Ya Allah,
Ampunilah
dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana
mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Ya Allah, Ya
Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku
hamba-Mu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepada Mu dan berbakti kepada kedua
ibu bapa ku.
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa
kedua ibu bapa ku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku ketika aku
kecil. Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepada-Mu. Aku terlalu banyak
terhutang budi kepada mereka.
Ya Allah,
Terlalu banyak
budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka. Kasih sayang mereka ku
balas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut
walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Adakalanya didikan dan asuhan
mereka aku ambil ringan. Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah
aku berjaya kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku.
Kesakitan yang
amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku.
Tidur malam
mereka aku ganggu.
Titik peluh mereka
basah kering demi membesarkan aku.
Tidak pernah
mereka mengadu letih.
Tidak pernah
mereka mengadu sakit.
Lauk yang dimulut
sanggup mereka luah untuk diberikan kepada ku .
Harta yang
dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku.
Namun, selama ini
aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku, ya
Allah. Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah.
Ya Allah, Ya
Rahman, Ya Rahim,
Dimalam ini aku
terkenang semua itu.
Dimalam ini aku
mengadu kepada-Mu ya Allah.
Dimalam ini aku
memohon sepenuh hati kepada-Mu ya Allah.
Rahmatilah
mereka, ampunilah dosa-dosa mereka
Ya Allah,
Perkenankanlah
doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh yang Engkau janjikan akan
diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah
Yang Maha Besar,
Engkau jadikanlah
anak-anak ku dari orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripada-Mu
ya Allah. Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan
jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke neraka-Mu
Teguhkanlah iman
mereka ya Allah. Jauhilah mereka dari siksa-Mu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Tuhan Sekelian Alam.
Aamiin... Aamin
Ya Rabbal a'lamin.........
No comments:
Post a Comment