Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Assalamualaikum.
Selamat pagi Selasa. Cuti panjang sudah berakhir. Noktah. Ayuh bangkit! Kembali
kepada rutin kerja harian.
Pagi
ini, mak-mak kembali sibuk. Urus anak-anak sekolah.
"Ummi,
mana pensil kakak?".
Sudah!
Soalan ni buat ummi mahu jadi singa lapar.
"Semalam
apa ummi suruh kakak buat?". Tanya ku spontan
"Kemas
buku". Jawabnya selamba.
"Jadi?"
"Kan
ummi suruh kemas buku. Buku sudah la kakak kemas tapi tiada ummi cakap kemas
pensil box". Penjelasannya dengan panjang lebar.
Mulut
mula muncung. Ku biarkan kakak urus sendiri. Biar berdikari dan beringat selalu.
Tidak perlu terlalu manja. Satu hari nanti ummi tiada, kakak boleh urus diri
sendiri. Itu yang ummi mahukan.
Sedang
kakak ke hulu ke hilir mencari pensil, terdengar deringan wasap minta di baca.
Mulanya ku biarkan sahaja. Tunggu kakak bersiap ke sekolah.
Setelah
segalanya selesai, sarapan roti telur untuk anak teruna pula. Pastinya bila
mata celik, itu menu wajib yang akan di cari.
Bila
urusan anak-anak sudah siap baru la sedikit lega hati ku. Begitulah rutin
mak-mak bekerja di rumah.
Tempahan Upah Buat Fan Page |
Kini,
peluang melayan henfon. Bertubi-tubi serangan wasap hari ini. Ada satu wasap
personal ku terima. Yang pasti, nombor itu pertama kali ku lihat.
Alhamdulillah.
Rezeki raya korban. Rezeki pertama di bulan September. Prospek ini datang dari
pengunjung blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri. Katanya mahu buat tempahan
buat fesbuk page.
Beliau
ada bertanya, "mudah ke nak cari maklumat di enjin google jika menggunakan medium
fesbuk page untuk beriklan?".
Dengan
senang hati ku kongsikan pengalaman sendiri. Mengikut kajian dan pemerhatian
sepanjang aku berblog dan menggunakan medium fesbuk page sebagai wadah untuk
beriklan, 90% maklumat carian google datang dari perkongsian dan penulisan di
website berbayar atau pun blog. Hanya 5% hingga 10% maklumat datang dari
perkongsian melalui fesbuk peribadi dan fesbuk page.
Penulisan di blog lebih mudah di jejaki jika di bandingkan fesbuk page |
Buktinya,
aku punya ramai pelanggan dan prospek yang datang dari blog jika dibandingkan
fesbuk page.
Kalian
boleh betulkan jika aku silap. Boleh buat kajian sendiri mengunakan enjin
google. Apa pun, semuanya terpulang pada pilihan kalian.
Alhamdulillah.
Dengan sedikit penjelasan mengenai beriklan di fesbuk page dan blog kepada
prospek berkenaan, akhirnya beliau berminat menyertai aku di kelas blog bisnes
penulisan bagi sesi Oktober.
Kalian
di luar sana, bagaimana? Mahu tempah upah buat fan page? Mahu belajar buat fan
page sendiri? Boleh daftar segera. Kelas one-to-one melalui wasap sahaja.
Masa?
Sudah tentu mengikut kelapangan kalian sebagai peserta.
Yuran?
Dijamin termurah dan kalian mampu bayar.
Atau
kalian mahu mula menulis? Boleh daftar di Kelas Blog Bisnes Penulisan anjuran
Akademi Bekerja Di Rumah. Kita belajar dengan santai sahaja. Tanpa perlu keluar
rumah dengan muka penuh tekanan.
Pelbagai pilihan pakej yang disediakan di ABDR |
Urus
anak-anak. Urus rumah. Urus suami. Semuanya dalam satu sambil belajar menimba
ilmu penulisan blog bisnes.
Pendaftaran
untuk sesi September sudah bermula. Hanya 10 tempat eksklusif bagi perserta
bertuah.
Mahu
daftar sekarang? Ayuh! Wasap nombor ini 016-817 8716
No comments:
Post a Comment