Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: JHEWA
& IKSNITA
Panggilan buat peminat tegar penyanyi Rohana Jalil. Jangan
lepaskan peluang untuk melihat dan berjumpa dengan artis kesayangan anda pada
28hb Oktober 2017 jam 10.30 pagi di Karnival Gempak Usahawan Wanita
di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

IKSnita Sabah telah dijemput untuk turut serta dalam memeriahkan
lagi karnival ini. Kalian boleh turut serta dalam Klinik Usahawan Wanita Sabah.
Klinik ini juga percuma.
Untuk makluman, Klinik Usahawan Wanita Sabah ini akan bersama Presiden IKSnita Sabah iaitu Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal berlangsung selama
2 hari iaitu 28hb dan 29hb Oktober 2017.
Setiap sorang hanya memilih satu tarikh sahaja. Klinik Usahawan
Wanita ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Tujuan utama klinik ini adalah untuk berbincang keperluan
produk usahawan yang boleh ditambah baik dari beberapa sudut. Seramai 5 orang "Doktor
Usahawan" yang dilantik sedia membantu diagnos produk usahawan pada masa
tersebut.

Ini bukanlah seminar atau bengkel. Klinik ini membantu sesama
kita di kalangan usahawan baru bagi mengenalpasti penambahbaikan produk di masa
akan datang.
InsyaAllah. Semoga usaha ini berhasil dan memberi idea serta inspirasi baru dalam memajukan produksi masing-masing.
InsyaAllah. Semoga usaha ini berhasil dan memberi idea serta inspirasi baru dalam memajukan produksi masing-masing.
Mohon kalian bantu kami war-warkan karnival ini kepada
kawan-kawan di luar sana agar visi dan misi karnival ini dapat capai dengan
jayanya.
No comments:
Post a Comment