Teks:
Nasriah
Abdullah
Foto:
Faineh
Modirim
Assalamualaikum.
Menanti
detik Merdeka. Angin malam membawa cerita duka. Duka buat seorang ibu. Puncanya
tidak dapat ku pastikan.
Perkabaran
ini baru ku terima melalui perkongsian di wasap grup IKSnita. Gambar kereta
yang kelihatan cermin hadapan sudah hancur seperti ada sesuatu yang telah jatuh
ke atas cermin kereta itu. Flat nombor kereta seperti pernah ku lihat.
"Malang
tidak berbau".
Ringkas
dan mendalam maksud itu dengan disertakan gambar kereta yang berkeadaan remuk dibahagian hadapan.
Terkejut.
Semua penuh tanda tanya. Baru saja kami bertemu siang tadi. Apakah yang sudah
berlaku? Di mana dan kenapa? Begitulah pelbagai soalan dilemparkan buat Kak
Fai.
Seketika,
Kak Fai sepi. Kami masih menanti jawapan dan mendoakan semoga tidak ada musibah
berat menimpa Kak Fai.
"Jangan
risau. Kak Fai ok juga cuma banyak kaca-kaca kecil di tangan".
Alhamdulillah.
Lega rasanya bila dapat tahu kak Fai selamat. Mujurlah tiada luka berat.
"Tengah
driving, tiba-tiba pokok tumbang. Bersusun kereta di depan dan belakang, Kak
Fai juga di pilih oleh pokok itu".
Begitulah
hebat percaturan Allah. Tanpa kita sedar, bersedia atau pun tidak jika sudah
kita dipilih, maka tiada siapa dapat menghalangnya.
Ini
dugaan kecil buat kak Fai. Juga amaran buat kita untuk lebih bersedia. Hari ini, hari Kak Fai. Mungkin
esok lusa hari kita. Siapa yang tahu? Justeru, banyakkan beramal untuk bekalan
hari esok.
Apa
pun, moga Kak Fai tabah dan redha atas musibah yang berlaku. Anggap ini tanda Allah
sangat sayang Kak Fai. InsyaAllah. Aamiin
No comments:
Post a Comment