Friday 26 June 2015

Trend Gubahan Hantaran Masa Kini

Entri #17

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -





Pelbagai idea kreatif gubahan hantaran perkahwinan boleh didapati di pasaran pada masa sekarang. Berikut ialah trend terkini gubahan hantaraan perkahwinan 2015.


Zaman dah berubah, gubahan hantaran tidak lagi sama seperti zaman nenek moyang kita terdahulu. Bukan ingin menidakkan tradisi warisan turun temurun tetapi percambahan dunia teknologi moden dan lebih canggih membuatkan ramai lebih kreatif dalam memilih gubahan hantaran yang diidamkan. Antara trend terkini gubahan hantaran yang memikat hati anak muda kini ialah:



Pilihan Bunga Segar
Bunga-bunga segar memberi nafas baru dalam bentuk gubahan hantaran yang dipilih. Barangan hantaran dihiasi bunga-bunga segar dan semestinya ia memakan kos yang lebih mahal. Tetapi apa salahnya mengekspresikan cinta pada si dia dengan menghiasi bunga segar di keliling dulang barang hantaran tersebut.





Pilihan Warna Tema
Jika dahulu pengantin lebih tertarik pada satu-satu rona warna untuk dijadikan tema gubahan hantaran. Namun kini tidak lagi. Pengantin lebih cenderung memilih beberapa warna sehinggakan ada yang suka menggabungkan beberapa rona warna dalam satu barangan hantaran bagi menampakkan barangan hantaran tersebut lebih colourful seperti pelangi indah dan menarik. 





Pilihan Dulang Hantaran
Perkara paling penting dalam gubahan hantaran ialah dulang hantaran. Dulu, dulang hantaran hanya terdapat dalam dua tiga jenis sahaja tetapi kini sudah ada pelbagai jenis, bentuk, warna dan rupa dulang hantaran yang boleh didapati di pasaran. Ada yang berbentuk unik, berangkai malah berwarna selain daripada putih, emas dan perak. Sangat menarik!

Trend gubahan hantaran ini menjadi satu viral kepada anak muda untuk memastikan majlis perkahwinan mereka diingati sehingga ke akhir hayat. berbelanja-sakan dan berabis wang ringgit tidak mengapa tetapi harus beringat akan kemampuan diri sendiri. Jangan terlalu ghairah berbelanja sehingga menanggung hutang yang banyak selepas majlis perkahwinan nanti.


No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular