Entri #5
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Mengulang-kaji Bab Puasa
Tingkatkan Puasa:
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Mengulang-kaji Bab Puasa
Niat
Puasa - 'Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu
Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala'
Syarat-syarat WAJIB Puasa:
1.
Islam
2.
Baligh
3.
Berakal
4.
Sihat
5.
Bermukim (tidak bermusafir)
6.
Suci (dari haid & nifas)
Syarat-syarat SAH Puasa:
1.
Islam
2.
Berakal & Mumayyiz
3.
Suci (dari haid & nifas)
4.
Nyata masuknya bulan Ramadhan
Rukun-rukun Puasa:
1.
Orang yang berpuasa
2.
Berniat
3.
menahan diri daripada
perkara-perkara yang boleh membatalkan
puasa
Perkara Yang MEMBATALKAN Puasa:
1.
Makan dan minum dengan sengaja
2.
Memasukkan sesuatu benda ke dalam
rongga-rongga badan yang terbuka dengan
sengaja
3.
Muntah dengan sengaja
4.
Keluar darah haid atau nifas
5.
Gila
6.
Murtad
7.
Keluar air mani dengan sengaja
8.
Bersetubuh di siang hari
Perkara-perkara SUNAT Ketika Puasa:
1.
Segera berbuka puasa ketika masuk waktu
berbuka
2.
Berbuka dengan buah kurma/juadah manis
3.
Baca doa
4.
Melambatkan waktu bersahur
5.
Banyakkan membaca Al-Qur'an, berzikir,
berselawat dan melakukan amal kebajikan
6.
Sentiasa bersedekah
7.
Jauh dari percakapan yang sia-sia dan
perbuatan yang tidak membawa manfaat
8.
Mandi junub lebih awal sebelum masuk
waktu subuh
MAKRUH Ketika Puasa:
1.
Bersuntik
2.
Berbekam
3.
Berkumur-kumur
4.
memasukkan air ke dalam rongga hidung
secara berlebihan
5.
Mandi yang berlebihan
6.
Rasa makanan di hujung lidah
Golongan yang WAJIB QADA' Puasa:
1.
Orang yang sakit dan mempunyai harapan
sembuh
2.
Orang yang bermusafir (bukan kerana
maksiat)
3.
Orang yang kedatangan haid dan nifas
4.
Orang yang meninggalkan niat puasa
5.
Orang yang sengaja melakukan
perkara-perkara yang membatalkan puasa
6.
Orang yang pitam/mabuk/pening
7.
Orang yang lapar dan dahaga
Golongan Yang Dikenakan membayar FIDYAH
Puasa:
1.
Mereka yang tidak dapat menggaqa'kan
puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua - Fidyahnya: 1 cupak beras untuk setiap
hari yang ditinggalkan di samping mengqada' puasa
2.
Orang yang sakit dan tiada harapan
sembuh
3.
Orang yang terlalu tua dan tidak
terdaya berpuasa
4.
Orang yang qada; puasa tetapi meninggal
dunia sebelum sempat berbuat demikian - Fidyahnya: dibuat oleh kerabat atau
waris si mati/ diambil daripada harta pusakanya
5. Perempuan yang mengandung dan
menyusukan anaknya - Fidyahnya: perlu mengqada' puasa dan
membayar fidyah sebanyak 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan
sekiranya dia meninggalkan puasa kerana kebimbangkan anaknya akan tetapi
sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada' puasanya
KIFARAT BERSETUBUH Di Bulan Ramadhan:
Orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti tersebut di atas.
Walaubagaimana pun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa atau jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya maka tidaklah wajib kifarat itu
1. Memerdekakan
seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan (sekiranya mampu)
2. Berpuasa
2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tak berdaya)
3. Memberi
makan kepada 60 orang fakir miskin
Tingkatkan Puasa:
1. Puasa
umum
- Sekadar menahan lapar dan dahaga serta keinginan untuk berjimak/bersetubuh
2. Puasa
khusus
- Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa-dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas
3. Puasa
khusus 'al-khusus'
- Merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin
Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan
Puasa
1. Orang
yang hilang daya upaya seperti sakit apabilaberpuasa akan menambah keuzuran
2. Orang
yang bermusafir
3. Orang
ynag terlalu tua dan sangat lemah untuk berpuasa
4. Orang
yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan
hamil atau menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri dan
anak dalam kandungan atau anak yang disusuinya.
Marilah sama-sama kita
bersedia untuk menemui Ramadhan dengan penuh kesyukuran, hati yang terbuka dan
lapang dada. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Barangsiapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan keinsafan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang
telah lalu"
Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Memulakan ibadah Puasa Dengan Sempurna
No comments:
Post a Comment