Tuesday, 16 June 2015

Kepentingan Inovasi & Jenama

Entri #3

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Kepentingan Inovasi & Jenama

Membina jenama merupakan salah satu aspek yang sangat penting di zaman ini kerana terlalu banyak persaingan perniagaan. Tahukah anda berapa banyak iklan kita didedahkan dalam sehari? Mengikut perkiraan saya, dalam sehari kita mungkin terdedah kepada lebih 3000 jenis iklan. Oleh itu, kita perlu membina jenama diri kita kerana tanpa membina jenama sudah tentu perniagaan kita akan karam!


Bagaimana Membina Jenama Untuk Perniagaan Kecil?

Membina jenama untuk perniagaan kecil adalah bermula dari penjenamaa diri kita sendiri kepada yang lebih unik dan istimewa di mata pelangan (pembeli) yang mana syarikat besar tidak mampu lakukan atau tidak akan di buat oleh syarikat besar. Maklumlah, benda kecik-kecik mana syarikat besar nak pandang kan?

Menurut usahawan muda yang terkenal Dato' Aliff Syukri Bin kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Dato' Telajak Laris, jual diri kita terlebih dahulu sebelum menjual produk. Ini kerana apa yang kita cakap dan lakukan di mata pelanggan, itu melambangkan perniagaan kita. Jika pelanggan memilih atau bertindak untuk membuat aduan atau sebarang tempahan produk/perkhidmatan, ini bermakna mereka berinteraksi secara langsung dengan kita. Letakkan diri kita di tempat pelanggan! Jika kita lebih cenderung dan suka berhubung terus dengan manusia berbanding robot (mesin), begitu juga dengan pelanggan kita. Oleh itu, ikatan positif akan wujud di antara kita dengan pelanggan apabila berhubung atau berkomunikasi secara langsung dengan kita atau mungkin mendengar berita tentang kita daripada pihak lain.


Bagaimana Mewujudkan Keunikan Di Mata Pelanggan?

Bertindak untuk menjadikan diri kita lebih istimewa dan unik di mata pelanggan. Memulakan bisnes dengan membina blog untuk pembaca mengenal siapa diri kita seterusnya ambil tahu mengenai perniagaan kita. Setiap kali menerima soalan daripada pelanggan, kita seharusnya bertindak dengan pantas untuk menjawab setiap satu persoalan mereka. Jika pada masa itu kita terlalu sibuk, cukuplah sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas memberitahu mereka kita akan respon sebentar lagi. Dengan itu, kita tidak membiarkan mereka menunggu jawapan atau maklumbalas terlalu lama. Jika sekirannya kita dapat menambat hati mereka dengan jawapan-jawapan bernas, ringkas dan padat, kemungkinan besar mereka akan anggap kita adalah orang yang dicari. Ini akan membantu menguatkan penjenamaan diri kita dari hari ke hari. Oleh itu, kita akan dapat pelanggan baru secara berterusan. 


Pentingkah Ada Logo & Tagline Perniagaan?

Logo mahupun tagline perniagaan bukanlah sesuatu yang sangat penting bagi mereka yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes atau perniagaan kecil tetapi tindakan dan apa yang dilakukan akan membentuk jenama itu sendiri. Apa yang penting adalah pemilihan nama perniagaan yang disukai, dikenali dan dipercayai. Jika ini berlaku, maknanya jenama yang kita cuba wujudkan berada dalam landasan yang betul untuk berjaya suatu hari nanti.









No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular