Tuesday 23 June 2015

'Door Gift MMR' Yang Unik Dan Bermanfaat

Entri #13

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah


Idea Gubahan 'Door Gift MMR' Yang Ringkas, Cantik Dan Menarik

Syukur alhamdulillah, masih berkesempatan meluangkan sedikit waktu yang terluang mencoretkan sesuatu di ruang kedai alam maya ini. Moga segala idea yang tercetus di ruangan ini memberi 1001 inspirasi dan sumber idea buat kalian pembaca setia kedai alam maya saya.

Idea gubahan 'Door Gift MMR' ini tercetus rentetan dari permintaan buku-buku ilmiah yang sangat 'terlajak laris' di pasaran sehingga pihak pengeluar tak menang tangan nak mencetak semula tempahan yang beratur panjang. Bukti 'telajak laris'? Baru buka 'pre-order', dah 'sold out'. Alhamdulillah, ini menunjukankan bahawa ramai pembaca telah mendapat manfaat daripada isi kandungan buku ini sehinggakan tercetus idea nak jadikan sebagai cenderahati dan 'door gift' bagi majlis-majlis pertunangan, perkahwinan dan aqiqah. Ada di antara pembaca buku-buku ilmiah ini yang meraihkan hari ulang tahun kelahiran dan perkahwinan menjadikannya sebagai cenderahati kepada tetamu yang  hadir. Tidak kurang juga kepada mereka yang ingin bersedakah, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan ramai pembaca yang mengambil kesempatan bersedekah dengan mewakafkan ke surau-surau dan masjid-masjid. Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang membeli dengan jumlah yang banyak (borong). 



Adat Orang Melayu

Walau pun pelbagai bangsa dan agama, adat memberikan buah-tangan kepada tetamu yang hadir ke majlis kenduri-kendara untuk di bawa pulang sebagai tanda mata (kenangan) sudah menjadi kebiasaan. Jika dahulu, bunga telur menjadi pilihan utama, kemudian beralih kepada pemberian pemanis mulut seperti coklat, jajan, candy, cup cake, kipas tangan, cawan, kristal dan sebagainya. Namun, buah-tangan itu hanya setakat itu sahaja dan tidak memberikan manfaat yang berpanjangan kepada si penerima. 

Dunia sudah berubah. Zaman sekarang semuanya inginkan satu kelainan dari kebiasaan. Kelainan dari segi manfaat cenderahati itu sendiri kepada si penerima (tetamu). Bak kata pepatah, 'win-win situation', pemberi dan penerima buah-tangan itu akan dapat manfaat yang berpanjangan. Insyaallah...

Sebagai idea alternatif, melakukan sedikit perubahan kepada pilihan biasa yang sedia ada di pasaran, saya mencadangakan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) dijadikan sebagai 'doof gift' pelbagai majlis. Harganya juga sangat murah dan mudah di bawah walau ke mana sahaja. Jika mengundang tetamu berstatus VIP, sesuai sangatlah kiranya menghadiahkan 'Pek Berkembar MMR' iaitu gabungan versi penuh Buku Mudahnya Menjemput rezeki dan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR).



Uniknya MMR

Kenapa saya katakan MMR ini unik? Pada pandangan saya, Mini MMR ni sangat unik dan wajar dijadikan cenderahati kerana:-

Unik & Luar Biasa
MMR ni sangat unik dan lain daripada yang biasa contohnya seperti Al-Ma'thurat dan Yassin

Eksklusif & Mewah
Warna kulit buku yang sangat ceria, cantik dan kelihatan sangat eksklusif dan mewah dengan jenis tulisan timbul lagi berkilat

Bersaiz Kecil
Saiznya yang comel dan kecil sangat sesuai sebagai cenderahati

Gubahan Ringkas & Sederhana
Oleh kerana buku itu sudah cukup kelihatan mewah dan eksklusif, dekorasi ringkas dan sederhana sudah cukup memadai

Murah & Jimat
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Jika membeli dengan kuantiti yang banyak (borong), harga yang ditawarkan juga sangat murah (diskaun harga superb jimat!)

Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat, tidak habis sebagaimana makanan dan tidak pudar sebagaimana perhiasan. Secara tidak langsung, sedar atau tidak anda telah pun turut serta dalam penyebaraan ilmu dan dakwah Islamiah

Pahala Berpanjangan
Penyumbang akan mendapat pahala berpanjangan andai kata ilmu yang terkandung di dalam buku itu diamlkan oleh si penerima dan di kongsikan kepada pembaca yang lain. Insyaallah...



Koleksi Gubahan 'Door Gift MMR' 






Harga Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
    • Buku MMR Versi Penuh: RM18 (SM) / RM20 (SS)
    • Buku Mini MMR: RM2.70 (SM) / RM3 (SS)
      • Kos penghantaran RM7 (SM) / RM10 (SS) (penghantaran ke seluruh Malaysia)


Anda berminat mendapatkan buku mini mahupun untuk versi penuh MMR untuk majlis anda?
Atau anda masih mempunyai kemusykilan?
Saya sedia membantu...


Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah;

Whatsapp Sahaja: 010-366 8516

Call/SMS: 016-817 8716






***Pembelian buku mini mahupun versi penuh MMR secara borong akan mendapat diskaun yang sangat menjimatkan.





No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular