Assalamualaikum,
Seringkali kita
anggap rezeki kita setaraf dengan apa yang kita kerjakan, tetapi hakikatnya
tidak sama sekali. Ini terbukti apabila ramai dalam kalangan masyarakat kita
yang boleh menyara keluarga mereka di luar jangkaan matematik dunia. Seperti
contoh, seorang pekerja boleh menghantar lima orang anaknya menuntut
hingga ke Universiti.
Sebesar apa pun
usaha manusia dalam mencari rezeki, apabila Allah SWT belum menghendaki, maka
rezeki yang diterima manusia tidak akan sesuai dengan harapannya. Tapi
sebaliknya, walaupun kecil upaya yang dilakukan manusia, sedang Allah SWT telah
menghendaki, maka rezeki yang diperoleh pun seperti yang diharapkannya, bahkan
lebih dari yang diinginkannya.
Di sini terdapat 9 Rahsia Pembuka Pintu Rezeki Dan Kekayaan yang telah sekian lama diyakini, di
amalkan dan dibuktikan oleh orang-orang yang telah berjaya.
1. TAUBAT
& ISTIGHFAR
Jika kita
bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepada Nya dan kita sentiasa
mentaati-Nya, maka Allah akan membanyakkan rezeki kita dan menurunkan hujan
serta keberkatan dari langit, mengeluarkan untuk kita berkat dari bumi,
menyuburkan tumbuhan-tumbuhan untuk kita, membanyakkan anak dan melimpahkan air
susu perahan untuk kita, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kita,
menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya beraneka buah-buahan untuk kita serta
mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun itu.
2. IMAN
& TAQWA
Beriman dan
bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan kurniakan rezeki dari arah yang tak
disangka-sangka.
3. BERSYUKUR
& TAWAKAL
Setiap orang yang
mensyukuri segala nikmat yang diberi, maka Allah akan kurniakan rezeki terhadap
mereka berganda-ganda.
4. MENIKAH
“Dan kahwinkanlah
orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak
(berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang
perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.
Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur ayat 32)
5. BERIBADAH
Sesungguhnya
Allah berfirman, “Wahai anak Adam, berikan sepenuh perhatianmu untuk beribadah
kepadaKu, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kecukupan dan Aku akan tutupi
kefakiranmu . Bila engkau tidak melakukannya, maka Aku akan memenuhi tanganmu
dengan kesibukan (tidak pernah merasa cukup) dan Aku tidak akan menutupi
kefakiran/kemiskinanmu .” (HR. At-Tirmidzi )
6. INFAQ
FISABILILLAH & BERSEDEKAH
Bersedekah dalam
Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep
bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan
sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Dengan bersedekah kita akan
terhindar dari api neraka dan sekali gus mampu membukakan pintu rezeki. Seperti
yang sering kita dengar bahawa dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin
malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.
7. MENJAGA
SILATURAHIM
Rasulullah S.A.W
bersabda : “Barangsiapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan
diselamatkan dari su’ul khotimah, hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan
BERSILATURAHMI.” [HR Bazaar]
8. MENGERJAKAN
HAJI & UMRAH
Kerjakan haji
& umrah bagi yang berkemampuan
Rasulullah S.A.W
bersabda : “Lanjutkanlah haji dan umrah kerana sesungguhnya keduanya dapat
menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana api dapat mengilangkan
kotoran besi.”
(HR. An Nasa’i)
9. BERNIAGA
& BERDAGANG
Rasulullah S.A.W
bersabda, “Perhatikanlah olehmu sekalian PERDAGANGAN, sesungguhnya di dunia
perdagangan itu ada 9 dari 10 pintu rezeki.” [HR Ahmad]
Semoga
bermanfaat. Inshaa Allah.
Sumber: Nota
Gembira
No comments:
Post a Comment