Friday 29 July 2016

Kata Kunci #10: 3 Tips Jana Wang Dari Rumah

Kata Kunci #10: 3 Tips Jana Wang Dari Rumah

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: -


Bagaimanakah Caranya Jana Wang Dari Rumah?

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana cara saya menjana pendapatan hanya dari rumah? Betulkah boleh dapat duit walau pun duduk di rumah? Kena keluar modal ke? Itu adalah antara soalan-soalan cepumas yang sering diajukan oleh rakan-rakan suri rumah seperti saya.

Saya pasti ramai suri di luar sana sedang mencari kebenaran mengenai kaedah atau cara terbaik "suri rumah berpendapatan sendiri", “bagaimana menjana pendapatan hanya dari rumah”, “bekerja dari rumah”, ”jana pendapatan sampingan melalui blog”, “buat duit dengan blog”, “buat duit dari rumah”, "suri rumah bergaji", dan sebagainya.

Cari saja di carian google, sudah tentu anda akan disajikan dengan pelbagai maklumat hasil carian yang menjanjikan pulangan yang adakalanya tak masuk akal.  Ada pula yang menjanjikan sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit. Bahkan ada yang menjanjikan sehingga jutaan ringgit. Benarkah kata mereka?

Awas! Ya, awas sahabat sekalian. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Tiada jalan mudah untuk mendapat hasil lumayan jika kita tidak mampu melaburkan sejumlah tenaga, usaha, kesungguhan, istiqomah untuk mendapat hasil seperti yang mereka janjikan. Tidah semudah hanya tutup mata duit datang bergolek kira dan kanan.

Sebenarnya senang saja dan ia akan membuatkan kita rasa lebih teruja sekiranya kita mampu menjana pendapatan sampingan sendiri tanpa mengeluarkan sebarang duit poket sebagai modal awal. Apa pun hakikat yang perlu kita terima bahawa tiada perkhidmatan di dalam dunia ini yang tidak memerlukan modal untuk meraih pulangan lumayan seperti kebanyakan kata-kata manis yang telah dijanjikan.

Sebelum anda berangan-angan lebih jauh lagi, ada baiknya jika anda fahami dengan lebih lanjut bahawa tiada 'pancing' ajaib ataupun tips yang mudah untuk buat duit dari internet. 

Seperti anda sedia maklum bahawa kebanyakkan pemasaran internet sepenuh masa menjadikan rumah mereka sebagai pejabat. Namun begitu, tidak semestinya mereka bebas melakukan apa saja tanpa melakukan apa-apa atau duduk sahaja duit masuk!!! Sejauh mana kebenaran duit akan masuk kalau tak buat kerja?

Ok, disini saya kongsikan secara ringkas cara saya menjana pendapatan hanya dari rumah.

1.  Menjual Barangan & Perkhidmatan Secara Online 

Anda boleh memilih untuk menjual barangan dan perkhidmatan yang anda fikirkan wajar dijual dan mempunyai sambutan hangat di laman-laman sosial seperti facebook, FB Pages, Instagram atau melalui blog.

Melalui teknik-teknik pemasaran yang berkesan dan perkongsian ilmu serta pengalaman yang ada anda mampu menarik minat pelanggan untuk datang membeli barangan dan perkhidmatan di blog anda. 

Pengalaman saya sendiri, semenjak bersama ABDR, melalui blog telah terjana pendapatan dengan mengambil upah mencipta FB Pages dan blog. Kerja-kerja ini semua dilakukan dirumah. Mudah bukan? Hanya dengan sedikit kemahiran dan ilmu yang ada, sebagai suri rumah saya juga mampu menjana pendapatan hanya dari rumah.


2. Menjana Pendapatan Dengan Menulis

Percayakah anda jika saya katakan ramai blogger pada hari ini meraih pendapatan ratusan malah jutaan ringgit melalui penulisan?

Kenalkah anda jutawan internet Irfan Khairi? Suatu ketika dahulu beliau tidak dikenali dan saya juga tidak tahu menahu apa dan di mana asal-usul beliau.

Namun begitu, selepas beliau menulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” nama beliau mula dikenali ramai dan seterusnya banyak menerima jemputan undangan ceramah daripada pelbagai agensi yang mana banyak memberi keuntungan lumayan kepada beliau.

Setelah buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” menjadi bualan dan permintaan ramai, secara tidak langsung kredibiliti beliau mula bertapak dan seterusnya mencipta pengikut-pengikutnya sehingga ke hari ini. Semuanya adalah melalui penulisan.


3. Jana Pendapatan Melalui Blog 

Betul ke boleh buat duit dengan blog? Bagaimana nak buat duit dengan blog? Macam mana blog ini boleh buat duit? Pada mulanya saya juga seperti anda. 1001 persoalan bermain di minda.

Semua persoalan tu sebenarnya sudah lama terjawab. Akan tetapi kita yang kurang ambil tahu atau mungkin saja sebelum ini kita tidak perlukan blog. Oleh itu, apa saja yang ada kaitan dengan blog kita hanya tutup mata dan pekakkan telinga sehingga kita tidak ambil tahu sedikit pun jawapan dari persoalan yang bermain di fikiran kita tadi. Dalam hati, ah! biarlah tiada kaitan pun dengan kerja aku. Yer tak?

Apa pun persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang, anda adalah antara suri dan insan bertuah kerana terjumpa secebis maklumat di blog Suri Rumah Berpendapatan Sendiri.

Nak tahu kenapa saya kata anda suri dan insan bertuah? Akan saya kongsikan serba sedikit bagaimana duit boleh datang melalui blog. 

Pertama: Pengiklanan
Melalui Iklan-iklan yang dipasang tak kira lah sama ada google adsense, Adverlets, nuffnang, ataupun buat sewa ruang iklan di blog anda.  

Sedikit tips saya kongsikan, blog yang menarik tidak memerlukan ruang iklan yang bersepah-sepah dan nampak terlalu crowded. Bakal pelanggan susah nak cari maklumat apatah lagi engin carian macam google pun menyampah nak tengok. 

Kalau blog yang cantik penuh warna-warni tapi tiada traffik pun tak ada gunanya.

Kedua: Review Produk.
Blog-blog yang hebat macam pencinta merah sudah pun jana pendapatan puluhan ribu sebulan antaranya di bayar oleh syarikat tertentu hanya untuk membuat review produk mereka. 

So tidak hairanlah redmummy boleh dapat income puluhan ribu sebulan. Walaupun begitu redmummy juga seperti anda hari ini bermula dari nobody sehinggalah menjadi somebody dalam dunia blogger tempatan. So, apa nak dirisaukan kerana peluang sentiasa terbuka untuk kita bermula.

Semua keputusan di tangan anda. Nak bermula sekarang atau nak tunggu semua orang dah berjaya baru kita nak merangkak.


Ketiga: Melalui Contest atau Pertandingan.
Ada sebahagian blogger menganjurkan contest untuk menarik traffik berkunjung ke blog mereka. Pelbagai contest yang dianjurkan bergantung kepada kreativiti blogger untuk menarik minat pengunjung datang ke blog mereka. Kebiasaannya harga contest antara RM50-RM100. Ada pula yang menghadiahkan berupa barangan makanan tambahan seperti vitamin Shaklee. Semua bergantung pada bajet blogger tersebut.

Keempat: Melalui Produk Affiliate
Bab yang ini saya kurang mahir nak terangkan. Mungkin anda boleh google mana-mana blogger affilaite. Hihihi sebab saya pun tak faham apa benda tu Affiliate? 

Jika anda ingin menimba ilmu dalam dunia blogger, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh wassap/telegram atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Daftarlah bila sudah bersedia. Pendaftaran kami buka setiap hari. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan segala usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:


Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : 
pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : +6016-817 8716


add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:











No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular