Monday, 22 June 2015

Gastrik Semasa Puasa!

Entri #12

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah & Carian Google



Sengsara Gastrik

Teringat sewaktu zaman persekolahan dahulu. Kalau tak silap, saya mengalami gastrik bermula sekolah menengah. Mengalami masalah gastrik mungkin disebabkan cara pemakanan yang suka sangat makanan pedas-pedas. Kalau tak ada sambal lada boleh terima tapi jangan tak ada cili padi memang tak sah. Alamatnya makan rasa terbantut. Sampai ke kolej pun selalu kena gastrik, pantang silap makan mesti  kena serang gastrik.


Apabila dah mula kerja, gastrik juga peneman setia. Seingat saya, 8 tahun bekerja tak pernah miss dengan 'MC' sebab gastrik. Sepanjang gastrik menyerang sebenarnya malas nak makan ubat. Eh! bukan malas tapi takut nak makan ubat. Jumpa doktor rajin tapi ubat yang diberikan jadi penghias almari. Alasan jer nak jumpa doktor sebab nak 'MC'. Kalau tak ada surat 'MC' terpaksalah potong cuti tahunan pula kan? Rugi tau! Rasa stres kalau nak cuti tapi cuti tahunan dah habis. Bila rasa stres, gastrik pun akan menyerang. Masa ni baru tahu, stress pun boleh sebabkan gastrik. Sekali kena gastrik barulah nak kena jaga makan. Adakalnya gastrik akan hilang dalam masa 1 ke 2 minggu. Mak ai...lamanya nak pantang makan.  Konon jer pantang sebenarnya tapi tetap jua makan cili padi cuma dos pengambilannya di kurangkan. Kalau biasa makan 4-5 biji sekali makan, time gastrik cukuplah 1-2 biji sekadar nak merasa pedas.


Bila nak masuk bulan Ramadhan dah mula naik risau sebab takut kena gastrik. Sebelum nak mula puasa, saya mesti beli susu kacang soya (soya bean dalam kotak jenama session) dan buah kurma untuk elak gastrik. Namun hampa, gastrik tetap menyerang seawal jam 10 pagi. Bayangkan seawal 10 pagi mata saya tak lepas dari melihat jam di dinding, jam tangan dan jam di komputer sehinggalah tiba waktu berbuka puasa. Selagi tak dengar azan Maghrib berkumandang kat Masjid belakang rumah, selagi tu la mata saya tak akan lepas dari menghitung waktu berlalu. Nampak sangat kerja tak proaktif sepanjang Ramadhan. Banyak kerja-kerja pejabat yang tertangguh akibat gastrik. Nasib la majikan setiap tempat saya bekerja sepanjang 8 tahun tu memahami sebab ada di antara mereka alami masalah yang sama. bertuahnya saya dapat majikan-majikan yang memahami. Syukur alhamdulillah...



Jatuh Cinta Dengan ESP!

Alhamdulillah start puasa 2013, setelah dah jatuh cinta dengan ESP dan mula mengamalkannya sewatu berpantang Ariel 2012 dahulu (usia Ariel sekarang dah 2 tahun 6 bulan), jarang dah kena gastrik. Perut pun rasa selesa. Kalau dahulu sepanjang berpuasa asyik nak tidur je supaya mata tak pandang mana-mana jam yang ada di pejabat mahu pun di rumah. Badan pun terasa lemah longlai. Kini saya dah boleh tersenyum lebar. Walau pun berpuasa, tapi badan tetap cergas dan bertenaga. Macam-macam kerja sempat disiapkan sebelum berbuka. Makan pun tak adalah nak pantang sangat, tu tak boleh makan ni tak boleh makan. Mak ai...yang tak boleh makan tu la yang faverote.


Syukur alhamdulillah, sekarang puasa tanpa gastrik. Satu nikmat yang tak terucap dek kata-kata. Tahun ni dah masuk tahun ketiga puasa tanpa gastrik. Puasa tanpa 'cuti gastrik'! So tak adalah pening sangat nak bayar puasa setelah Ramadhan berlalu (kecuali cuti puasa di bulan mengambang...hahaha).



Moga Ramadhan kali ini, ramai lagi yang lebih sihat dan tiada GASTRIK semasa puasa.



Mahukan pelaburan untuk kesihatan anda yang lebih murah? Sepanjang bulan Jun 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA berharda RM94 dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anda! Sila KLIK di sini...




atau 



No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular