Entri #34
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Dipetik Dari FB Amir Faisal II
Entri pada kali ini berkenaan
dengan Teknik Close Sale. Sebenarnya banyak teknik untuk close jualan. Trend
masa kini, majoriti peniaga-peniaga online menggunakan platform FB untuk
pemasaran produk dan meminta prospek untuk whatsapp ke nombor telefon yang
diberikan.
Kaedah closing melalui aplikasi
whatsapp ni popular kerana capaian whatsapp cukup mudah tanpa memerlukan
internet yang berkelajuan tinggi. Kebanyakkan masyarakat di malaysia juga
menggunakan aplikasi ini dalam kehidupan seharian mereka. Baiklah, di bawah
beberapa peringkat proses closing pelanggan :
Teknik yang saya gunakan untuk
jualan secara online lebih kurang sama seperti yang dikongsikan oleh saudara
kita, Amir Faisal. Jom kita applikasikan 3 cara yang betul dan mudah untuk
'close sale' di whatsapp. rugi tau kalau tak cuba...
Ini 3 Cara Yang
Betul - Untuk Mudah Close Sale Di Whatsapp.
===
Prospek yang
whatsapp, adalah prospek yang sudah 73% berminat dengan produk yang kita jual.
Balance 27% lagi bergantung kepada skill closing kita. samada berkesan atau
tidak.
.
Bagaimana nak
kuasai 27% lagi ?
.
---
ini 3 cara yang
betul yang anda boleh gunakan serta merta.
---
.
(1) Tanya Masalah Mereka
-
manusia suka ada
orang ambil berat mengenai mereka. bertanyakan masalah mereka, dan mencadangkan
solusi kepada masalah mereka.
.
poin : tanya
apakah masalah yang mereka sedang hadapi
.
(2) Dengar & Sokong
-
tumpu perhatian
pada masalah pelanggan dan sokong sahaja apa yang mereka sedang luahkan. supaya
mereka rasa 'menang'.
.
poin : iyakan
sahaja luahan perasaan mereka. untuk menunjukkan kita dipihak mereka dan
membuatkan mereka selesa dengan kita.(rasa ada geng!)
.
(3) Relate -
Kemudian, kaitkan
no.1 dan no.2 dengan testimoni dan produk kita. Beritahu mereka bahawa masalah
yang mereka hadapi sama seperti masalah orang lain. dan masalah mereka boleh
diselesaikan.
.
poin : relate
masalah dan buat prospek rasa masalah yang mereka sedang hadapi boleh diatasi,
(bukti dah ada depan mata.
No comments:
Post a Comment