Thursday 28 July 2016

Kata Kunci #5: Work At Home Mom (WAHM)



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Setahun yang lalu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan kerjaya baru sebagai wanita dan ibu yang bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah tidak bermaksud seseorang itu boleh goyang kaki. Malah tugasnya lebih berat kerana meliputi segala tanggungjawab sebagai seorang ibu, seorang surirumah dan seorang yang bekerja. Mungkin ada yang menyangka wanita yang bekerja dari rumah ini lebih mudah berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Sebenarnya setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing.

Disini saya ingin kongsikan panduan untuk wanita yang memilih untuk menjadi wanita yang berkerja dari rumah atau nama glamour sebagai Work-At-Home-Mom (WAHM).

1. Sediakan Ruang Kerja Anda
Anda perlu sediakan satu ruang kerja atau SOHO ( Small-Office-Home-Office) di dalam rumah supaya kerja anda akan menjadi teratur. Kewujudan SOHO secara tidak langsung akan memberikan anda perasaan yang anda masih perlu bekerja walaupun di dalam rumah anda sendiri.

2. Jadual Kerja Yang Fleksible
Jika sebelum ini anda perlu hadir di pejabat untuk lebih kurang 8 jam, pastikan anda menyediakan jadual kerja anda juga. Masa kerja adalah fleksible berdasarkan rutin harian anda di rumah. Bagi yang masih mempunyai anak kecil seperti saya, pasti sukar untuk anda fokus apabila anak anda sedang aktif.

Justeru, saranan saya adalah untuk menggunakan masa tidur anak anda sebagai waktu kerja anda.  Oleh itu, tiada gangguan anak merenggek minta perhatian anda.

Bagi saya pula, susun jadual kerja di awal petang lebih kurang jam 1-4 petang dan  lewat untuk tidur malam lebih kurang jam 1-2 pagi. Di waktu-waktu ini saya akn menyiapkan kerja di SOHO.

Saya tidak seperti ibu-ibu lain yang mempunyai masa menyiapkan kerja di SOHO seawal 4-5 pagi kerana waktu-waktu seumpama itu adalah waktu untuk persiapan anak sulung ke sekolah. Sekitar jam 7-8 pagi pula anak ke dua akan bangun dan masa untuk berada di SOHO akan terganggu. Apa pun alasannya, anda perlu bijak “mencuri” masa.

3. Disiplin & Komitmen
Bila kita bekerja sendiri, kita adalah BOSS dan kita juga adalah PEKERJA. Penting untuk anda mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dengan jadual yang telah anda tetapkan. Sentiasa fokus supaya anda tidak membuang masa sehingga kerja anda terbengkalai. Duduk di rumah bukanlah tiket untuk anda bersenang-lenang bergoyang kaki.

4. Kurangkan Masa Senggang
Bekerja di rumah menyebabkan anda mudah terpikat untuk melihat televisyen atau melayari internet terutamanya mereka yang berniaga secara online. Kurangkan masa senggang anda dan fokus. Untuk peniaga online, tutup FACEBOOK supaya anda dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5. Sediakan To-Do-List
Setiap hari, anda perlu menyenaraikan tugasan yang perlu anda lakukan termasuk untuk urusan membeli belah barangan dapur. Jika anda perlu memasak untuk keluarga, masukkan di dalam senarai to-do-list anda.

Ambillah masa dalam 30 minit untuk periksa jadual harian anda dan susun mengikut keutamaan untuk to-do-list anda.

Itu adalah 5 panduan untuk wanita yang berkerja dari rumah yang dapat saya kongsikan. Secara jujurnya, saya juga masih dalam fasa menyesuaikan diri kerana boleh dikatakan “culture shock” apabila bekerja dari rumah. Bezanya saya jadi kurang stress kerana tidak perlu lagi keluar seawal pagi dan balik ke rumah ketika waktu hampir Isyak. 

TIME FREEDOM sudah saya kecapi. Kini, saya dalam proses ke arah FINANCIAL FREEDOM. Doakan impian saya akan tercapai dalam masa terdekat. Saya YAKIN ianya akan tercapai dan terima kasih kepada Shaklee dan ABDR untuk peluang saya menjadi seorang surirumah yang berpendapatan sendiri. Malah ianya akan lebih besar nilai daripada gaji terakhir saya di sebuah institusi pendidikan swasta.

Adakah anda juga ingin menjadi seperti saya? Di mana seorang isteri, ibu dan suri yang juga bergaji. Jika anda ingin menikmati 'time freedom' seperti saya, boleh sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:
www.facebook.com/panduan.nutrisi.adhwa

Jemput singgah ke blog saya:

http://panduannutrisiadhwa.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular