Thursday 28 July 2016

Kata Kunci #7: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Modal?



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Ekonomi negara semakin menyeksakan dan memberi  tekanan  hebat buat kita suri rumah. Sudahlah tiada pendapatan tambahan belanja dapur pula semakin bertambah. Duit belanja dari suami perlu digunakan secara berhemah agar cukup untuk keperluan harian.

Justeru bagi suri rumah yang baru nak bercadang berniaga, sebaiknya mulakan bisnes anda tanpa modal. Bagaimana nak bermula?

Langkah pertama yang perlu kita fikirkan adalah;

1. Kaji semula perbelanjaan harian dan bulanan. Kurangkan perbelanjaan kepada barang yang tidak berapa penting. Contohnya membeli almari baru, katil baru, tv baru dan sebagainya.

2. Elakkan membuat hutang baru, tetapi berusaha untuk menutup hutang lama.

3. Berusaha mencari pendapatan sampingan tanpa modal.


Langkah kedua adalah bertindak melaksanakan langkah pertama yang kita senaraikan tadi. Pada pendapat saya ramai yang akan bertanya bagaimana nak bermula bagi poin ketiga iaitu "berusaha mencari pendapatan sampingan tanpa modal".


2 Cara Bagaiman Memulakan Bisnes Tanpa Modal

Di sini saya kongsikan 2 cara bagaimana nak berniaga tanpa modal.

Bisnes Dropship

Walaupun margin keuntungan bisnes dropship tidaklah sebesar mana tetapi jika anda rajin berusaha, dengan bisnes dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan tanpa modal.

Apa yang penting kenal pasti kemahiran dan minat diri. Contohnya tudung, kosmetik, vitamin, buku-buku ilmiah dan sebagainya. Ini sangat penting agar anda mempunyai sedikit 'produk knowlegde' bagi membantu untuk memasarkan produk tersebut.

Manfaatkan juga medium pengiklanan secara percuma contohnya beriklan melalui facebook, instagram, wassap, telegram, email, ataupun blog.

Bisnes produk dropship ni senang saja. Anda cuma perlu iklankan produk berkenaan mengikut kretiviti sendiri, jawab soalan propek dan ambil tempahan. Anda tak perlu simpan stok. Kerja-kerja pengeposan pula akan dilakukan sendiri oleh pihak pengedar. Mudah bukan?


Manfaatkan Kemahiran Diri

Dah ada suri yang mula bingung? Bagaiman nak manfaatkan kemahiran diri? Ini lagi mudah nak buat. Kenalpasti kemahiran diri, contohnya anda pandai dan mahir menjahit baju, langsir dan tudung. Apa kata anda mula iklankan dan jual kemahiran anda dengan mengambil tempahan menjahit.

Jika anda mahir dalam bidang masakan. Anda boleh mengambil tempahan katering, sedia makanan bungkus, mengambil tempahan kek, kuih-muih tradisional dan sebagainya.

Modal untuk jual kemahiran diri hanyalah tenaga, keinginan dan minat sahaja. Betul tak?

Sebenarnya banyak peluang untuk suri rumah mula berniaga di luar sana cuma kena bijak mengatur langkah. Dari rumah sambil jaga anak juga masih boleh berbisnes tanpa keluarkan sesen modal.

Anda hanya perlu melaburkan modal sejumlah keinginan yang besar, impian yang besar dan semangat yang kental serta jiwa yang sedia untuk menimba ilmu baru.

Moga perkongsian kali ini memberikan anda sedikit inspirasi dan idea untuk mula berniaga tanpa modal.

Nak bermula bersama Akademi bekerja Di Rumah juga dialu-alukan. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:




No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular