Tuesday 24 October 2017

Klinik Usahawan Wanita Sabah, IKSnita Sabah vs Fitness Dance, FFL


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: IKSnita Sabah & FFL

Assalammualaikum dan salam ceria sahabat-sahabat POSITIF semua.

Teman niaga yang POSITIF selalu berbincang dalam BERKUMPULAN bukan BERSENDIRIAN.

Dalam ramai-ramai pasti timbul pelbagai idea yang boleh digunapakai bersama. Singkirkan perasaan NEGATIF yang ada dalam diri baru laa idea akan berkembang megah. Setuju?

Cuaca agak mendung pagi ini. Ku doakan semoga jiwa sahabat-sahabat semua tidaklah semendung cuaca pagi ini ya.

Saja ingin ku war-warkan bahawa Karnival Gempak Usahawan Wanita, Wisma Wanita Kota Kinabalu anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) bakal berlangsung pada hujung minggu ini iaitu 28 dan 29 Oktober 2017 bertempat di Wisma Wanita.

Antara acara yang paling meriah dan mendapat sambutan terbaik adalah Klinik Usahawan Wanita yang akan dikelolakan oleh IKSnita Sabah. Waaah! Tak sangka begitu hebat sambutan Klinik Usahawan Wanita Sabah bersama Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal, Presiden IKSnita Sabah.

Sehingga entri ini di tulis, sudah lebih 100 pendaftaran usahawan wanita yang datang dari seluruh daerah di Sabah. Sungguh hebat aura Datuk Presiden kita ni ya. Ramai yang tidak mahu ketinggalan dan terlepas peluang menimba ilmu keusahawanan bersama Datuk Presiden.  Tahniah di ucapkan.

Selepas selesai saja sesi klinik keusahawanan pada 29 Oktober 2017, kalian bolehlah renggang-renggangkan tulang, lembut-lembutkan saraf dengan menyertai acara "Fitness Dance" kelolaan FFL dengan kerjasama IKSnita Sabah yang akan bermula pada 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Elite Instructor Chacha Garza dan Zin Mocks bakal beraksi di atas pentas "Fitness Dance" bersama kalian semua. Rugi tau kalau kalian tak datang. Semua acara ini diberikan percuma istimewa khas untuk kalian usahawan wanita Sabah.

Jumpa anda di sana!!!




No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular