Saturday 28 October 2017

Sesi Pertama: Klinik Usahawan Wanita Sabah Kelolaan IKSnita Sabah


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Pn. Rehan Rahim, Timbalan Presiden IKSnita  Sabah


Alhamdulillah. Selesai sudah sesi pertama untuk program Klinik Usahawan Wanita Sabah kelolaan IKSnita Sabah pada petang tadi di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Sambutan yang agak memberangsangkan dari usahawan-usahawan wanita yang datang dari pelbagai daerah di negeri Sabah.

Antara isu yang dibincangkan adalah bagaimana mahu mendapatkan fakta nutrisi bagi setiap produk yang dikeluarkan? Topik ini nampak mudah tapi jika kita kurang ilmu, kurang pendedahan sudah pasti ianya begitu sukar untuk dilaksanakan.

Bagaimana mahu membina "jenama" produk walau pun hanya dari rumah. Ada antara usahawan yang sudah berpengalaman belasan tahun dalam bisnes dari rumah tapi tidak tahu bagaimana mahu bina "jenama" produk.

Ada yang rasa terkilan kerana mendapati produk keluaran mereka ditukar hak milik "dibuat oleh" tanpa pengetahuan dan persetujuan dari mereka. Ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mahu pun pendedahan tentang  kepentingan "jenama" yang perlu di daftarkan.

Ada pula usahawan yang cuba bangunkan "jenama" yang sudah didaftarkan oleh orang lain tanpa mereka sedar dan tahu. Tindakan ini sia-sia kerana tanpa sedar, kita yang akan rugi dan boleh didakwa jika terdapat pihak yang sudah mendaftarkan jenama itu buat aduan hak cipta mereka dicuri, digunapakai atau ditiru oleh pihak lain.

Rancangan Perniagaan juga merupakan salah satu topik paling hangat dan digilai ramai oleh usahawan-usahawan baru. Kertas kerja Rancangan Perniagaan adalah penting untuk memohon pembiayaan atau pinjaman kewangan bagi apa jua jenis perniagaan. Menyentuh tentang topik ini, masih ramai yang tidak tahu akan kepentingannya. Rancangan Perniagaan merupakan dokumen WAJIB dalam membuat permohonan dana berupa geran atau pinjaman perniagaan di MARA / PUNB / SME Bank / Bank Pembangunan dan Badan-badan kerajaan yang berkaitan.

Tanpa Rancangan Perniagaan, sudah tentulah sukar untuk kita dapatkan bantuan dana daripada mana-mana pihak kecuali "Ah-Long" (peminjam wang tanpa lesen). Setuju?

Media pengiklanan online juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang kurang mahir bagaimana mahu mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing menggunakan media sosial. Ada yang beranggapan "aku sudah tua, jadi tidak perlulah semua itu". "Media sosial ni hanya untuk orang-orang muda".

Jika kita beranggapan seperti ini, maka kita akan semakin jauh ketinggalan. Pemasaran media sosial sebenarnya tanpa mengira usia asalkan kita tahu dan pandai memanfaatkan penggunaannya.

Oleh kerana masa yang diperuntukan tidak cukup, maka penerangan tentang Kelas Blog Bisnes Penulisan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai salah satu medium pemasaran percuma tidak berapa aku tekankan. InsyaAllah. Jika punya ruang dan peluang, akan dikongsikan dimasa akan datang.

Sebelum bersurai sempatlah kami bergambar kenangan untuk tatapan di masa depan selain menjalin ukhwah yang baru. Kata orang, lebarkan sayap "netwoking" yang sedia ada.

Hah! Nak tahu? Sempat lagi aku merasa kuih kampung hasilan tangan seorang makcik ni. Kuih Penjaram Gula Merah. Sedap. Memang susah nak dapat rasa asli kuih ni.  Kalau nak tempah untuk makan-makan di rumah atau jamuan bagi sebarang majlis, bolehlah cari makcik ni nanti ya.

Silapnya, aku lupa tanya nama makcik ni tadi. Suka hati je aku promo dan rekomen, kan? Tapi tidak mengapa, "follow" saja perjalanan blog "Suri Rumah Berpendapatan Sendiri" ni. InsyaAllah, entri seterusnya akan ku kongsikan maklumat tentang makcik usahawan kuih penjaram ni.

Jom kita cuci mata dengan gelagat usahawan wanita Sabahan ni. Semuanya punya idea yang hebat-hebat tau! Boleh dimajukan dan ditambahbaik lagi produk yang sedia ada. Moga kalian semua berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamiin.


Hari ni "klinik" kami kekurangan staf "nurse" jadi Doktor Jamu mengambil-alih tugas pendaftaran. Sebelum masuk ke "klinik" kenalah daftar nama dulu dengan Doktor Fai. Tak daftar, tak dapat masuk tau! Hahaha, tak daftar kau tunggulah di luar sampai habis acara. Kejam tak?

"Apa benda dalam balang ni? Boleh rasa ke?" Tanya sorang peserta klinik. "Eh! Sila... Silalah makan. Yang tu memang untuk di rasa. Boleh komen apa yang kurang. Yang tu Popia Kacang Adhwa. Yang satu lagi Sambal Tai' Minyak Adhwa."  


Apalah agaknya yang Datuk Presiden curahkan tu? Kelihatan begitu kusyuk mendengar curahan idea dari dari Datuk Presiden IKSnita, Dg Khatijah Datu Bachtiyal.

Ntahlah, agaknya apa yang sedang dibincangkan dalam telefon tu ya? Sekumpulan mak-mak berbisnes sibuk layan gadjet masing-masing. Agaknya banyak tempahan masuk ke? Alhamdulillah. Rezeki tu. Nanti bolehlah kongsi dengan aku ya.

Timbalan Presiden IKSnita pun bukan main rancak lagi dengan topiknya. Penuh ceria dan gembira terpancar dari raut wajah Pn. Rehan. Masing-masing fokus menuntut ilmu.

Laju! Ready? 1...2...3... Caaak!

Bah! Ready kamu senyum manis-manis arrr

Cahaya apa di belakang tu? Jaga-jaga kamu arrr

Caaak! Haha sempat juga aku beraksi.

Di sini kami hari ni bos!
Sebelum beredar, jom tinggalkan jejak di sini.

Ok. Jom, pulang! Klinik dah tutup!


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular