Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Nasriah
Abdullah
Hari
Isnin, hari yang kebanyakkan bagi rutin mak-mak bekerja di rumah mahu pun di
pejabat biasanya agak sibuk. Walau sudah bertahun, tapi masih juga huru-hara. Sibuk
itu tak tahu datang dari mana. Rutinnya sudah begitu tapi masih juga sering ulang-alik
di dapur, bilik tidur, ruang tamu dan bilik mandi.
Aku?
Uhhmmm. Begitulah rutinnya. Anak yang bersekolah baru seorang. Sibuknya umpama
sudah punya anak sepuluh. Setiap gerak-geri nya perlu diperhati. Jika leka
seketika, pastinya lambat ke sekolah.
"Botal
air sudah siap? Sapu tangan? Stokin? Cepat pakai tudung! Baba siap mandi dah
tu. Lambat sampai sekolah, abang (panggilan buat pengawas) tulis nama lagi. Mau
ka?"
Soalan-soalan
harian yang wajib ditanya.
Sebelum
ke sekolah, rutin wajib buat kakak. Dia pasti akan salam. Jika aku tak peluk
cium, pasti dimintanya.
Begitulah
drama harian rekaan kakak.
Bila
kakak sudah ke sekolah barulah aku punya sedikit ruang. Anak teruna ku, bangun
awal pagi ini. Sarapan nasi goreng dan milo suam. Tenang. Tanpa gangguan.
Jiwanya juga tenang.
"Ummi.
Ummi buat apa tu?".
Belum
sempat aku menjawab ditanya lagi.
"Ummi.
Ummi buat kerja?".
"Ya.
Ariel makanlah dulu. Jangan kacau ummi kerja ya?" Pinta ku.
"Ok".
Jawabnya selamba.
Teringat
aku pertemuan dengan rakan-rakan niaga beberapa hari yang lepas. Santai. Walau
hanya beberapa minit, sempat juga berkongsi masalah dan idea dalam urusan bisnes.
Walau
perjumpaan yang singkat, tapi itu peluang besar buat kami. Sempat juga kami
mempromosikan produk masing-masing.
Popia
Kacang. Roti Adhwa. Pelbagai jenis kuih traditional. Upah Buat Fan Page. Kelas
Personal Buat Fan Page. Kelas Blog Bisnes Penulisan anjuran akademi Bekerja Di
Rumah (ABDR). Semua ini antara servis dan perkhidmatan yang aku tawarkan. Produk
terbaru yang bakal aku pasarkan adalah Pes Ayam Lengkuas.
Alhamdulillah.
Baru saja ingin ku perkenalkan sudah ada permintaan yang tinggi. Ramai yang
menanti dalam senarai pelanggan. Harap bersabar ya. Terima kasih atas sokongan
dan doa kalian.
Selain
memperkenalkan produk baru ku, aku juga sempat kongsikan pengalaman bagaimana
aku terjebak dengan bisnes. Alhamdulillah. Sedikit cerita itu ada idea baru
disebaliknya.
Mahu
dapatkan produk dan servis yang aku tawarkan? Wasap saja no ini 016-817 8716.
InsyaAllah, akan ku jawab satu persatu soalan kalian.
Sebelum
itu, mari ku kenalkan kalian dengan mereka.
Wan Raizah Matsah. Orangnya kecil molek. Comei je kan. Ibu beranak 3. Kerja dari rumah. Seorang pereka fesyen. Nak minta desain atau jahit baju bolehlah berhubung dengan beliau. Jahitannya kemas. Desain terkini dan mengikut citarasa pelanggan yang cerewet.
Hah!
Kalian spesis pelanggan yang cerewet? InsyaAllah Wan Raizah Matzah ada cara
menjinakkan anda. Hihi..
Alaa
janganlah serius sangat. Kita gurau-gurau jer. Tak adalah muka tu berkerut
sejuta.
Selain
desain pakaian, Wan Raizah Matsah pun mahir desain poster iklan. Ada bakat seni
reka grafik. Kalau nak minta tolong desain apa-apa jua jenis poster untuk
sebarang majlis, bolehlah hubungi beliau ya. Aku rekomen sangat. Upah yang
dikenakan untuk servis beliau pun sangat murah dan berpatutan.
Ada satu produk
aku nak rekomen korang guna. Bedak cendana. Pernah dengar tak? Ok, bedak ni
nama dia "Cendana Facial Beauty". Aku pun guna bedak ni juga tau. Bedak ni bagus, ia
sangat berbeza dengan bedak yang ada di pasaran.
1. Mengecutkan
jerawat dan parut
2. Menghaluskan kulit
3. Mencerahkan kulit
4. Mengurangkan Jeragat
5. Anti - penuaan
6. Anti - tanning
7. Mengawal kandungan minyak di muka
8. Pelindung matahari
9. Hilangkan gatal-gatal dikulit
10.
Boleh guna satu badan
11.
Boleh jadi bedak sejuk atau foundation
12.
Bukan saja bedak tapi boleh dijadikan masker atau bedak sejuk dengan gabungan
bahan-bahan seperti madu, air mawar dan lemon.
13.
Gatal ketiak lepas "shaving"? Sapu je bedak ni inshaAllah hilang.
Jika
kalian punya 1001 persoalan, bolehlah ketuk wasap beliag di talian 010- 236 0472.
Dalina Dawila. Ada yang panggil Kak Bobo. Ada yang panggil Kak D. Mana-mana pun ok.
Orang yang sama. Seorang pengusaha restoran asam pedas di daerah Kota Kinabalu.
Siapa suka mana asam pedas, bolehlah berkunjung ke restoran beliau yang
terletak di Restoran Daleena Asam Pedas, Blok E-35-1, Tingkat Bawah, Kepayan
Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, Kepayan Cyber City, Kota Kinabalu,
Sabah.
Harga
yang ditawarkan berbaloi. Sangat murah. Rasa asam pedasnya pun sedap. Maklum
saja, resepi warisan dari mak.
Memandangkan
asam pedas beliau menjadi kegilaan ramai, Kak Bobo mula memasarkan Pes Asam
Pedas Daleena. Jadi senanglah korang masak asam pedas di rumah nanti. Beli jer
pes asam dengan beliau.
Kalau
nak belajar masak sendiri dengan Kak Bobo pun boleh. Ada kelas khas untuk
kalian. Boleh hubungi beliau untuk sebarang pertanyaan di talian 019-313 1768.
Fadzillah Saidin. Ibu berank 3. Kakak ni pun comel juga orangnya. Lebih mesra dengan
panggilan Cik P'fie. Suka buat kami ketawa sampai rasa nak pecah perut. Kalau
ada booth bazar, dialah tukang panggil orang datang singgah ke booth. Pantang
jer orang lalu depan booth kami, pasti akan singgah. Aura Cik P'Fie ni sangat
kuat. Samalah macam produk yang beliau hasilkan.
Nur Nazlyn Abdullah @ Carolyn Salag. Orangnya tinggi lampai. Nampak pendiam. Tapi
awas! Dalam hati ada taman.
Pemilik kepada Nur Boutique & Cafe. Nak shopping baju sambil isi perut yang sedang berkeroncong, bolehlah bertandang ke kedai beliau.
Serunding
Tuhau. pernah dengar tak? Tuhau ni merupakan makanan kegemaran rakyat di Sabah
terutamanya kaum Dusun dan Kadazan. Makanan ini adalah campuran beberapa bahan
lain dan diperasakan dengan garam.
Bagi mereka yang kurang mengenali pokok
tuhau. Tuhau atau pokok tepus boleh dijumpai di hutan tebal. Baunya agak kuat
dan sesuai dijadikan jeruk atau sambal cili tuhau. Nak tahu lagi lanjut tentang
tuhau, risik-risik la dengan pengusahanya, Kak Nur.
Mahu belajar buat serunding tuhau atau jadi agen pun boleh. Kontek saja nombor ini 014-558
5702.
Seperti
biasa, sebelum berpisah sempat bergambar kenangan untuk tatapan kami. Kisah ini
akan menjadi memori indah untuk dikongsi buat anak-anak kami nanti nanti.
InsyaAllah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment