Thursday, 18 June 2015

Oooh Indahnya... Ramadhan Datang Lagi!

Entri #7

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Telah di umumkan bahawa puasa jatuh pada hari Khamis bersamaan 18 Jun 2015.


Wah! esok da start puasa. Bulan yang sangat dinanti-nantikan bagi seluruh umat Islam di dunia untuk melaksanakan salah satu ibadah wajib yang kelima iaitu berpuasa di bulan ramadhan.

Suatu perasaan bersyukur dan kegembiraan yang tak terucap dek kata-kata kerana masih diberi kesihatan yang baik dan usia yang panjang dapat menikmati kemuliaan ramadhan Al-Mubarak. Inilah anugerah terindah yang hanya di bero oleh Allah SWT di bulan Ramadhan.

Syukur alhamdulillah, ini merupakan kesempatan terbesar yang diberikan olehNYA kerana puasa tahun ini merupakan puasa pertama diriku sebagai seorang WAHM. Apa itu WAHM? WAHM ialah 'Working At Home Mom', hahaha...

Pelbagai jenis idea berselerak dalam kepala. Tahun ni rencananya hanya sungkai (berbuka puasa) di rumah dengan hasil air tangan sendiri walau taklah se-terror mana pun skill memasaknya. Terasa seperti ingin ku putar jam masa agar waktu sahur pertama sampai ke garisan penamatnya.

Semoga kita semua dilimpahkan dengan keberkatanNYA di dalam kehidupan kita dan di pelihara dengan amalan serta akhlak yang terpuji. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh keampunan. Di mana bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang di panggil 'lailatul qadar'. Malam yang baik dari seribu bulan. Subhanallah maha suci Allah. Allahuakbar!









No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular