Showing posts with label ESP Soy Protein Isolate Powder. Show all posts
Showing posts with label ESP Soy Protein Isolate Powder. Show all posts

Sunday, 5 March 2017

Popia Kacang by Adhwa's Cookies Di Libaran Sandakan



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

#ESP Shaklee pun ada penggemar nya bah! Ko pikir...? Dari Kota Kinabalu hingga ke Sandakan bah daku di kejar.



Terima kasih Sharma sudi singgah booth Cahaya Nur Adhwa (IKSnita Sabah) tadi. Sempat lagi rembat sebalang #PopiaKacangbyAdhwaCookies.


Siapa suka pakai bedak sejuk home made...naaa cari kamu ni Puan Sharma. Usahawan DIDR pengusaha bedak sejuk traditional...




ESP Shaklee Untuk Rasa Kenyang Yang Berpanjangan



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Mulakan pagi anda dengan secawan #ESP untuk rasa kenyang yang berpanjangan dengan penuh tenaga tanpa serangan gastrik yang memedihkan.

Jom amalkan gaya hidup sihat.

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.
Pagi ni bersiaran dari Taman Bahagia..


Friday, 3 March 2017

ESP Shaklee Bakal Ke Libaran, Sandakan


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah



Memborong #ESP untuk warga Sandakan. Ada yang mau selit order sekali?

Jumpa uolls esok petang di Libaran atau 5hb Ahad dari 9am-5pm


Tuesday, 13 September 2016

Tuesday, 6 September 2016

The Making of ESP KURMA


ESP + Kurma
===========

Saya tak berapa suka kurma yang terlampau manis. Kurma kegemaran ajwah atau maryami atau kurma madu selain kurang manis isinya juga lembut.
Gila sedap - rahsia awet muda + tenaga.
Ibu hamil dan menyusu pun sesuai. Ni salah satu resepi pekatkan dan banyakkan susu - ESP + Kurma. Serius!!! Tak percaya? Cubanya...
Masa berpantang Ariel, malam-malam kena kejut sebab dia tidur lena kenyang lama. Kadang langsung tak nak bangun. Kalau tak nak bangun, saya pula kena bangun mengepam kalau tak bengkak! Masa mengepam pula tangan kena laju tukar botol sebab susu selalu melimpah. Masa tu guna botol 4oz.
Rahsianya? Dah tentu la 2 kali ESP. Wajib ESP breakfast + sebelum tidur.
Sedapnyaaaaa!!!
.
.
.
Pagi ni korang dah breakfast ke belum? Rieya isi perut dengan ESP + Kurma je. Sedap dan sangat mengeyangkan. Sesuai sangatlah bagi mereka yang punya masalah gastrik dan tak sempat breakfast sebelum melangkah ke pejabat.
Nak cuba?

Tuesday, 18 August 2015

Viral Akibat Mengamalkan ESP Shaklee!


Inilah kesan yang menjadi viral dan bualan ramai akibat mengamalkan produk kesihatan Shaklee terutamanya ESP Soy Protein Isolate Powder. Anda diingatkan supaya berhati-hati dengan ESP Soy Protein Isolate Powder!


Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? Untuk apa? Betul ke berkesan?
  
ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatlah popular dan produk yang paling laris ialah kerana ESP membekalkan sumber protein. Ada tak ibu-ibu yang tak tahu badan kita perlukan sumber protein? Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging.  tetapi kenapa setiap hari kita makan lauk ayam, masih kerap juga tak sihat? Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan kita semua, ikan, ayam, daging tu bukankah  kita masak dulu sebelum makan? So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan kebarangkalian yang tinggal tak cukup untuk keperluan badan kita yang kerja kadang-kadang  lebih daripada 12 jam sehari.


Macamana nak tahu badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap diet harian kita seisi keluarga. No harm at all.

Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa!

Pasangan Suami Isteri Obses Nak Kurus...

Menggigil Sebab Gastrik!

ESP Punca Foundation Tersadai!

Betulkah ESP Boleh Kuruskan Badan?

Aset Diri Semakin Mantap!

Parut Eksiden Hilang Dan Jerawat Pudar!

Cergas Sepanjang Hari. Tiada Morning Sickness. Anak Cepat Kenyang.

ESP Bantu Jimatkan Duit Suami!
Stok Susu Bertambah Dan Pekat!

Jerawat Mengecil! Tumit Kaki pecah & Kasar!

Bantu Kurangkan Rambut Gugur!

Kulit kering & Berminyak semakin Halus!

Stabilkan HB Semasa Hamil



=======================================
ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
=======================================

< Apakah Kebaikan ESP?

þ Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

þ Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

þ Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

þ Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

þ Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

þ Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

þ Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

þ Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.


< Apakah Keburukan ESP?

ý Jangan senyum lebar dulu. ESP pun ada keburukannya tau! Nak tahu? Keburukan ESP ialah apabila kita membeli tapi tak minum, tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya.

ý Siapa yang rugi? Kitalah la rugi. Membazir duit je beli tap tak minum! Ruginya sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum.

ý Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negatif. Nak salahkan siapa? Takkan nak salahkan saya sebagai pengedar kot. Tak baik tau...Sedih saya...


So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba, boleh saja.Tak memudaratkan pun.




Nasriah Abdullah +6016-817 8716 | The Founder Of Cahaya Nur Adhwa
Pengedar Shaklee Berdaftar SID 1195271

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu | Pengedar Shaklee Sabah
Penghantaran Ke Seluruh Malaysia


Monday, 22 June 2015

Gastrik Semasa Puasa!

Entri #12

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Carian Google



Sengsara Gastrik

Teringat sewaktu zaman persekolahan dahulu. Kalau tak silap, saya mengalami gastrik bermula sekolah menengah. Mengalami masalah gastrik mungkin disebabkan cara pemakanan yang suka sangat makanan pedas-pedas. Kalau tak ada sambal lada boleh terima tapi jangan tak ada cili padi memang tak sah. Alamatnya makan rasa terbantut. Sampai ke kolej pun selalu kena gastrik, pantang silap makan mesti  kena serang gastrik.


Apabila dah mula kerja, gastrik juga peneman setia. Seingat saya, 8 tahun bekerja tak pernah miss dengan 'MC' sebab gastrik. Sepanjang gastrik menyerang sebenarnya malas nak makan ubat. Eh! bukan malas tapi takut nak makan ubat. Jumpa doktor rajin tapi ubat yang diberikan jadi penghias almari. Alasan jer nak jumpa doktor sebab nak 'MC'. Kalau tak ada surat 'MC' terpaksalah potong cuti tahunan pula kan? Rugi tau! Rasa stres kalau nak cuti tapi cuti tahunan dah habis. Bila rasa stres, gastrik pun akan menyerang. Masa ni baru tahu, stress pun boleh sebabkan gastrik. Sekali kena gastrik barulah nak kena jaga makan. Adakalnya gastrik akan hilang dalam masa 1 ke 2 minggu. Mak ai...lamanya nak pantang makan.  Konon jer pantang sebenarnya tapi tetap jua makan cili padi cuma dos pengambilannya di kurangkan. Kalau biasa makan 4-5 biji sekali makan, time gastrik cukuplah 1-2 biji sekadar nak merasa pedas.


Bila nak masuk bulan Ramadhan dah mula naik risau sebab takut kena gastrik. Sebelum nak mula puasa, saya mesti beli susu kacang soya (soya bean dalam kotak jenama session) dan buah kurma untuk elak gastrik. Namun hampa, gastrik tetap menyerang seawal jam 10 pagi. Bayangkan seawal 10 pagi mata saya tak lepas dari melihat jam di dinding, jam tangan dan jam di komputer sehinggalah tiba waktu berbuka puasa. Selagi tak dengar azan Maghrib berkumandang kat Masjid belakang rumah, selagi tu la mata saya tak akan lepas dari menghitung waktu berlalu. Nampak sangat kerja tak proaktif sepanjang Ramadhan. Banyak kerja-kerja pejabat yang tertangguh akibat gastrik. Nasib la majikan setiap tempat saya bekerja sepanjang 8 tahun tu memahami sebab ada di antara mereka alami masalah yang sama. bertuahnya saya dapat majikan-majikan yang memahami. Syukur alhamdulillah...



Jatuh Cinta Dengan ESP!

Alhamdulillah start puasa 2013, setelah dah jatuh cinta dengan ESP dan mula mengamalkannya sewatu berpantang Ariel 2012 dahulu (usia Ariel sekarang dah 2 tahun 6 bulan), jarang dah kena gastrik. Perut pun rasa selesa. Kalau dahulu sepanjang berpuasa asyik nak tidur je supaya mata tak pandang mana-mana jam yang ada di pejabat mahu pun di rumah. Badan pun terasa lemah longlai. Kini saya dah boleh tersenyum lebar. Walau pun berpuasa, tapi badan tetap cergas dan bertenaga. Macam-macam kerja sempat disiapkan sebelum berbuka. Makan pun tak adalah nak pantang sangat, tu tak boleh makan ni tak boleh makan. Mak ai...yang tak boleh makan tu la yang faverote.


Syukur alhamdulillah, sekarang puasa tanpa gastrik. Satu nikmat yang tak terucap dek kata-kata. Tahun ni dah masuk tahun ketiga puasa tanpa gastrik. Puasa tanpa 'cuti gastrik'! So tak adalah pening sangat nak bayar puasa setelah Ramadhan berlalu (kecuali cuti puasa di bulan mengambang...hahaha).



Moga Ramadhan kali ini, ramai lagi yang lebih sihat dan tiada GASTRIK semasa puasa.



Mahukan pelaburan untuk kesihatan anda yang lebih murah? Sepanjang bulan Jun 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA berharda RM94 dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anda! Sila KLIK di sini...




atau 



Thursday, 18 June 2015

Sungkai Juadah Bazaar!

Entri #9

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Mengejar Waktu


Syukur alhamdulillah... Berlalu sudah puasa pertama. Tak terasa bahang kelaparan seperti tahun sudah. Puasa hari ini cukup mendamaikan. Rasa tenang dan cergas melaksanakan segala amalan yang diperintahkan. Mudah-mudahan tetap tenang dan bertahan hingga ke penghujung Ramadhan Al-Mubarak.

Teringat memori puasa ketika bekerja makan gaji dahulu. Setiap hari rushing mengejar waktu. Memandangkan berkongsi kereta bersama suami, sementara menanti ketibaan suami jemput di lobby pejabat, otak ligat berfikir. Bermacam soalan bermain di minda. Nak makan apa ek sungkai nanti? Nak beli makanan kat bazaar mana pula? Menu apa yang sedap? Gerai mana yang bersih? Begitulah setiap hari. Adakalanya sempat bertekak dengan suami dek kerana perbezaan pendapat. Maklumlah, suami selera dia lain, selera kita pula lain. Maunya tak betekak! Dahlah jalan jam, parking pla susah nak dapat. Takkan nak lawat dua bazaar yang berbeza? Alamatnya nanti sungkai dalam kereta la pula kan?

Selama ini hanya membeli kuih-muih dan lauk-pauk untuk juadah sungkai (berbuka puasa) di bazaar Ramadhan. Tetapi hari ni lebih fokus untuk masak sendiri. Alhamdulillah, tidaklah terkejar-kejar nak balik rumah masak. Semuanya persiapan berbuka dilakukan dengan tenang. 



Cergas Dan Bertenaga Hingga Ke Petang

Nak tahu tak rahsia kecergasan saya sepanjang berpuasa? Nak kongsi rahsia sikit. Hahaha... rahsialah sangat. Sebenarnya kami seisi keluarga mengamalkan 'Set Ramadhan Shaklee'. Yang pasti set ini memberikan rasa kenyang berpanjangan dan tenaga luar biasa hingga ke petang. Hingga tak terasa waktu berbuka dah tiba. Set ini sangat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah gastrik, migren, ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan anak mahupun anak-anak yang baru belajar berpuasa. Insyaallah dengan izin-NYA, kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak dapat diatasi dengan mengamalkan set ini apatah lagi ibu-ibu yang sedang hamil. Pengalaman saya sendiri dah dua kali berpuasa penuh sebulan ketika mengandung pada tahun 2011 dan 2012. Perasaan gembira yang tak terucap kerana berjaya berpuasa penuh tanpa sebarang masalah kepada bayi dalam kandungan. Hebat tak set ni. Set super jimat dan multipurposes...



ESP Soy Protein Isolate Powder

Didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini adalah:-

✔ Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. 

✔Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.

✔Sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Pasti cun di pagi raya nanti.

✔ Gabungan kalsium dan protien di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan ramadhan.



Performance Drink 

Rasa oren yang menyegarkan!

✔ Rumusan esklusif Opticarb member kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.

✔ Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. 

✔ Jika diminum selepas berbuka Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. 



Mealshakes 

Berperisa vanila yang pati memikat rasa! Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.

✔ Sumber kaya dengan kalsium, dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa.

✔ Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

Jadikan Ramadhan tahun ini penuh bermakna dan cergas dari awal sehingga menjelang Syawal...
Jom dapatkan SET INI dengan harga DIJAMIN TERBAIK di pasaran...



Buah Kurma


Selain itu, jangan kita memandang ringan akan buah kurma yang kecil ini. Kisah buah kurma sering diperkatakan, terutama pada bulan Ramadhan bulan umat Islam mula berpuasa. Khasiat tersembunyi buah Kurma menurut Islam dan Sains amat luas sekali. Selain rasanya yang manis dan tahan lama malah tidak perlu dimasak, Rahsia Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Fakta Buah Kurma Yang Perlu Kita Ketahui
  • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?




Mahukan pelaburan untuk kesihatan  anda seisi keluarga yang lebih murah? Sepanjang bulan Jun 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anda! Sila KLIK di sini...



Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular