Tuesday 31 October 2017

Sambal Tai' Minyak Adhwa


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Sambal Tai' Minyak. Pelik bunyinya bukan? Ada yang bertanya kenapa letak nama macam tu? Takut. Seram. Nampak macam jijik. Tahi minyak? Hello, sapa nak beli?

Ya. Tidak ku nafikan. Namanya memang pelik. Tapi rasanya tidak sepelik namanya. Itu adalah salah satu nama makanan tradisi suku kaum Bugis. Siapa yang tidak kenal dengan Resepi Tradisi Nusantara? Pelbagai nama makanan yang pelik-pelik dan jarang kita dengar. Namun, sekali kau merasa yang pasti kau akan terus jatuh cinta. Begitu jugalah dengan Sambal Tai' Minyak jenama Adhwa ini.

Dulu masa kecil, mak rajin buat Sambal Tai' Minyak ni. Setakat 5 ke 10 biji kelapa tu sekelip mata saja kami tiga beradik habiskan. Maklum saja, sebiji kelapa cuma menghasilkan kurang 100 gram tahi minyak. Nak dapat hasil yang banyak, kenalah guna pati santan pekat yang banyak.

Percubaan pertama aku buat sendiri. Saja ingat-ingat balik resepi yang mak pernah ajar sewaktu sekolah rendah dahulu. Sekilo pati santan pekat bersamaan 5 biji kelapa. Hasil yang aku dapat cuma 420 gram tahi minyak saja. Sedikit bukan?

Kebetulan masa tu encik suami ajak bercuti sempena "Staff Out Day" syarikatnya. Jadi aku bawa lah sebotol sebagai bekalan. Sambal Tai' Minyak ni bukan saja sesuai di makan bersama nasi putih (nasi kosong), juga boleh dijadikan perencah nasi gorang.

Selain itu, Sambal Tai' Minyak ni juga boleh dimakan bersama bubur, pulut, buras, mee, ubi kayu, pisang goreng dan roti sanwich.

Bagi batch pertama ni, aku buat tak banyak. Saja nak tengok pasaran macam mana. Nak tahu juga, orang pandai makan ke tidak? Orang suka ke tidak dengan rasanya.

Alhamdulillah. Ramai beri respon yang baik. Sedap! Nak beli lagi. Nak yang pedas-pedas manja. Nak pedas menggigit. Ada-ada saja permintaan dari citarasa pelangan. InsyaAllah. Akan aku usahakan mengikut permintaan dan selera kalian. Terima kasih atas segala sokongan dan komen yang diberikan.

Bagi kalian yang baru mahu mencuba rasa Sambal Tai' Minyak ni boleh dapatkan di Kiosk FAMA UTC, Kota Kinabalu. Sebotol Sambal Tai' Minyak cuma RM11  sahaja. Murah bukan?



Jika nak tempah secara borong juga dialu-alukan. Ketuk saja wasap ku ini +60 16-817 8716





No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular