlepas peluang menimba ilmu keusahawanan bersama Datuk Presiden.  Tahniah di ucapkan.

Selepas selesai saja sesi klinik keusahawanan pada 29 Oktober 2017, kalian bolehlah renggang-renggangkan tulang, lembut-lembutkan saraf dengan menyertai acara "Fitness Dance" kelolaan FFL dengan kerjasama IKSnita Sabah yang akan bermula pada 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Elite Instructor Chacha Garza dan Zin Mocks bakal beraksi di atas pentas "Fitness Dance" bersama kalian semua. Rugi tau kalau kalian tak datang. Semua acara ini diberikan percuma istimewa khas untuk kalian usahawan wanita Sabah.

Jumpa anda di sana!!!




Tuesday, 17 October 2017

Karnival Gempak Usahawan Wanita, Wisma Wanita Kota Kinabalu


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: JHEWA & IKSNITA


Panggilan buat peminat tegar penyanyi Rohana Jalil. Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan berjumpa dengan artis kesayangan anda pada 28hb Oktober 2017 jam 10.30 pagi di Karnival Gempak Usahawan Wanita di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun atur istimewa untuk kalian. Antara aktiviti sepanjang dua hari karnival ini berlangsung adalah seperti Pertandingan Permainan Congkak, Permainan Bahasa, Pertandingan Mewarna, dan Pertandingan permainan Batu Seremban. Selain itu, disediakan juga War Machine dan Iron Man.

IKSnita Sabah telah dijemput untuk turut serta dalam memeriahkan lagi karnival ini. Kalian boleh turut serta dalam Klinik Usahawan Wanita Sabah. Klinik ini juga percuma.

Untuk makluman, Klinik Usahawan Wanita Sabah ini akan bersama  Presiden IKSnita Sabah iaitu Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal berlangsung selama 2 hari iaitu 28hb dan 29hb Oktober 2017.

Setiap sorang hanya memilih satu tarikh sahaja. Klinik Usahawan Wanita ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Tujuan utama klinik ini adalah untuk berbincang keperluan produk usahawan yang boleh ditambah baik dari beberapa sudut. Seramai 5 orang "Doktor Usahawan" yang dilantik sedia membantu diagnos produk usahawan pada masa tersebut.

Anda boleh memilih salah satu "Doktor Usahawan" mengikut pilihan dan keperluan dalam perniagaan masing-masing.

Ini bukanlah seminar atau bengkel. Klinik ini membantu sesama kita di kalangan usahawan baru bagi mengenalpasti penambahbaikan produk di masa akan datang. 

InsyaAllah. Semoga usaha ini berhasil dan memberi idea serta inspirasi baru dalam memajukan produksi masing-masing.

Mohon kalian bantu kami war-warkan karnival ini kepada kawan-kawan di luar sana agar visi dan misi karnival ini dapat capai dengan jayanya.



Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular