Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
-
Jam
di komputer sudah pukul 2.15 petang. Tak terasa masa begitu cepat berlalu.
Kelihatan cuaca di luar sangat cerah. Cuma kadang-kadang kelihatan seperti
hujan lebat ingin bertandang.
Sementara
masih berpeluang, ingin ku kongsikan bahawa pada 11/09/2017 (Isnin) telah
berlangsung mesyuarat untuk penyertaan ke Boothcamp eUsahawan Edisi Kota
Kinabalu, Sabah pada 8/10/2017 anjuran MDEC.
Khabarnya
pada mesyuarat, G3PNS diwakili oleh Datuk Hj. Noortaip Bin Hj. Suhaili selaku
YDP, En. Mardin Bin Abdul Ghani - Pengerusi PPPK Bumiputera Putatan dan Pn.
Augustine Girith Pengerusi PPPK
Penampang. Tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas
daripada ahli mesyuarat yang diwakili diantaranya oleh AIM, TEKUN, MAFI dan YUM
kerjasama JTK untuk mendapatkan jumlah peserta dan lokasi sesuai untuk
menghadiri program berkenaan.
G3PNS
telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar peserta seramai 150 orang. Peserta
yang hadir akan diberikan sijil berbentuk digital oleh pihak MDEC.
Kriteri
peserta adalah;-
1.
Seorang usahawan (mempunyai sijil pendaftaran atau tidak)
2.
Penyertaan dari ahli PPPK atau Angkota Sukarelawan Pintar G3PNS dialu-alukan
3.
Peserta seluruh Sabah yang sanggup menghadiri program tersebut di Kota
Kinabalu, Sabah
Bagi
mereka yang berminat bolehlah menghubungi En. Achmad Noorafzam di talian
012-868 0120 dengan memberikan maklumat berikut:-
1.
Nama Pemohon
2.
No. Kad Pengenalan
3.
Alamat
4.
Perniagaan/Perusahaan
5.
Jenama Produk (jika ada)
6.
No. Telefon
7.
Email
8.
Facebook
9.
Instagram
10.
Maklumat Tambahan (jika ada)
Tarikh
akhir pendaftaran adalah pada 1/10/2017 (Ahad)
Maklumat
terkini daripada pihak penganjur program BootCamp eUsahawan Edisi kota
Kinabalu, Sabah anjuran MDEC ini akan berlangsung pada ketetapan berikut;-
Tarikh:
8/10/2017
Tempat:
Dewan, Wisma Pertanian Kota Kinabalu
Masa:
8.30 pagi - 4.30 Petang
Maklumat
ni penting. So, korang kena ingat tau. Jangan terlepas tarikh pula.
No comments:
Post a Comment