Teks: Nasriah
Abdullah
Foto: Nasriah
Abdullah
Assalamualaikum.
Selamat petang buat semua warga pengunjung blog Suri Rumah BerpendapatanSendiri.
Kalian apa
khabar? Sudah mula kembali bernafas setelah sibuk urus anak-anak yang kembali
ke gedung persekolahan? Urusan kerja di rumah bagaimana?
Alhamdulillah.
Jika sudah tenang ikut rentak rutin mak-mak bekerja di rumah.
Aku? Fuuuh! Aku
jangan di tanya. Cuti panjang, pendek tiada bezanya. Semua sama saja. Cuti atau
tidak juga tiada bezanya. Begitu la rutin mak-mak bekerja di rumah. 24 jam
sehari. Penuh dengan aktiviti. Urus anak-anak. Urus rumah. Urus bisnes
kecil-kecilan dari rumah.
Tempahan buat fan
page. Tidak kurang juga yang mahu daftar kelas one-to-one belajar buat page
sendiri.
Alhamdulillah. Usaha
dan yakin. Janji Allah itu pasti.
Rezeki berblog.
Walau pun aku masih belajar. Rentak penulisan juga masih merangkak. Namun, aku
bersyukur kerana punya pengunjung yang merasa gembira atas setiap perkongsian
ku.
Katanya,
mengenali ku melalui blog. Perkongsian ku tentang zikir nama-nama Allah yang
baik diamalkan untuk selesaikan masalah hutang menarik perhatiannya.
Mungkin saja
beliau sudah mengamalkan apa yang telah aku kongsikan di coretan itu. Dan
mungkin juga telah memberi kesan pada amalannya.
Alhamdulillah.
Aku bersyukur jika sedikit coretan itu membawa manfaat buat dirinya dan juga
pembaca lain.
Di coretan kali
ini pula, dengan senang hati ingin ku kongsikan zikir nama-nama Allah bagi
penarik rezeki. Zikir ini setiap hari ku amalkan walau di mana saja. Tidak kira
sedang berbuat apa.
InsyaAllah.
Dengan usaha dan keyakinan yang ada. Pasti saja rezeki tak terduga datang
menyapa. Doa dan tawakkal. Istiqomah dalam setiap tindakan dan perbuatan.
Diriwayatkan Dari Sayyidina Ali
Karromallohu wajhahu telah bersabda Rasulullah S.A.W "Maukah
Engkau aku ajarkan beberapa kalimat, yang bila engkau mempunyai hutang seberat
gunung yang besar, Maka Alloh akan membayarnya" :
Doa pertama: Baca setiap pagi
Allahumma
Akfini bihalalika 'An Haromika wabifadlika 'Amman Siwaka
Maksudnya:
Ya Allah,
cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal bukan yang haram dan berilah aku
kekayaan harta benda dengan keutamaanmu supaya aku tidak mengharap dan meminta
pertolongan selain daripada Engkau
Doa kedua: Baca 7x lepas solat fardhu dan di baca 70x pada hari Jumaat
YA Ghani
Ya
Mughni
Ya
Fattah
Ya Razzaq
Maksudnya:
Yang
Maha Kaya ,
Yang
Maha Mencukupkan,
Yang Membukakan
Pintu Rahmat
Yang
Maha Pemberi Rezeki
Dan Baca "Bismillahirrahmanirrahim" (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 301x selepas terbit matahari atau waktu syuruk
Doa Ketiga: Jika kalian berniaga, maka eloklah amalkan zikir ini. Baca sebanyak 313x ketika hendak mula berniaga.
Waja'altulahu Maalam mamduuda
Surah Al-Muddaththir (AYAT 12)
Maksudnya:
Dan aku
berikan baginya kekayaan yg melimpah ruah.
Ayuh! Kita sama-sama kongsikan coretan ini agar lebih ramai
lagi sahabat-sahabat kita di luar sana mengamalkan zikir ini. InsyaAllah,
ekonomi umat Islam dapat diperkukuhkan. Lagi ramai mengamalkan, lagi ramai umat
kita menjadi orang yang kaya dan beriman.
InsyaAllah. Segalanya adalah dengan izinNYA.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment