Tuesday 31 October 2017

Bazaria KKIA 2017


Teks: Nasriah Abdullah & Mohd Rafiz
Foto: Nasriah Abdullah
Sumber: Mohd Rafiz


Hai... Hai semua!

Jom ramai-ramai datang ke Bazaria Kota Kinabalu International Airport (KKIA) 2017 sempena ulang tahun yang ke 25

Booth KKCITY VENDOR TEAM berada di Booth no. 07

Program Bazaria KKIA 2017 ni berlangsung selama 5 hari bermula pada 1hb hingga 5hb November 2017. Bermula seawal 9.00 pagi sehingga 10.00 malam, bertempat di tingkat 1. 

Gandingan bersama usahawan Sabahan yang super meletop dan terkenal di negeri Sabah di bawah bayu

Pengunjung boleh dapatkan serta membeli pelbagai produk makanan dan produk penjagaan kecantikan seperti;-


  • Pelbagai jenis biskut
  • Sushi
  • Dim Sum
  • Kelupis
  • Kuih Muih
  • Peria Goreng & Sambal Tempe
  • Burger Ayam & Daging
  • Sandwich
  • Laksa Penang
  • Pelbagai menu nasi seperti Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Hujan Panas dan Nasi Ayam
  • Pelbagai jenis kek
  • Brownies
  • Popiah Kacang & Sambal Tai' Minyak
  • Pelbagai jenis kerepak
  • Produk Herba Tangas Mandian
  • Beshine Facial Spray

Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antaranya ialah:

  • Pesta Buah-Buahan (Fruits Festival)
  • Derma Darah (Blood Donation)
  • Pemeriksaan Kesihatan (Health Check)
  • Larian KKIA
  • Zumba
  • Pertandingan Mewarna
  • KKIA Idol
  • Busking

Jom ramai-ramai kita beri sokongan padu buat usahawan Sabahan di booth KKCITY VENDOR TEAM 

Kepada mak-mak yang mengidam mau rasa Sambal Tai' Minyak Adhwa boleh cari di booth no. 07. Stok sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat!


Kalau tersesat ketika mencari booth KKCITY VENDOR TEAM boleh hubungi Mohd Rafiz di talian +6014-959 0193.




No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular