Trafik

Wednesday, 31 August 2016

Merdeka Bazaar


Assalamualaikum. Hari ni 31/08/2016 🇦🇩🇭🇼🇦 🇷🇮🇪🇾🇦 berkampung dari jam 10pagi-10malam di LG Suria Sabah (area Watson-Daiso)...

Ramai vendor2 beraksi di sini... So jumpa 🇦🇩🇭🇼🇦 🇷🇮🇪🇾🇦 di Booth No. B10 berhadapan Kedai ReeCycle dan Fitness Concept

Ada diskaun utk bazaar hari ni yer... Datang jangan tak datang tau! 
.
.
.
Wow! Wow! Wow! Sibuk berbazaar ada order #Ostematrix #ESP masuk... Apa itu 🇴🇸🇹🇪🇲🇦🇹🇷🇮🇰? Itu la dia 🇰🇦🇱🇸🇮🇺🇲 TERHEBAT Shaklee...

Ada lagi nak rasa? Meh la kontek 🇷🇮🇪🇾🇦

Kelas Menulis Blog ABDR Pilihan Suri Rumah Masa Kini


Sudah setahun berlalu. ABDR kini menjadi PILIHAN buat suri melangkah setapak ke hadapan.
Kelas menulis blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sesuai untuk:
(1) Suri yang belum ada asas berniaga online tetapi serius mahu mula belajar berniaga.
(2) Suri yang mahu belajar asas memperkenalkan diri, produk dan servis secara online.
Pendaftaran 10 orang pelajar September kini dibuka. Boleh hubungi Nasriah Abdullah untuk maklumat lanjut.


Tuesday, 30 August 2016

Lima Jari Kita ✋


1. Ada *IBU JARI* yang selalu berkata baik & menyanjung.
2. Ada *JARI TELUNJUK* yang suka menunjuk & memerintah.
3. Ada *JARI TENGAH* yang sombong, hanya kerana merasa paling panjang.
4. Ada *JARI MANIS* yang selalu jadi teladan, baik & sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Dan ada *JARI KELINGKING* yang lemah & penurut.
Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing2 jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup. Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :
* saling menyayangi.
* saling menolong.
* saling berkongsi.
* saling menghargai.
* saling melengkapi.
Bukan untuk :
- saling menuduh.
- saling menyalahkan.
- saling merosak
- saling iri hati
- saling memporakperandakan.
Semua perbedaan dari kita adalah keindahan, agar kita RENDAH HATI dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan. Begitu juga sebaliknya.
Tiada yang benar2 lebih bodoh atau lebih pintar, kerana bodoh atau pintar itu relatif.
Orang pintar boleh gagal.
Orang hebat boleh jatuh.
Orang kuat boleh kalah.
Tetapi...
Orang yang *RENDAH HATI* dalam segala hal akan selalu mendapat *KEMULIAAN!*
*BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA*
Assalamualaikum dan salam Selasa sahabat semua...

Monday, 29 August 2016

Jangan Merasa Diri Lebih Baik Daripada Orang Lain!


*TAZKIRAH*
*JANGAN MERASA DIRI BAIK...*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah*.
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap hari kita menghantar tazkirah.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita seorang GURU.*
pendek kata
*JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.*
Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letak diri kita dalam keadaan *" aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain "* untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya menerima hati hambaNya yg IKHLAS. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan *REDHA Allah*. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
Hanya Allah yang akan terus beri kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN.*

Doa Harian



Alhamdulillah :) 
Aamiin :)
Semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat :)
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
Ya Tuhan kami, Di pagi yang indah ini ,
kami bermohon ke hadrat-Mu,
berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami
ilmu, iman dan amal.
Ya Allah Ya Razzaq
ُKami memohon kepada-Mu ya Allah,
berilah kami iman yang sempurna ,
ilmu yang memberi manfaat,
rezeki yang halal, anak yang soleh,
rumahtangga yang bahagia,
usia yang berkat,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar,
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Amin.. Ya Robbal 'alamin...😍😍😍
Assalamualaikum dan salam ceria Isnin wahai semua sahabat jutawan dermawan Rieya...

Sunday, 28 August 2016

46 000 Pesakit Diabetes Dipotong Kaki, Tangan





Anda punya PILIHAN.

POTONG KAKI: Anda kena labur RIBUAN RINGGIT 💰💰💰

Minum #VIVIX untuk kesihatan: Anda cuma LABUR kurang RM500 untuk kesihatan diri sendiri dan juga keluarga.

Friday, 12 August 2016

Jom Kita Hafal Surah Al-Kahfi!



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google

Rasulullah s.a.w bersabda:


"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali Jumaat."

(H.R Hakim di dalam Mustadrak)



Wednesday, 10 August 2016

Jom Aminkan Doa ini!


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Ya Allah, ingatkanlah kami untuk bermuhasabah mengenai bekalan kami, ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Ya Allah, sedarkanlah kami bahawa, sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Ya Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah..Ya Ghaffar.. ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri/suami kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, serta sekalian muslimin dan muslimat, walau di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Monday, 8 August 2016

Terima Kasih Untuk Ayah Ibu


Assalamualaikum dunia...
Selamat Pagi Selasa...
Salam Ceria Sahabat semua...

Terima kasih untuk Ayah dan Ibu, Maafkan aku jika aku belum sempat membahagiakanmu dengan usahaku...

7 Tips Bisnes Di Fesbuk



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


1. Ramai Orang Buat Bisnes Di Fesbuk Tapi Tak Sedar Buat Kesalahan ni..TAK SABAR NAK MENJUAL!

2. Kita Berkawan Dulu Dengan Orang, kenal-kenal dia.. Bina Hubungan dulu..bagi rapat sket.😉

3. Jangan Mula-Mula Add Friends, Dah Approved Tu Terus Nak Menjual! Pantang! Simpang! Avoid! 👿

4. Orang Tak Suka. Saya Tak Suka Juga. Nanti Orang Terus Menyampah. Unfriend. Block!

5. Bina Kepercayaan Dulu Baru la Orang Yakin Nak Membeli Dengan Kita. Jadi Kawan Dengan Prospek kita.

7. Orang Yang Ramai Kawan adalah Orang Yang Mudah Buat Duit! Betul Tak?


Share la tips ini jika anda rasa bermanfaat agar lebih ramai sahabat-sahabat kita tahu akan hal ini.


Sunday, 7 August 2016

Vitamin Shaklee Pilihan Abang Sado



Abang Sado Makan Shaklee
=======================
FRI 19:52
Abang Sado: As salam
Aku: Wslm... Ya ada apa ka?
Abang Sado: Mau cari supplement shaklee ba. Vit c dan garlic dan nutriferon
Aku: Ooo... yg ini utk sapa mkn?
Abang Sado: Saya... Selalu flu. saya tgk komen dorg rekomen shaklee
Aku: Flu biasa ka atau flu alergik atau flu sbb resdung?
Abang Sado: Ntah la.asal sejuk atau habuk2 cepat saya flu
Aku: Mbe ada resdung la tu...alergik habuk & sejuk...klo mkn seafood mcm mn? flu dtg jg ka?
Abang Sado: Tada apa2.cuaca sejuk dan berhabuk saja ni
Aku: Ok klo gtu blh tmbh omega, ostematrix, alfalfa
Abang Sado: Oh. Harga pakej atau satu2?
Aku: Ok sya bg harga satu2 dlu...
Abang Sado: K. Wassup saya 013807 xxxx
Aku: Ok nnt sya wasap

Chat conversation end
Seen Fri 20:37

.
.
.
Ok siapa dapat teka abang sado beli BERAPA JENIS vitamin dan VITAMIN APA?


Jawapan boleh KOMEN di bawah...

Resepi Kacang Sembunyi by Adhwa Cookies



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Carian Google

Assalamualaikum, selamat petang dan salam berhujung minggu wahai rakan pembaca blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Petang ni tak tahu nak tulis apa. Tipu! Sebenarnya banyak idea nak kongsi cuma tak susun lagi topik-topik entri yang nak di mulakan.
 
Request Resepi Kacang Sembunyi Dari Kak Idang a.k.a Faridah Junaidi

Ok, dipendekkan cerita. Tiba-tiba teringatkan sorang kakak ni. Dia senior masa dekat kampus dulu. Dua tiga hari lepas dia ada hantar wassap. Nak minta resepi 'Kacang Sembunyi' katanya. Sebenarnya dari time puasa tu dia nak order tapi saya tak buat. Alasan, mesin penggiling tak ada. Hihihi sebenarnya tak larat nak buat memandangkan tempahan Popia Kacang pun luar dari jangkaan.

Sebenarnya masa dekat kampus dulu, mak selalu buatkan Kacang Sembunyi ni. Kacang Sembunyi ni lah satu-satunya kudapan kami. Tak kira siang malam. Yang paling tak boleh lupa masa sibuk dengan assignment, Kacang Sembunyi mana boleh tinggal. Sambil otak ligat berfikir, mulut pun tak pernah berhenti dup dap dup dap dup dap. Selagi tak habis stok selagi tu la mulut menguyah. Mana taknya berat naik berkilo-kilo. Hihihi badan naik bukan Kacang Sembunyi penyebabnya yer.

Ok, nak kongsi cerita sikit. Sebenarnya Kacang Sembunyi ni merupakan salah satu kuih kering tradisi suku kaum Bugis yang sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu lebaran tiba. Kacang Sembunyi ini disimpan dalam bekas kedap udara agar tahan lama dan tidak melempen dan tetap rangup.

Kacang Sembunyi paling sedap di hidangkan saat menjelang hari raya, atau perayaan acara rasmi. Contohnya majlis perkahwinan, majlis akikah, majlis merisik dan sebagainya. Namun ianya juga enak di jadikan sebagai teman kudapan di malam hari atau siang hari, selain rasanya yang rangup. Rasa manisnya juga akan membuat korang ketagihan, Tak percaya? Cubalah resepi ni. Resepi ni dapat dari mak tau! Original resepi tradisi dari mak, arwah nenek, arwah moyang dan dari generasi atas-atas tu. Hahaha tak tau lagi nak tulis apa.

 
Gambar pinjam dari google sebab lama dah tak buat Kacang Sembunyi ni.

Bahan-Bahan Kacang Sembunyi :

1. 500 gram gula pasir (1/2 kg)
2. 1 kg tepung gandum
3. 500 gram kacang tanah (1/2 kg)
4. Mentega secukupnya
5. 4 biji telur ayam
6. Garam secukupnya
7. Air secukupnya
8. Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara Membuat Kacang Sembunyi :

1. Kita membuat bahan kulit terlebih dahulu. Campurkan tepung gandum sebanyak 500 gram dengan mentega, telur, garam dan juga air secukupnya. Saya tak letak berapa liter air nak guna sebab mak kata 'pandai-pandai kau la tengok dan agak adunan doh tu. Cukup air ka tidak. kalau keras tambah air. Kalau lembek kurangkan air'. So, ikut suka korang la nak letak berapa liter air. Janji adunan tu menjadi.

2. Setelah menjadi adunan doh yang diinginkan, kemudian kita giling dengan ketebalan kira kira 1/4 cm. Kena guna mesin penggiling tau. Barulah ketebalan kulit tu sama rata. So, korang taklah banyak guna tenaga giling doh tu nak buat kulit.

3. Kemudian kita potong empat segi adunan yang telah digiling dengan ukuran 2x3 cm. Lakukan proses ini hingga menjadi potongan yang rapi pada semua adunan.

4. Ambil satu biji kacang dan letak pada ujung kulit adunan tadi. Lepas tu gulung menyerong. Lakukan proses yang sama hingga semua kacang dibalut dengan kulit tadi.

5. Panaskan minyak kira kira 1 liter atau paling senang minyak secukupnya mengikut kuantiti Kacang Sembunyi korang tadi. Tambahkan 1 sudu makan gula pasir dan goreng kacang hingga coklat keemasan. Guna api sederhana kecil supaya kacang yang dibalut masak dengan sekata. Jangan pula kulit dah masak tapi kacang kat dalam masih mentah. Angkat dan toskan minyak.

6. Jika sudah kering dan minyak telah hilang dari Kacang Sembunyi, maka ianya perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

7. Selamat minum petang dengan menu Kacang Sembunyi by Adhwa Cookies



Jika korang rasa entri kali ni bermanfaat buat suri yang lain, apa kata tolong share di FB, IG, TG atau blog korang. Raya haji tak lama lagi, resepi ni sesuai di hidang untuk musim raya haji nanti tau.  Selamat mencuba.


Saturday, 6 August 2016

Tsunami Vita-Lea Seluruh Shaklee Malaysia

Hadoi...tengah taip assignment black out la pula.. Sabar jak la aku...
.
.
Ok tak pa just nak bagi tau korang yang hari ni berlaku ‪#‎TSUNAMI‬. Seluruh Malaysia pla tu.


‪#‎TSUNAMI_VITALEA‬. Alaa vitamin yang TERTUA di dunia tu. Dah berusia 100 tahun tau. Semua pengedar di sarankan buat stok awal takut customer korang menangis tak berlagu nanti. Jangan kan aku, Shaklee Malaysia pun tak dapat tolong.

Vita-Lea Iron Formula Shaklee Berada Paras ICU. Cepat Re-Stock!

Jadi cepat sebelum terlambat! Customer ku sayang, yang nak selit order tu meh cepat wasap 0168178716 kita borong beguni-guni yer...

Friday, 5 August 2016

Mari Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Assalamualaikum salam penghulu segala hari. Sekadar bertanya, hari ni anda dah basahkan bibir dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ke? Kalau belum, mari kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga mendapat keberkatan.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ



أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ



أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ



يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ



مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ



مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ



عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ



وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Karnival Gempak Usahawan Wanita, Wisma Wanita Kota Kinabalu

Teks: Nasriah Abdullah Foto: JHEWA & IKSNITA Panggilan buat peminat tegar penyanyi Rohana Jalil. Jangan lepaskan peluang unt...

Post Paling Popular