Wednesday 25 October 2017

Soal Jawab Kelas Blog ABDR


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google




Q: Bagaimana kelas blog berlangsung?
A:  Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui Group Kelas di Whatspp. Tugasan akan diberikan di group.

Q: Bilakah masa belajar?
A: Jadual kelas bermula akan bermula 10hb-30hb setiap bulan. Selama 20 hari. Pelajar mesti siapkan tugasan ikut masa yang diberikan.  Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui group kelas.

Q: Apakah peralatan yang diperlukan?
A: Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer atau telefon, buku nota dan talian internet.

Q: Berapa lama boleh pandai?
A: Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada pelajar sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Masa kalian dan masa guru online juga amat berharga. Jika ada pelajar yang tidak sungguh-sungguh siapkan tugasan, kalian perlu membayar yuran ulangkaji jika mahu belajar kali kedua dan seterusnya. Sebab itu perlunya berikan komitmen bila sudah sedia mendaftar kelas.

Q: Apa lagi yang kami dapat?
A: Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online mahu belajar menggunakan blog sebagai medium perkongsian dan pemasaran. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Pendaftaran November masih dibuka ya, 10 tempat kosong sahaja lagi, bagi yang serius mahu belajar.


Jangan malu, jangan segan. Ketuk saja wasap Rieya 016-817 8716


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular