Wednesday, 15 August 2018

KEMAS Sabah: Kelas eUsahawan Bersama Coach Rieya [15 Ogos 2018]



Alhamdulillah. Lega sangat. Kelas eUsahawan hari ni adalah peserta usahawan KEMAS dari pelbagai daerah.  Satu cabaran baru sebenarnya berdepan dengan peserta yang agak kurang pengetahuan tentang pemasaran digital. Selain nak kongsikan ilmu, apa itu pemasaran digital, cabaran terbesar adalah mengajar topik bagaimana bina page perniagaan dan perniagan di Instagram. Rata-rata peserta hari ni yang sangat lemah dalam aplikasi pemasaran digital.

Kedua, isu penggunaan bahasa di media sosial. Rata-rata peserta yang hadir kelas eusahawan hari ini menggunakan Bahasa Melayu. Kalau melayu Malaysia tak apa juga, ini melayu versi Indonesia. Pelbagai perkataan dalam satu maksud. So, aku terpaksa memikir maksud yang sama untuk beri mereka pemahaman yang jelas.

Ketiga, pelbagai jenis jenama telefon. Dalam situasi ini, aku juga terpaksa belajar dan buat kaji selidik kedudukan ikon-ikon dan gadget yang ada di telefon pintar mereka. Lain jenama telefon, lain juga kedudukan ikon seperti edit page, edit profil, setting dan sebagainya.

Keempat, ini kelas pertama yang aku tidak sempat habiskan keseluruhan topik yang telah aku rancang untuk kelas eusahawan yang aku jalankan . Sebab pertama, peserta tiba di kelas agak terlalu lewat. Kelas yang aku rancang biasanya bermula 8.30am. Paling lewat pun lebih kurang 9.00am. Tak mengapa, boleh dimaafkan. Kemungkinan sebab lokasi kelas yang agak kurang familiar buat mereka. Kesukaran mencari lokasi dan tempat letak kereta juga punca utama.

Kelima, kelas ni khas untuk belajar pemasaran digital. Sudah tentulah penggunaan telefon pintar (laptop jika ada) dan internet sepanjang kelas berlangsung akan digunakan. Terdapat dikalangan peserta kelas baru separuh jalan untuk topik pertama, beteri telefon dah habis. Pengecas pula tak bawa. Nak pinjam kawan lain pun tak dapat. Maklumlah semua pun nak guna dalam masa yang sama. So sudahnya mereka hanya duduk diam dan mendengar bebelan aku kat depan. Harap mereka fahamlah apa yang cuba aku sampaikan.

Kelima, ada sorang peserta tu aku tanya, “kenapa tak buat apa yang saya ajar? Kalau tak buat sekarang macam mana nak tahu? Macam mana nak pandai?”. Dia hanya tersenyum dan aku tanya soalan yang sama sekali lagi. Jawapan yang aku terima, “saya tiada facebook. Saya tiada emel”. So, jawapan tu aku boleh terima tapi yang aku tak tahu nak cakap apa bila aku nak tolong dia daftarkan emel dan akaun facebook yang baru, dia cuma sempat jawab, “Tak payahlah cikgu, nanti saya tengok kawan buat (sambil tunjuk kawan sebelah)”. Kawan sebelah pula terkebil-kebil. Bila aku dapat respon macam ni, aku tak tahu nak tolong macam mana usahawan kita yang hidup jauh dari bandar agar berfikiran lebih terbuka.

Aku tak marah pun kalau dia tak tahu buat, malah aku sanggup tolong ajar langkah demi langkah macam mana daftar emel dan buat akaun facebook yang baru.  Itulah tujuan utama kenapa aku sanggup terjebak menjadi trainer eUsahawan. Aku nak tolong rakan-rakan usahawan sama-sama miliki ilmu pemasaran digital agar sama-sama maju dan dapat mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan. Seronok jugakan kalau maju ramai-ramai? Barulah meriah!

Keenam, dalam ramai-ramai peserta yang hadir, tak ada seorang pun yang membawa produk untuk dipromosikan. Kalau tak, sempatlah tolong sebarkan di ruangan blog ini.

Ketujuh, aku kagum dengan urusetia yang mengiringi peserta yang hadir. Ada sorang tu sempat bawa produk dan tester sekali. Kuih Bahulu. Sedap. Sempat juga dia promosi dengan peserta lain yang hadir dalam kelas. Cuma aku tak sempat ajar topik CANVA. Kalau tak boleh aku tunjuk macam mana nak buat iklan poster kuih bahulunya. Tak apalah, bukan rezeki namanya kan?

Kalau korang nak tempeh kuih bahulu beliau, sila layari laman niaga ni https://www.facebook.com/kuihbahuluhomemade atau boleh terus hubungi www.wasap.my/60146859693.

Kesimpulannya, aku tetap happy dengan mereka. Walau dah jam 5.15pm ada juga yang tak nak pulang. Masih gigih bertanya soalan. Kalau nak buat ni macam mana? Kalau nak buat yang tu macam mana? Cuma aku tak sempat nak layan dan tunjuk satu per satu. Pusat training dah nak tutup so terpaksa aku berkemas-kemas.

Apa yang aku harapkan, akan ada lagi kelas eUsahawan bersama peserta-peserta dari KEMAS di seluruh Sabah. Apa yang sempat aku cadangkan dengan urusetia pengiring tadi, Pn Maslia dan En. Bob, lebih baik kelas ni di adakan lagi mengikut kluster perniagaan masing-masing. Contoh, kumpulkan peserta khas untuk kluster craft, makanan, jahitan, urutan dan sebagainya. Jadi, satu kluster satu kelas. Ini adalah supaya lebih fokus kearah satu kluster perniagaan dan dalam masa yang sama bolehlah aku kongsi idea macam mana buat ayat iklan page, macam mana nak buat design poster iklan di Instagram.

Pendek kata, kita tunggulah perancangan akan datang untuk kelas eUsahawan bersama usahawan-usahawan di bawah bimbingan KEMAS Sabah.


Melakar memori sepanjang sesi kelas eUsahawan berlangsung.





























No comments:

Post a Comment

Aroma Dapur Adhwa: Keria Gula Merah

Alhamdulillah. Penutup September dan pembuka Oktober, banyaknya berita-berita indah. Ingatkan bolehlah tidur dengan lena tapi kan sama ju...

Post Paling Popular