Thursday, 18 June 2015

Sungkai Juadah Bazaar!

Entri #9

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Mengejar Waktu


Syukur alhamdulillah... Berlalu sudah puasa pertama. Tak terasa bahang kelaparan seperti tahun sudah. Puasa hari ini cukup mendamaikan. Rasa tenang dan cergas melaksanakan segala amalan yang diperintahkan. Mudah-mudahan tetap tenang dan bertahan hingga ke penghujung Ramadhan Al-Mubarak.

Teringat memori puasa ketika bekerja makan gaji dahulu. Setiap hari rushing mengejar waktu. Memandangkan berkongsi kereta bersama suami, sementara menanti ketibaan suami jemput di lobby pejabat, otak ligat berfikir. Bermacam soalan bermain di minda. Nak makan apa ek sungkai nanti? Nak beli makanan kat bazaar mana pula? Menu apa yang sedap? Gerai mana yang bersih? Begitulah setiap hari. Adakalanya sempat bertekak dengan suami dek kerana perbezaan pendapat. Maklumlah, suami selera dia lain, selera kita pula lain. Maunya tak betekak! Dahlah jalan jam, parking pla susah nak dapat. Takkan nak lawat dua bazaar yang berbeza? Alamatnya nanti sungkai dalam kereta la pula kan?

Selama ini hanya membeli kuih-muih dan lauk-pauk untuk juadah sungkai (berbuka puasa) di bazaar Ramadhan. Tetapi hari ni lebih fokus untuk masak sendiri. Alhamdulillah, tidaklah terkejar-kejar nak balik rumah masak. Semuanya persiapan berbuka dilakukan dengan tenang. 



Cergas Dan Bertenaga Hingga Ke Petang

Nak tahu tak rahsia kecergasan saya sepanjang berpuasa? Nak kongsi rahsia sikit. Hahaha... rahsialah sangat. Sebenarnya kami seisi keluarga mengamalkan 'Set Ramadhan Shaklee'. Yang pasti set ini memberikan rasa kenyang berpanjangan dan tenaga luar biasa hingga ke petang. Hingga tak terasa waktu berbuka dah tiba. Set ini sangat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah gastrik, migren, ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan anak mahupun anak-anak yang baru belajar berpuasa. Insyaallah dengan izin-NYA, kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak dapat diatasi dengan mengamalkan set ini apatah lagi ibu-ibu yang sedang hamil. Pengalaman saya sendiri dah dua kali berpuasa penuh sebulan ketika mengandung pada tahun 2011 dan 2012. Perasaan gembira yang tak terucap kerana berjaya berpuasa penuh tanpa sebarang masalah kepada bayi dalam kandungan. Hebat tak set ni. Set super jimat dan multipurposes...



ESP Soy Protein Isolate Powder

Didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini adalah:-

✔ Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. 

✔Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.

✔Sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Pasti cun di pagi raya nanti.

✔ Gabungan kalsium dan protien di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan ramadhan.



Performance Drink 

Rasa oren yang menyegarkan!

✔ Rumusan esklusif Opticarb member kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.

✔ Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. 

✔ Jika diminum selepas berbuka Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. 



Mealshakes 

Berperisa vanila yang pati memikat rasa! Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.

✔ Sumber kaya dengan kalsium, dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa.

✔ Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

Jadikan Ramadhan tahun ini penuh bermakna dan cergas dari awal sehingga menjelang Syawal...
Jom dapatkan SET INI dengan harga DIJAMIN TERBAIK di pasaran...



Buah Kurma


Selain itu, jangan kita memandang ringan akan buah kurma yang kecil ini. Kisah buah kurma sering diperkatakan, terutama pada bulan Ramadhan bulan umat Islam mula berpuasa. Khasiat tersembunyi buah Kurma menurut Islam dan Sains amat luas sekali. Selain rasanya yang manis dan tahan lama malah tidak perlu dimasak, Rahsia Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Fakta Buah Kurma Yang Perlu Kita Ketahui
  • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?




Mahukan pelaburan untuk kesihatan  anda seisi keluarga yang lebih murah? Sepanjang bulan Jun 2015, Shaklee nak bagi PERCUMA sebotol VITA-LEA IRON FORMULA dalam satu resit. Murah ke mahal? Nak tak? Hubungi saya sekarang. Saya jamin harga istimewa untuk anda! Sila KLIK di sini...



No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular