Entri #1
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Siapa Saya?
Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya kepada anda semua warga blogger dan teman-teman alam maya. Syukur alhamdulillah dengan izinNYa, masih di beri ruang dan waktu untuk kita saling mengenali. Saya, Nasriah Binti Abdullah atau lebih mersa di kenali sebagai Rieya di kalangan rakan-rakan di sekolah mahu pun di pejabat. Dilahirkan pada 5hb Januari 1982 hasil perkongsian hidup oleh pasangan suami isteri En. Abdullah Bin Sumpung dan Pn. Hasnah Bte Lakamria. Saya merupakan anak kedua dan pengganti kepada anak sulung yang diberi nama Allahyarhamah Maryam Binti Abdullah dalam keluarga kecil pasangan En. Abdullah Bin Sumpung dan Pn. Hasnah Bte Lakamaria. Selepas 3 tahun dilahirkan, kedua ibu bapa saya di berikan rezeki menimang cahaya mata kembar tak seiras yang diberi nama Nasruddin Bin Abdullah dan Ibrahim Bin Abdullah. Namun kini tinggal saya dua beradik setelah kehilangan adik lelaki pertama Allahyarham Nasruddin Bin Abdullah setahun (27hb Mei 2014) yang lalu. Al-Fatihah buat mu kakak dan adik ku sayang. Moga syurga tempat kalian di sana, Amiin.
Syukur alhamdulillah, perkenalan sepanjang 8 tahun di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 26 Disember 2008 dengan jejaka pilihan dan berkat restu ibu bapa kedua belah pihak, saya selamat di ijabkabulkan dengan sekali lafaz. Kini saya merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata yang comel, pintar dan super aktif, Nadzhatul Adhwa (26 Oktober 2009), Allahyarham Muhammad Nadzrul Adhwan (3 Oktober 2011) (meninggal ketika usia kandungan genap 7 bulan) dan Muhammad Nadzril Adhwan (24 Disember 2012). Saya berasal dari Sandakan, Sabah dan bermastautin di Kota Kinabalu, Sabah selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Kini tetap menetap di Kota Kianbalu, Sabah selepas mendirikan rumahtangga bersama insan tersayang, Iwan mahdzuan Bin Mahali.

Pendidikan Awal
Syukur alhamdulillah kerana saya dikurniakan ibu bapa yang sangat mementingkan pendidikan awal buat anak-anak mereka walau pun ayah hanya bekerja sebagai buruh kasar dan ibu pula sebagai suri rumah sepenuh masa. Namun, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memberikan pendidikan yang terbaik buat kami adik-beradik. Saya tidak seperti kebanyakkan anak-anak lain yang mendapat pendidikan awal sewaktu usia 4 tahun. Saya mula mengenal sekolah ketika usia mencecah 7 tahun iaitu mula memasuki alam persekolahan di tahun satu. Saya mendapat pendidikan rendah di Sek. Ren. Keb. Bandar Sandakan, Sabah (1989-1992). Setelah mendaftar di tahun satu, ibu juga turut menghantar saya belajar ilmu agama di rumah seorang guru yang hanya saya kenali sebagai 'abang ustaz'. Belajar mengaji bersama beliau merupakan pengalaman yang sungguh indah kerana saya sempat menghabiskan 'muqaddam' dan khatam 30juz Al-Quran sebanyak dua kali (2x) sebelum berpindah sekolah akibat musibah (rumah terbakar) melanda keluarga kami. Saya menyambung sesi persekolahan di sekolah baru iaitu Sek. Keb. Ldg. Sandak, Sandakan, Sabah (1992-1994) sehingga tamatnya UPSR.
Seterusnya menyampung pelajaran diperingkat menengah di sekolah Sek. Men. Keb. Elopura (Bestari) Sandakan, Sabah dalam aliran agama (1995-1997) dan aliran perakuanan (1996-1997). Selain itu, saya sempat merasai pengamalan sebagai pelajar 'Lower 6' dalam aliran Geografi pada Julai 2000 selama tiga minggu sebelum menerima tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan [Bachelor of Management (Hons)] dalam bidang pengkhususan Pengurusan Kualiti (Major: Quality Management) di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) cawangan Kuching, Sarawak pada Julai 2000 hingga Ogos 2004. Berjaya menamatkan pelajaran dan layak menyertai majlis konvokasyen pada 2 Oktober 2004.
Pengalaman Kerja
Januari - Mac 2005 - Saya mula mendapat tawaran bekerja pada awal tahun 2005 di salah sebuah syarikat swasta. Bekerja di syarikat tersebut hanya bertahan selama tiga bulan kerana pendapatan bulanan tidak dapat menampung kos sara hidup yang begitu tinggi.
April - November 2005 - Sebelum sempat bergelar 'penganggur' saya menerima tawaran kerja sebagai Kerani Akaun di salah sebuah syarikat taxtile. Pada ketika itu, saya tidak pernah memikirkan gaji dan jawatan yang setaraf dengan pendidikan yang saya ada. Pada pendapat saya, asalkan ada kerja, cukup bulan ada duit masuk akaun, tidak jadi penganggur setelah tamat pengajian dan ada duit boleh diberikan kepada orang tua tiap bulan sudah cukup memadai. Bekerja di syarikat tersebut hanya bertahan 8 bulan sahaja kerana syarikat tersebut mempunyai masalah kewangan hingga terpaksa ditutup.
Disember 2005 - Mei 2007 - Dengan sedikit pengalaman dan pengetahuan membuat akaun syarikat, sekali lagi ditawarkan kerja sebagai Kerani Akaun merangkap Pembantu Takbir di syarikat Kejuruteraaan Elektrik dan Mekanikal. Setelah 6 bulan berlalu dan dengan prestasi kerja yang sangat memuaskan, pihak pengurusan menaiktaraf jawatan saya ke bahagian Pengurusan Sumber manusia merangkap Setiausaha kepada Pengarah Syarikat. Namun, di syarikat ini hanya bertahan selama 1 tahun 6 bulan kerana syarikat mengalami masalah kewangan dari segi membayar gaji pekerja dan dalam masa yang sama saya menerima tawaran kerja di syarikat yang lebih besar.
Mei 2007 - Ogos 2008 - Walau pun rezeki bekerja di sektor awam belum kedengaran, namun itu tidak bermakna saya harus duduk menunggu panggilan tanpa melakukan sebarang kerja yang mendatangkan hasil. Bekerja di syarikat besar (swasta) yang tersenarai dalam BSKL sangat mengembirakan hati saya kerana di sini saya banyak bergaul dengan 'Engineer' yang punya kepakaran dalam pelbagai bidang dan kemahiran. Staf yang ramah juga menyenangkan saya untuk belajar dan menimba ilmu baru di luar bidang pengajian dan pengetahuan saya. Di sinilah bermulanya hidup saya belajar selok belok pengurusan dalam pentadbiran syarikat, pengurusan kualiti kerja dan susun atur segala dokumen syarikat. Di sini juga bermulanya detik aplikasi pembelajaran saya sewaktu menuntut sebagai pelajar 'Pengurusan Kualiti'. Dengan senyum lebar, barulah saya kenal 'apa itu ISO?', 'apa itu kualiti?'.
Semasa bekerja di syarikat ini, saya pernah ditawarkan sebagai 'Branch Executive' di salah sebuah bank di Kota Kinabalu. Namun tawaran itu terpaksa saya tolak kerana ibu tidak bersetuju jika saya sering melakukan kerja di luar kawasan Sabah. Maklumlah, anak dara seorang, ibu mana yang tak susah hati bila anaknya sering berada di luar negeri? Justeru itu, pengalaman bekerja di syarikit besar ini hanya bertahan selama 1 tahun 2 bulan setelah mendapat tawaran sekali lagi di bidang pendidikan.
Ogos 2008 - November 2014 - Awal Ogos 2008, bermulalah kisah saya sebagai Pembantu Tadbir, Akademik. Pengalaman ini sangat berbeza dengan beberapa tempat kerja sebelum ini. Banyak benda dan perkara baru yang saya pelajari di sini. Bekerja di syarikat ini, tidak ramai pegawai atasan mahu pun rakan seperjuangan yang dapat membimbing saya sebagai mentor. Semuanya saya pelajari sendiri setelah menerima arahan daripada ketua Jabatan. Bermula dari menguruskan hal-hal pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pemasaran, 'purchasing', inventori sehinggalah dipertanggungjawabkan sebagai 'Auditor for Internal Audit ISO 2008-9001 pada tahun 2010. menerima tawaran kerja di sini hanya sebagai status SPM, namun itu bukan penghalang untuk saya menerima jawatan yang ditawarkan kerana gaji yang diberikan adalah berstatus gaji pekerja yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
Panas tidak sampai ke petang. Berkhidmat di sini hanya selama 6 tahun 4 bulan. Mula menghantar notis berhenti kerja selama sebulan pada Oktober 2014 kerana syarikat mengalami kemelesetan ekonomi ekoran jumlah kemasukan pelajar semakin kurang berbanding jumlah staf yang ramai. Tanpa berfikir panjang, notis berhenti kerja diajukan kerana tidak bersetuju dengan cadangan syarikat untuk menghantar saya berpindah ke pejabat utama (HQ) yang bertempat di Cheras, Selangor.
Pengalaman Perniagaan
Merasa cemburu dengan rakan-rakan sepejabat dan rakan-rakan sekolah yang mula berniaga untuk mencari pendapatan sampingan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat dan bebanan hutang yang banyak membuatkan saya bertanya diri sendiri, 'kalau orang lain boleh menjual, kenapa aku tidak?'. Rasa cemburu itu membuatkan saya nekad menyimpan duit gaji setiap bulan untuk dijadikan modal bagi memulakan bisnes sambilan tanpa pengetahuan suami. Saya mula berniaga menjual kain sulam, tudung, produk kesihatan Maixara dan buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris di pejabat dengan sekadar suka-suka dan mencuba jika terdapat permintaan di kalangan rakan-rakan sepejabat.
Menjual di pejabat tidak seperti rakan-rakan yang lain, adakalanya menjual di waktu jam bekerja, tetapi saya luangkan masa mempromosi barang jualan sewaktu rehat sambil menikmati makan tengahari bersama rakan-rakan dan adakalanya menjual selepas tamat waktu bekerja sementara menunggu suami datang menjemput di pejabat. Maklumlah, saya seorang pemalu nak bercakap dan buka mulut memberitahu kawan-kawan yang tak berapa rapat bahawa saya mempunyai barang jualan untuk mereka beli. Hari demi hari permintaan semakin tinggi sehingga suami terhidu kesibukan saya menjawab setiap SMS dan panggilan telefon daripada pembeli. Dengan rasa berat hati, saya terpaksa memberitahu suami bahawa saya mula berniaga sambilan di pejabat dengan hasil duit gaji bulanan yang disimpan sebagai modal permulaaan bisnes. Alhamdulillah, tanpa diduga, suami menyokong dan memberi galakkan kerana minat saya dalam perniagaan, disamping dapat mengurangkan beban suami.
Benarlah kata orang, jika rezeki itu milik kita walau ditepis sekali pun ia tetap milik kita. Setiap kali stok baru sampai, pasti barang jualan saya habis di beli oleh rakan-rakan sepejabat dan rakan-rakan sepejabat suami serta tidak kurang juga ramai di kalangan keluarga dan pembeli 'online' melalui iklan 'facebook'. Namun begitu, hasil keuntungan tidak dapat disimpan lama mahupun dijadikan modal pusingan dek kerana bebanan hutang yang banyak. Dan adakalanya hasil keuntungan itu dijadikan bajet tambahan untuk menampung kos susu, pampers dan pakaian anak-anak.
Setelah modal pusingan habis di gunapakai untuk keperluan harian, saya berhenti berniaga. Selain tidak mempunyai modal pusingan, pelangan sedia ada sering berhutang dan membuatkan saya hilang keyakinan untuk terus berniaga sambilan. Ini kerana malu untuk menagih hutang daripada si penghutang terutama penghutang di kalangan rakan-rakan sekolah. Sehingga hari ini masih ada yang berhutang dan tak mampuh saya buka mulut untuk menagih. Saya cuma berdoa, jika mereka lebih susah dari kehidupan saya hari ini saya halalkan dan doakan semoga ada rezeki yang lebih besar untuk saya di suatu hari nanti. Insya Allah...
Minat

Minat berniaga di pupuk sejak di bangku sekolah lagi. Akibat kesempitan hidup, ibu membantu ayah menambah pendapatan keluarga dengan menjual kuih-muih di kilang berhampiran. Disebabkan saya anak tunggal perempuan dalam keluarga, saya terpaksa membantu ibu di dapur dalam penyediaan barang-barang jualan. Part yang paling saya suka adalah apabila melihat bakul kuih-muih ibu habis dijual dan sewaktu mengira hasil jualan ibu. Kegembiraan yang tidak terkata jika melihat bakul kosong yang di bawa pulang.
Saya mula mencari peluang untuk bergiat aktif dalam bisnes online sebagai pengedar Shaklee setelah berhenti kerja. Di samping itu mula berjinak-jinak belajar berniaga melalui blog. Saya tidak seperti kebanyakkan peniaga online yang lain punya kemahiran dalam dunia blog. Jangankan nak mengarang, nak mewujudkan kedai bernama blog pun susah. Justeru, atas alasan itulah saya dalam diam mendaftarkan nama syarikat 'Cahaya Nur Adhwa' tanpa pengetahuan suami. Dengan harapan syarikat dan perniagaan saya dipenuhi cahaya kegembiraaan dalam membantu keluarga dan insan-insan di luar sana yang memerlukan bantuan. Setelah melihat post saya di FB mengatakan bahawa 'saya adalah peniga online yang sah berdaftar' barulah saya maklumkan kepada suami bahawa saya telah mendaftarkan syarikat dengan nama 'Cahaya Nur Adhwa'.
Kemahiran
Dengan sedikit ilmu menjahit yang dipelajari sewaktu kelas kemahiran Hidup di sekolah, saya pernah menjahit sendiri baju sekolah semasa Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Rendah. Belajar membuat pola baju seperti dalam buku teks dan mengplikasikan di depan mata sehingga baju siap di pakai. Pada mulanya ibu memarahi saya kerana takut kain yang di beli rosak dan membazirkan duit beliau untuk membeli kain baru. Namun, saya nekad mengunting dan menjahit sendiri baju sekolah tersebut di dalam diam. Setelah baju siap, barulah saya tunjukkan pada ibu bahawa baju tersebut cantik dan boleh dipakai ke sekolah walaupun jahitan tidaklah sekemas tukang jahit professional.
Selain daripada menjahit, sedikit ilmu mengubah barang-barang hantaran pertunangan/perkahwinan saya pelajari melalui gambar. Walau hanya melihat sebuah gambar, saya mampu menghasilkan gubahan sendiri mengikut imajinasi. Alhamdulillah, hasil gubahan pertama saya adalah sewaktu majlis pertunangan adik saya, Allahyarham Nasruddin Bin Abdulah. Ia adalah permintaan arwah untuk mengubah sendiri barang-barang hantaran pertunangan dan perkahwinannya agar tidak banyak duit belanja yang dibazirkan.

Kepakaran
Kepakaran saya adalah muda mesra kepada prospek yang baru dikenali. Walau pun agak pemalu bila berhadapan dan bercakap di khalayak ramai, namun sewaktu berbincang dan berbual bicara dengan prospek sama ada face-to-face mahupun dalam talian (telefon), saya mampu menambat hati mereka dalam berkongsi masalah, pengalaman dan pendapat apatah lagi membeli produk kesihatan jualan saya.
Bahan Bacaan
Jika mempunyai masa terluang saya suka membaca buku-buku coretan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Ustaz Fathuri Salehuddin, Dr. Rusly Abdullah (Chef Li), buku-buku agama, buku-buku yang berkaitan perniagaan online & offline dan buku-buku dunia kekeluargaan.
Selain itu, saya suka mencari bahan bacaan melalui facebook, google dan web tokoh-tokoh motivasi dan jutawan terkenal seperti Irfan khairi, Azizan Osman, Rozita (Pengasas Sendayu Tinggi) dan lain-lain sebagai menambah ilmu dan sedikit pengetahuan.
Bosan dan mudah hilang tumpuan sewaktu belajar sendiri dengan 'uncle google' kerana apabila menghadapi kebuntuan dan mempunyai seribu satu persoalan, tiada siapa tempat bertanya dan mengadu. Sudahnya tutup buku, masuk tidur.
Berkenalan dengan Puan Anys Idayu Zakaria di dunia facebook sewaktu nekad mencari guru untuk mempelajari ilmu blog. Hendak mengupah orang lain untuk menguskan blog tetapi tidak berkemampuan kerana kos yang di tawarkan sangat mahal. Bertanya pada diri, 'Sampai bila aku nak suruh orang buat dan buang duit? Bukankah lebih baik kalau aku belajar sendiri? Jimat duit!. Melihat perkongsian ilmu dan hasil penulisan Puan Anys Idayu Zakaria di dunia facebook, dengan ringan hati terus mendaftar sebagai salah seorang pelajar ABDR. Menjadikan ABDR sebagai platform untuk terus melangkah kehadapan dalam dunia bisnes online seterusnya menjana pendapatan walau hanya memegang jawatan sebagai suri rumah sepenuh masa.

Matlamat
Matlamat utama saya menyertai ABDR ini adalah untuk mencari seorang guru dan pembimbing yang boleh memberi tunjuk ajar dalam menulis blog dan mengurus FB page. Di mana guru tersebut yang boleh memberikan idea-idea 'crazy' dalam mengarang ayat-ayat 'power' untuk menarik minat pembaca dan seterusnya menjadi pelanggan setia saya. Dengan itu, dapatlah meluaskan/membesarkan keluarga kecil Shaklee saya kepada keluarga besar. Pada pendapat saya, Shaklee mampu memberikan pulangan yang besar walau hanya bekerja dari rumah.
Impian terbesar saya sama seperti kebanyakan WAHM & SOHO yang lain adalah ingin menjadi seorang anak, isteri, ibu dan suri rumah yang mempunyai pendapatan sendiri disamping melihat anak-anak membesar di depan mata. Dengan itu, besarlah harapan saya jika dapat membantu ibu-ibu, suri rumah dan mereka yang memerlukan agar punya pendapatan sendiri sama seperti saya walau hanya duduk di rumah sahaja.
Setelah berjaya di dalam dunia Shaklee suatu hari nanti (satu hingga dua tahun akan datang) saya ingin mengajak suami untuk meletak jawatan sebagai Pengurus IT di syarikat tempat beliau bekerja sekarang untuk bekerja di syarikat sendiri agar kami sentiasa bersama mengurus dan membesarkan anak-anak di depan mata, bebas melancong dan ke mana sahaja bersama keluarga tanpa bebanan hutang dari mana-mana pihak.
Kesimpulan
Jutaan terima kasih kepada Puan Anys Idayu Zakaria kerana atas perkongsian ilmu dan pengetahuan serta tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga buat Puan Masayu Ahmad yang tidak lokek berkongsi ilmu. Mentor terhebat Shaklee saya Puan Nur Laila Moktar dan Puan Shareeza Hashim yang tidak pernah jemu berkongsi tips kejayaan mereka sehingga saya begitu cemburu ingin jadi seperti mereka suatu hari nanti (doakan saya). Saya berharap agar masih belum terlambat untuk memulakan langkah pertama berniaga di dunia alam maya (blog dan FB) demi merubah kehidupan keluarga kepada yang lebih selesa. Insya Allah...

No comments:
Post a Comment