Thursday, 17 November 2016

Resepi Sambal Kulat Bermusim Masakan Tradisi Bugis



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah

Langkah demi langkah mudah menyediakan Sambal Kulat Bermusim . Lauk kampung, masakan suku kaum Bugis. Anak jati Bugis beb. kalau tak reti makan lauk ni, tu bukan anak Bugis namanya. Lauk ni boleh dimakan hanya sewaktu musim hujan sahaja.

Bertuahlah pada ibu-ibu atau bakal ibu yang mengidam lauk ni di musim hujan. Sebab senang nak dapat kulat jenis bermusim ni. Kalau musim panas, kompom meleleh liur. Nangis air mata darah tak berlagu belum tau dapat makan.

Kenapa saya kata Sambal Kulat Bermusim? Sebab kulat ni hanya boleh dibeli di pasar sewaktu musim hujan. Cendawan ni tumbuh di pokok kayu yang telah reput. Tak tahulah apa nama cendawan ni. Mak selalu sebut kulat jadi saya pun panggillah kulat. Makcik-makcik kat pasar tamu yang jual cendawan ni pun panggil kulat. Jadi memang sahlah namanya kulat kan? Hahahaha hantam sajalah...

kulat yang wujud hanya sewaktu musim hujan.

Beli jenis kulat bermusim ni kat pasar tamu. Dek non, engko tengoklah dalam gambar macam mana rupa kulat bermusim tu ya. Hakak tak reti nak jelaskan kulat yang macam mana. Hakak dah memang kenal kulat tu jadi senang nak beli. Kalau nak masak menu ni kena masak waktu musim hujan sebab kulat ni akan banyak terjual pada musim hujan saja. Hah! Masa ni la baru merasa dapat makan sambal kulat bermusim.

Di pasar tamu ada yang jual kulat yang sudah siap di bersihkan batang kulat tu. Hah! Tengoklah gambar tu. Kulat yang siap untuk di masak. Ada pula kita terpaksa buang sisa-sisa dahan kayu yang masih melekat kat kulat tu. Buat kerja sikit je dek non. Jangan merungut. Kata nak jadi menantu terbaik dan isteri solehah. Buat saja. Jangan banyak menbebel.

Ada makcik-makcik jual kulat yang sudah kering. Itu lagi senang kerja. Macam yang hakak beli ni, kulat masih segar yang baru dipetik dari dahan pokok. Kulatnya basah dan kelihatan segar. RM2 sepiring. Beli satu piring mana cukup untuk makan seperut. Kebetulan makcik tu ada jual 9 piring. Siap dia offer RM3 untuk 2 piring. Wah! Kira murah tu. Belum sempat nak tawar menawar makcik dah offer harga murah.  Jadi hakak borong semua 8 piring untuk harga RM12. Tinggal satu piring baki lagi. Hakak kata nak borong semua tapi makcik tu bagi percuma saja. Lepas tu ditambah lagi baki stok dalam plastik yang hampir 2 genggam banyaknya. Wah! rezeki di pasar tamu la nampaknya.

Minggu lepas hakak sempat juga beli 6 piring. Kulat yang tu hakak cuma dapat harga RM5 untuk 3 piring selepas sesi tawar menawar dengan makcik tu. Rezeki setiap minggu berbeza. Tak tahu lagi rezki pasar tamu untuk minggu depan. Harap masih ada dijual kulat ni.

Dah! Stop cerita kulat. Jom kita masak...


Bahan-bahannya ialah:-

500 gram kulat (cendawan)
250 gram ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
200 gram lada hijau
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 batang serai
3 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
100 ml minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan Sambal Kulat Bermusim

Langkah Pertama. Pastikan cek betul-betul tiada lagi dahan kayu melekat kat kulat tu. Basuh bersih-bersih kulat yang telah dikeringkan tadi. Letak tepi.


Langkah kedua. Basuh ikan bilis bersih-bersih dan toskan airnya. Saya pilih ikan bilis yang bersaiz kecil. Sedap dan mudah dibersihkan. Tak perlu buang kepala. Kalau untuk jualan, saya guna ikan bilis yang bersaiz besar sedikit. Ikan bilis itu perlu di kopek atau belah dua dan kepala di buang.

Selepas toskan airnya basuhannya, panaskan kuali dan tuanglah minyak secukupnya untuk menggoreng ikan bilis.

Ikan bilis kecil yang telah digoreng
separuh garing bersama bawang merah.

Ikan bilis digoreng bersama satu biji hirisan bawang merah untuk menaikkan bau wangi ikan bilis. Kalau nak jimat bawang pun tak apa. Tak perlu letak. Angkat ikan bilis tu setelah kelihatan separuh garing.

Kalau ikut cara mak, ikan bilis tu tak perlu goreng tapi saya suka makan garing-garing jadi saya goreng la ikut suka selera saya. Hihihi...


Langkah Ketiga. Ambil lesung batu dan tumbuklah bawang merah dan bawang putih. Kalau tahap malas datang guna jer mesin pengisar. Tapi waktu nak masak Sambal Kulat Bermusim ni, saya tengah mood rajin nak masak jadi saya guna lesung batu. Tumbuk tidaklah lumat sangat. Agak-agak hancur macam dalam gambar tu saja. Serai tu pun ketuk la sekali.

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.
Termasuklah serai sekali.

Langkah Keempat. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dengan lesung batu tadi. Tumis hingga naik bau. Tambahkan garam secukup rasa sesedap lidah, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.

Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan serbuk kunyit.

Bila bahan tumis dah pecah minyak dan harum semerbak sudah memenuhi ruang tamu jiran sebelah, masukkan kulat yang sudah dibersihkan. Gaul sebati.


Langkah Kelima. Bila sudah sebati, masukkan santan perahan yang sudah diselawat ntah berapa ratus kali. Cara nak dapat santan berkualiti bolehlah baca entri sebelum ni di sini Petua Perah Santan. Gaul sebati hingga pecah minyak.

Perahlah kelapa parut ni secara manual.
Dapatkan pati santan yang asli.
Barulah sedap masakan tu.

Langkah Keenam. Apabila santan sudah sebati dengan kulat dan santan itu sudah tersejat sedikit jadi bolehlah masukkan ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing tadi. Eh! Ikan bilis ini semakin kurang kuantitinya. Ini mesti engko dah sumbat kat mulut tadi masa perah-perah santan kan?

Ikan bilis yang sudah digoreng separuh garing.

Langkah Ketujuh. Bila kuah sudah hampir kering, masukkanlah lada hijau yang sudah dihiris serong. Saya tak terangkan macam mana nak hiris lada hijau tu jadi korang tengok jer rupa lada hijau yang dihiris serong tu dalam gambar. Hah! Jelas tak? Atau suka hati koranglah nak hiris macam mana. Layukan saja lada tu kemudian hidang. Dan siap untuk dijamah bersama seisi keluarga.

Lada hijau segar yang sudah dihiris serong.

Hidanglah bersama nasi putih panas-panas yang baru masak dari periuk nasi. Nak makan sekali dengan lauk ikan goreng atau ayam masak kicap pun boleh. Makan satu keluarga. 

Fuuuh! Tak sabar nak makan.

Fuuuh! Selera sampai boleh tambah nasi 3 kali. Lupa rasa nak kenyang. Suami juga bertambah. Selesa anak-anak luar biasa. Yang jarang menambah nasi juga bertambah. Alhamdulillah. Masak dari hati. Masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Siap untuk dijamah. Selamat menjamu selera.

Akhir sekali, kalau korang rasa resepi ni membantu memberi idea menu nak masak apa hari ni untuk perut abam yang sedang berkeroncong riang, bolehlah kongsikan dengan pembaca yang lain. Semoga bermanfaat ya.

Selamat mencoba dek non.







No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular