Thursday 28 July 2016

Kata Kunci #6: 17 Sebab Kenapa Saya Memilih ABDR



Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -

Rieya, ko ni selalu je sebut ABDR ABDR ABDR. Tak habis-habis dengan ABDR. Apa sebenarnya ABDR tu? Macam best jer bunyinya. Share sikit info dengan kitaorang ni.

Sebenarnya ABDR ni adalah short form daripada "Akademi Bekerja Di Rumah". Sebuah akademi yang dijalankan hanya dari rumah. Mudah bukan? Duduk rumah sambil jaga anak pun kita masih boleh upgrade diri dan tingkatkan ilmu pengetahuan. Ilmu dapat, duit pun masyuuuk. InsyaAllah jika kena caranya.


Apa Itu Akademi Bekerja Di Rumah

Akademi Bekerja Di Rumah ialah;-
1)    Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online 
2)    Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah 
3)    Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan 
4)    Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm 
5)    Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


Apa Yang Menarik Dengan ABDR Ni?

Sebenarnya hampir dua tahun saya mencari satu saluran dan bantuan kelas blog online dan offline dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Namun, hampa sehinggalah saya bertemu dan jatuh cinta dengan ABDR.

Ya, saya akui sesungguhnya terdapat banyak lambakkan kelas-kelas blog secara online dan offline di luar sana. Namun, mampukah kita menanggung kos yang dikenakan oleh pihak akademi? Mungkin segelintir daripada anda mengatakan 'ya, saya mampu', tapi tidak seperti saya yang hanya suri rumah sepenuh masa yang tidak punya sesen pun hasil pendapatan. Semuanya bergantung pada hasil titik peluh suami.

Walaupun terlalu banyak kelas blog bisnes yang ditawarkan di luar sana, namun saya memilih Akademi Bekerja Di Rumah kerana;-

1. Hadiah Bonus 5 E-Book
Sungguh bertuah protege-protege baru ABDR sekarang kerana kalian akan menerima bonus 10 ebook setelah sah bergelar protege ABDR. Sewaktu mula mendaftar kelas dahulu saya cuma sempat menerima bonus 5 ebook sahaja.

Bertuah tak korang? Tentulah bertuah, kan? Tak kisah lah, itu rezeki anda. Saya tumpang gembira jika anda tidak melepaskan peluang ini. Peluang seperti ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar mencipta blog dari rumah dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah. Terpulang kepada anda nak rebut tawaran ini atau pun tidak.

2. Kelas Asas Blog
Langkah pertama sebelum soalan analisa diberikan, protege ABDR wajib baca, faham dan khatam ebook 'Kelas Asas Blog'. Kenapa saya kata 'wajib'? Ini kerana ebook ini membantu kita mengetahui teknik dan cara penulisan blog bisnes yang berkesan. Blog yang tahu dimana hala tujunya. So, bila dah dapat soalan analisa nanti taklah pandangan tu asik kabur je dan tak faham apa yang cuba disampaikan oleh cikgu nanti. Yer tak?

3. Soalan Analisa
Sebelum mula mencipta blog bisnes, guru online iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria akan memberikan beberapa soalan analisa. Soalan analisa ini sangat penting untuk mengetahui sejauh mana kita mengenal diri sendiri, pengalaman, kemahiran, kepakaran, minat dan matlamat dalam mencipta blog bisnes. Pendek kata, soalan analisa ini bantu kita untuk lebih fokus kepada tajuk blog dan tahu hala tuju kita dalam berblog.

4. Yuran Seumur Hidup
Yuran pendaftaran kelas sangatlah murah. Cuma RM300 sahaja. Selepas selesai buat pembayaran dapat pula bonus 10 ebook.

5. Bonus Terkini
Saya dah daftar kelas, apa yang ABDR beri? Part ni yang seronok sebab apa? Seingat saya, masa saya mula-mula mendaftar sebagai protege ABDR dengan pilihan pakej kelas RM300, saya cuma berjaya menerima bonus 5 ebook sahaja berbanding protege yang berdaftar hari ini akan menerima bonus 10 ebook. Best tak? Mahunya tak best. Perbezaan 5 ebook itu anda jimat RM200 lebih tau. Jangan tunggu lama-lama, segeralah berdaftar.

6. Kelas Secara Online
Kelas dijalankan secara online sahaja. Maknanya setiap protege wajib ada talian internet, komputer/labtop dan telefon pintar.

Maksudnya macam mana tu? Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one-to-one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas.

Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut. Sesetengah protege yang tiada FB boleh memilih kelas melalui wassap atau pun telegram. Uhhmmm macam-macam pilihan bukan? Makin seronok tak dengar tentang ABDR? Tungguuu... Ada lagi tau sebab kenapa saya memilih ABDR.

7. Jadual Kelas Fleksible
Sebut saja 'akademi' mesti ramai yang beranggapan, akan terikat dengan jadual waktu. Jika itu andaian anda, anda silap! Dalam akademi, kami tidak diberikan jadual kelas yang tetap dan terikat. Malah sebagai protege, kitalah yang tentukan sendiri masa dan waktu lapang yang sesuai untuk kita berada dalam kelas hatta 2 pagi sekali pun.

8. Pautan Rakan ABDR
Dalam akademi setiap protege dimestikan untuk meletakkan link blog rakan-rakan protege mahu pun alumni ABDR. Pautan ini akan membantu sesama rakan-rakan ABDR untuk naikkan trafik blog masing-masing. Nak tahu berkesankah tidak? Jom sertai saya di ABDR.

9. Kata Kunci Carian Google
Di dalam akademi, kami di ajar mendalami ilmu carian 'kata kunci', agar setiap tulisan dan perkongsian di dalam blog mudah dijejaki. Kata kunci ini banyak membantu dalam menaikkan trafik blog seterusnya blog mudah dijejaki dalam carian google. Contohnya, anda taip 'Suri Rumah Berpendapatan Sendiri', beberapa entri mengenai 'Suri Rumah Berpendapatan Sendiri' akan dipaparkan dalam senarai carian google. InsyaAllah salah satu carian itu pasti anda akan jumpa blog saya. Tak percaya, cubalah kemudian makluman saya keputusannya.

10. Tawaran Pengurus Online ABDR
Apabila sudah selesai tugasan yang diberikan, maka jawatan sebagai Pengurus Online ditawarkan. Sebut saja 'Pengurus Online ABDR', saya rasa sangat bertuah kerana belum sempat siapkan tugasan penuh telah ditawarkan jawatan ini. Walau pun pada ketika itu masih agak kabur tentang maksud dan tugas PO-ABDR.

11. Buat Duit Dengan Blog
Pening kepala bila asyik memikirkan cara buat duit dengan blog. Jangan risau ebook '101 Idea Home-Based Bisnes',  sebagai panduan untuk kita buat duit dengan blog. Contohnya gunakan kemahiran yang ada seperti menjahit, menyulam, memasak, home-tuition, menulis  dan sebagainya.

12. Mencipta Blog Berpengaruh
Bagaiman mencipta blog yang berpengaruh? Blog yang simple;-
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan

13. Sesi Soal Jawab Percuma
Kalau dah tamat kelas dan telah siapkan semua tugasan yang diberikan tetapi masih mempunyai kemusykilan, kita masih boleh berhubung terus dengan guru online. Sesi soal-jawab percuma. Ini adalah salah satu ukhwah indah yang terjalin antara kami, guru dan protege serta rakan-rakan akademi yang lain. Kami umpama satu keluarga besar. Juga seperti adik-beradik. Walau jauh di mata namun dekat di hati.
 
14. Tugasan 44 Kata Kunci  Pertama
Tugasan pertama selepas selesai analisa soalan adalah '44 kata kunci'. Tugasan ini untuk penjenamaan diri di blog. Apabila konsisten dalam menulis 44 kata kunci pertama, maka dengan mudah blog kita di jejaki tidak kira walau di mana saja pencari maklumat berada. Buktinya, pelajar yang berada di nega Korea, Filipin sudah menyertai ABDR.

15. Nota Tutorial Mudah Difahami
Nota-nota dan tutorial yang diberikan juga sangat mudah difahami. Sebahagiannya adalah nota bergambar. Bila mengalami kesukaran dalam mencipta blog, kita hanya ikut step-step yang diberikan dan insyaallah tugasan itu mudah diselesaikan.

16. Blogwalking
Apa itu blogwalking? Ramai yang pandai menyebut blogwalking tapi tidak ramai yang tahu manfaat dari blogwalking. Di ABDR kami sesama rakan protege dan alumni saling berkunjugan blog dengan rakan-rakan yang lain dalam mengembangkan idea sedia ada, mencari ilham baru di samping saling berkongsi pengalaman, motivasi dan pengetahuan bisnes online. Dengan itu, minda kita tidaklah fokus kepada 1 perkara sahaja

17. Peluang Kerja Dari Rumah
Apabila anda berdaftar dengan ABDR, anda membuka peluang yang tidak pernah anda fikirkan. Lokasi tempat kerja adalah rumah anda sendiri dan anda boleh bekerja secara fleksible. Masa kerja anda tentukan. Jika ada anak kecil atau ramai anak, anda boleh bekerja sambil menjaga mereka. Jika tidak tahu urus masa, ebook percuma 'Super WAHM super Mom' yang diberikan sewaktu mula mendaftar sebagai rujukan utama.


Adakah Anda Mahu Menjadi Seperti Saya?

Panjang sungguh saya berceloteh hari ini. Mungkin ramai di luar sana yang memandang rendah kerjaya seorang surirumah. Hakikatnya, surirumah adalah satu kerjaya yang sangat sibuk dan tidak mempunyai time off. Sejak bangun tidur sehingga masa tidur, tetap bekerja. Jika anda mahu menjadi SURIRUMAH BERPENDAPATAN SENDIRI atau WAHM, hubungi saya. InsyaAllah, saya akan tunjukkan caranya dan anda perlu berusaha kuat demi mencapai impian anda.


Seronok apabila kita mampu 
menghantar sendiri anak pergi dan balik ke sekolah.

Seronok apabila buka mata, anak berada di sisi dan 
saya tidak perlu angkat anak
yang masih tidur ke rumah pengasuh.

Seronok apabila dapat 
bergolek-golek dengan anak di waktu siang hari 
ketika orang lain sibuk bekerja dari pejabat.


Jika anda ingin menimba ilmu dalam dunia blogger, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan segala usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:












No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular